Wednesday, September 29, 2010

Tuition Ain


Hari ni kol 5pm, aku dah cau dari opis. Lega. sampai umah...tukaq baju trus bawa ain pegi tuition. start bulan september jadual aku akan penuh dengan penghantaran anak.  Setiap selasa dan sabtu aku kena hantar ain gi tuition english. aku amik kat kumon jer. Jenuh gak mencari kelas english area seri kembangan/equine ni.  Satu jer aku jumpa. Ok la. Belasah jer.  Setiap isnin sampai khamis malam plak, kena hantar anak2 ke kelas fardhu ain. asik kejar ilmu dunia jer..aku seimbangkan dgn ilmu akhirat. Moga2 anak2 aku akan sukses.

Mula2 kwn2 aku agak heran gak..pesal aku pulun hantar anak2 aku ke kelas tuition..padahal baru umur 3 dan 6 tahun. Critanya begini...my hubby la yang agak kalut bila dapat feedback dari teacher SRK putrajaya yang anak aku agak lemah dalam english. So, sibukler suh aku cari kelas tuition untuk anak dia...melilau rata aku cari kelas tuition...dah jumpa aku cekup jer...malas ler nak cari rata2 lagik.  yang penting dekat dengan umah  dan senang untuk dihantar dan dijemput.

Sambungan en3......
Semalam aku dah hantar dia ke kelas kumon...ok la aku tengok.  ramai jugak budak2 kecik yang datang.  ada aku tengok budak 4 tahun pun ada....lagi advance mak pak dia. tak kisahlah...pasni aku plak kena spekong kat umah...kalau nak anak pandai english..mak pak dia kena la pandai dulu...mati ler aku...ada sekali anak aku tanya aku "mummy, where's my comb?" ada la aku amik masa 5 minit nak jawab soklan dia..jenuh menyusun ayat...tiba2 aku blur..last2 jawapan aku...."tengok dalam bilik mama atas meja"....heheheh...camner ler anak aku nak pandai kalo mak dia pun terhegeh222 nak menjawab soklan simple camtu.

Nak tengok perkembangan anak aku....aku bagi tempoh dalam 5 bulan...kalo ok aku continue...kalo macam tu jugak...stop dan nak try cambridge english learning centre kat putrajaya plak.  rugi plak...hari tu aku tak survey kat situ dulu.. dah daftar kat kumon baru terpandangkan centre tu.  nak tukaq mau kena marah dengan hubby. 

pasal kelas fardhu ain plak...aku puas ati la...baru 3 kali pergi, anak aku dah boleh hafal surah alikhlas....pastu dari zero dah boleh kenal alif ba ta.......bukan aku tak leh mengajar...tapi penat.  kang aku ilang sabaq..payah plak nanti.  better orang lain yang ngajar anak kita.  macam aku dulu...mak dengan atok aku yang ngajar....tapi aku ok..budak baikkksss....ikut jer...walaupun lepas mengaji ilang ke bendang gi tangkap anak ikan. 

ujan dah lebat kat luar tu....nak sambung siapkan keje plak la....tak baik tol menggunakan waktu keje untuk kepentingan peribadi...insapppp sekejap...

Tuesday, September 28, 2010

Berat & Tart Nenas

update hari ni adalah berkisar tentang berat badan aku yang sudah tidak stabil sekarang.  Kejap turun kejap naik.  sungguh sakit ati bila tengok angka dekat mesin penimbang tu.  Macam nak hempuk jer mesin tu.  Bila dikaji semula sebab kenaikkan berat tu, maka dapatlah aku rumuskan kenaikan tu adalah disebabkan kuih tart nenas yang aku bedal sebanyak 10 biji sekali hadap.  Sungguh terer!!...bila masuk dan cair di mulut rasa tak boleh nak stop..maka acara menyumbat ke dalam mulut akan berterusan sehingga 10 biji.  itu minimum..maksimum boleh mencecah sehingga ke 20 biji.  Dasat!!!!!..


Baru2 ini aku dah menghabiskan sebekas kuih samperit aka ulat bulu (kalau orang kedah panggey).  Sungguh menggiurkan.  Bila samperit dah abis, tugas aku menghabiskan tart nenas plak.  Ada sekali tu aku dah try sembunyikan bekas kuih raya beserta kuih raya dalam kitchen kabinet..biaq tak nampak di mata, walaupun hati tau kat mana...at least...masa utk capaian ke tempat tu agak lama dan memaksa aku menangguhkan hasrat untuk mengunyah...malangnya hanya bertahan satu malam...huhuhuhu.  esoknya aku keluarkan balik.  Tu la hubby..beli lagi kuih raya banyak222....bukannya ada orang pun yang nak datang...kalo kampung lainler..hari2 ada orang datang menghabiskan kuih kat umah mak aku.  sampai sehari sebelum aku balik ke equine..terpaksa aku gi cari kuih raya untuk mak aku semula.

Anak aku bagi cadangan suh buat kenduri.  supaya kuih itu dapat dihabiskan.  budak 6 tahun apa la tahu sangat...setakat nak habiskan kuih raya tu..aku pun boleh!! yang tak bolehnya nak memasak menambun berkuali22 berperiuk22...itu aku gagal!!.  tapi niat di hati tu ada la jugak..tunggu masa dan mood datang...nak memasak bukan boleh dipaksa.  Kang tak sedap jadinya.

weekend baru ni aku try masak lodeh dengan kuah kacang.  first time sepanjang umoq aku, aku buat benda ni.  tapi alhamdulillah...bukan nak up diri sendre..menjadi beb!!! superb!! siap jemput jiran2 setaman lagi mai makan.  next 2 week nak buat lagi la....sebelum ni buat sekali dengan bihun goreng dan daging masak itam...kaler ni nak buat laksa kedah la plak.  mesti kawww!!!..

minggu ni kalo takder aral melintang maupun menegak...kami akan balik beraya kat JB plak.  kesian bapa mertua aku...raya hari tu sorang2 dengan makcik.  na buat camner....utagha selatan...hajat hati nak melanggar ker singapura...harap2 tercapai...

p/s : passport anak2 x siap lagik ni...esok ler gi imigresen.

Monday, September 27, 2010

Entri Tak lekang dek panas tak lapuk dek ujan...

Fuhh!!!! dah lama tak hapdet blog aku ni...rasa dah bersawang. bersemak samun cam hutan khatulistiwa dah kot.  Orang buat blog..aku pun sibuk nak berblog..tapi masa tak pernah ada.  Asik bz jer.  Kat opis aku jarang ada masa free.  Nak berblogging pun tak sempat.  Baru nak cari idea...tepon dah berbunyi...baru nak dapat ilham...kena panggey.  Tensen!!!  sebab tu aku jarang menghapdet kalau kat opis.  hari ni aku hapdet??? ya! aku berjaya hapdet sebab bos aku sedang sibuk bersama bos besar..jadi kompom takkan ada gangguan fizikal dan mental untuk aku mencari ilham dan menaip sepatah dua di blog aku ini.... huhuhuhu..

Apa nak citer yer...citer raya??? hari raya..aku tak sempat nak bergambar pun. Sekeping gambar pun takder.  Sebab apa??? sebab aku menjadi tukang masak untuk hari raya pertama sehingga raya ketiga.  Sungguh keletihan. Serik..tahun depan takmo dah buat nasik222 ..goreng222 kat rumah.  Penat.  Ramai sangat orang datang..sampai tempat aku adalah di dapur sahaja.  Naseb baik aku bawa bibik.  Boleh jadi tukang basuh pinggan.

Buat pertama kali hari raya, aku balik dari kampung secara berasingan dengan hubby.  Hubby balik naik kete pada 13 September, manakala aku dan anak2ku balik naik flight pada 16 September.  Hubby kena bekerja pada 15 September..jadi tinggallah aku dikampung untuk melunaskan cuti2 dan masa berbaki bersama ibu n ayah tersayang.  Seronok sangat...tumpang masih ada masa.....sekurang2nya aku dah cuba membahagiakan mak dan ayah dikampung.... aku beli peti ais beb..hadiah untuk mak dikampung.  Kopak gak duit.  Tapi bukan selalu...setahun sekali jer..hahahaha.

Ishhh dah kol 2.02pm.  Nak kena start buat keje...en3 akan bersambung bila aku free nanti... babai...cau cin cau



Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...