Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, October 27, 2017

Single Mom





Topik hari ni...
single mom..
yes i am a single mom....hampir 3 tahun.  cepat betul masa berlalu kan...rasa baru semalam aku turun naik mahkamah.  masih lagi terngiang2 kata2 lawyer..hakim.  terakam kemas dalam minda.  kalau lah minda ni ada button delete..dah lama aku delete semua...setel. selesai!

3 tahun kot aku berdiam diri...takde ku canang pada semesta alam aku ni single mom...nak update kat fb pun tak pernah. hal rumahtangga pun aku tak pernah update kat fb...pelik aku tengok budak2 zaman sekarang...sikit2 update..gaduh sikit update..malu kot weii..kang daripada kecik jadi besar...sebab mulut puaka kat luar or nasihat daripada orang tak bertauliah kat ruangan komen tu...

kat kawan2 opismate pun aku tak pernah bercerita.  mungkin sebab aku ni malas nak bercerita..so takde pun orang nak berani tanya.  kalau tau pun..maybe diorang diam2 jer...hahahaha. bagus juga jadi orang yang tak bercerita ni.  orang kata diam tu lebih baik. so aku diamkan jer...benda2 cenggini nak declare pun tak guna.  baik aku declare kat hrmis or masa isi borang yang memerlukan pengesahan status aku je..daripada aku gi war2kan pada orang yang kita tak tau mulut diorang tu macam mana.  entah apa cerita di belakang kita nanti..macam2 kemungkinan yang kita tak mungkin akan jangka akan jadi cerita panjang yang berjela2.

kebelakangan ni..aku dengar banyak cerita  berkenaan hal2  rumahtangga kawan opis.  ada juga dari kawan2 zaman belajar dan orang terdekat dengan aku.  pasal rumahtangga..pasal suami yang macam2 peel.  ada yang mengadu tu..tak tau pun aku ni single mom.  cerita jer...last2 bila ku cakap..terus tercengang2 terkujat beruk.

aku pun tak pandai sangat nak nasihat bab rumahtangga...
kang nasihat lebih2...orang kata rumahtangga sendiri pun porak peranda..
cakap lebih2..kang orang taknak terima..
so...bagi la nasihat ala kadar...yang logik beserta fakta yang kukuh..habis cerita
sebab nak bagi motivasi...takde sijil...berdasarkan pengalaman hidup jer la aku boleh cakap

hidup as a single mom ni...hanya kita dan tuhan jer yang tahu sakitnya tu.
ada bahagia ada juga sedihnya.
bohongla kalau cakap kita bahagia..
bohong juga kalau cakap merintih sedih tak habis2..
so...itu antara kita dan tuhan je yang tahu....duduk atas sejadah...mengadu la padaNya

sebab bila jadi single mom ni..kita dah takde siapa2 nak mengadu..
tambah2 lagi kalau mak dah takde..cam aku la..
dulu mak ada..kalau sedih..telefon mak..orang kedah cakap..macak kutei tauk buang..
terus hilang sedih
kalau takleh mengadu pun...dengar suara mak pun dah ok..hilang sebeban kesedihan..
tak mengadu pun takpe...takkan nak susahkan mak pulak kan.

sekarang..kita la jadi tempat berteduh anak2...
kalau kita lemah...anak2 macamana?
so..nak tak nak ko kena jadi kuat..
nak belakon ker...pura2 ker...yang penting ko kena jadi kuat
kena kuat!...
jangan takut hidup sorang..sebab kena ingat...Tuhan tak pernah tinggalkan kita!
pegang jer prinsip tu...ko ada Tuhan...insyaAllah...dia akan jaga ko!

hidup ini ada dua pilihan jer...Nak Taknak..yes or No
takde ko nak dok kat tengah2 ..lagi gila kot
kalau sayangkan rumahtangga...bertahan...kita tak boleh ubah orang...doa jer banyak2..moga2 dia boleh berubah.  serah pada Tuhan..bangun solat tengah malam..minta padaNya.
Cuba ubah diri sendiri juga..kalau diri sendiri pun takleh berubah...baru fikir solution lain..
kalau rasa dah kalah...keluar.  takkan nak habiskan hidup dengan bertahan dan menangis sepanjang hayat.
kita pun berhak bahagia..
sayangkan diri sendiri dulu..baru pasangan sayangkan kita.
hormatkan diri sendiri dulu..baru pasangan akan hormatkan kita
kalau kita tak mampu nak sayangkan diri...hormatkan diri sendiri...macam mana kita nak belajar sayang dan hormat orang lain?  orang pandang kita pun tingi rendah tinggi rendah jer oiiiiiii

pastu bila jadi sigle mom ni..orang sibuk tanya pulak...
taknak cari lain kerrrrrrr????..rasa nak jengil2 mata kat orang tu...nora nadish yang comel tu pun makan tahun tau nak cari pengganti....siti nordiana yang semanis madu pun single lagi..so apatah lagi aku kan..
relax la dulu....umur pun dah 40 kot.  ikut purata umur pompuan ni..lagi 20 tahun kot leh hidup..tu kalau ikut purata...kalau ikut umur kat loh mahfuz..ntah2 esok lusa.  daripada aku menempuh hidup baru yang tak tau macammana dalamnya..baik aku teruskan hidup aku dengan berbakti pada tuhan. lagi senang!  pikir apa yang aku buat selama 40 tahun aku hidup...macammana nak cover dengan baki yang tinggal 20 tahun (ikut purata ya)...takut oiii

lagipun cukup la sekali aku bercinta...dari zaman sekolah...kawen..dan akhirnya berpisah.  21 tahun kot aku berpasang-pasangan.  lama tu...cukuplah dengan baki hidup 20 tahun lagi.  adil dan saksama. nak bercinta balik pun dah tak reti dah. huhu.  buang masa nak kenal2 orang ni.  ex aku pun dah selamat mendirikan rumahtangga dengan kekasih hatinya...2 bulan selepas bujang dah sibuk menguruskan majelis indahnya.  at least ada orang jaga makan minum..pakaiannya dan kehendaknya terjaga.  alhamdulillah!  itu beza lelaki dan perempuan....bukti..depan mata sendiri.

anak2...alhamdulillah..anak sulung dah berjaya dalam UPSR dan sekarang tinggal di salah sebuah sekolah berasrama penuh di KL.  anak kedua insyaallah akan menyusul juga nanti.  anak ketiga...hurrmmmm...kalau dia pergi asrama juga tinggal la aku sorang dirumah. hahaha.

Tuhan kurniakan anak2 yang bijak pada aku...syukur sangat2.




ni ha buktinya jadi single mom..
ko la segala2 tukang yang ada kat rumah tu..
so kena la jadi kuat dan bijak
Tuhan tak kan uji kita melebihi keupayaan diri kita...bila Dia yakin Dia uji
so..move on.  takyah nak takut2...terbentang luas dah perancangan Dia untuk kita.  pasti yang lebih indah menunggu kita.

aku suka juga terjah2 insta Frah Lee.  walau ada yang tak suka..mengeji..tapi aku tetap memuji. hanya yang lalui akan tahu apa yang dia rasa.  kita bukan tak berjuang...sampai saat2 akhir kita akan tetap berjuang. tapi jika telah tertulis...nokhtah nya di situ...apa hak kita untuk campur urusan Allah.redha dan pasrah.  yang penting kita takkan pernah menyesal..kerana kita sentiasa membuka peluang untuk mencuba dan berubah.  

Adioossss!!


Eat Clean

Assalamualaikum...

lama2 sekali update blog...muahahaha...konon nak aktif..sekali sendu jugak.  kalau dah pemalas tahap gaban tu...payah la kan.

Hari ni nak cerita pasal eat clean.  ramai benar sekarang ni orang dok bercakap pasal eat clean.  tema tahun 2017 agaknya.  so..aku and the geng kat opis ni pun tak terkecuali jugaklah nak masuk dalam kelompok eat clean ni.  so tertubuhlah kumpulan diet kami #ktofitchallenge.  nama tak kalah kan!!

mulanya masing2 dah gerun tengok badan sendiri.  aterr....hepi kejenya kan..tak stress..maka makan pun melambak2.  apatah lagi asyik2 kawan2 opis bawa makanan or murah hati nak belanja makan pagi la..makan tenghari...so masing2 tak sedar tiba2 badan dah bagai dipam2.  baru setahun aku kat opis baru ni...berat dah naik almost 9kg.  9kg okkkkk!!!!!.. terkejut gorilla kot.  baju2 yang beramping2 sikit tu..langsung takleh muat dah.  badan naik tanpa sedar.  tu baru aku...opismate yang masuk ke sini semua dah membesar bagai johan.  inilah syurga kerja dunia.  hahahaha.

so, kami akhirnya tersedar dan tubuhkan grup eatclean kami. hari2 kami update pasal berat. makan apa..and then siapa yang telanggar peraturan memang kena basuh kaw222 la dengan ahli kumpulan lain.



gambar kat atas tu gambar makanan aku hari2.  baru lagi buat etclean..dalam 2 minggu. dan alhamdulillah..berjaya turun dalam 3kg.  cepat betul!.  memang aku makan..6 kali sehari. menu biasa 


Pagi : herbalife shake / roti wholegrain, salad
snack pagi : apple hijau / almond
lunch : nasi mcm kat gambar tu.  kuah langsung tak amik.  yang penting ada lauk seketol, ulam dan sambal belacan
snack petang : biskut weetameal jacob 6 keping
dinner : wholegrain /telur separuh masak/telur dadar + salad/shake herbalife
supper : susu rendah lemak segelas
air : 2-4 liter.

sapa kata eat clean takleh makan macam macam.  lagi best boleh 6 kali makan.  tapi kena tengok makan apa la kan...jangan 6 kali makan pegi belasah cukup-cukup sampai nak bernyawa pun tak lepas. alhamdulillah..berkat kami sentiasa mengemaskini makanan dan aktiviti masing2 dalam grup..so semua ahli grup aku dah turun berat badannya.  masing2 takut kena denda...denda kejam nih aku bagi.  aku sendiri cuak kalo kena...hahahha.

Herbalife tu tetap aku ambil.  kadang2 aku tukar juga menu2.  ikut mood pagi2 nak masak apa.  kalao malas aku bedal jer herbalife.  kalau jemu tukar la pulak kan.  yang penting herbalife ada cukup nutrisi untuk badan kita.  

nak diet ni kawan2..kena kuat semangat.  tak leh putus asa dengan kutukan dan perlian member.  tanamkan dalam diri sendiri...aku nak sihat!!! pegang prinsip tu.  kena tegas dan disiplin yang kuat.  jangan mudah terhasut dengan ajakan member...tu yang paling penting tu.  

so far aku ok lagi.  kadang2 terbabas jugak.  tapi cepat2 balik ke pangkal jalan.  target kena ada..dan usaha kena kuat.  

nanti aku update lagi perkembangan terkini...kala gagal aku diamkan jer la..wakakakakaka

adiosss


Laki Orang Tetap Laki Orang (LOTLO)


Ya la ya la...mentang2 la aku suka lakonan Syukri Yahya...terus bini dia keluaq warning.  Bagus juga bagi peringatan awal2.

tengah marathon citer gaduh-gaduh sayang pulak ni...kelakar betul tengok Syukri Yahya pakai gigi pelesu tu.  boleh la nak gelak2 time tengah stress.

Adiosssss. Bye

Tuhan, I am Done!


Tertarik baca puisi Farah Lee kat atas tu....mula follow dia kat IG sejak ada pendedahan berani mati daripada dia.  sebenarnya aku agak respek dengan keberanian dia meluahkan kata2 walaupun ramai orang kat luar sana mengutuk.  jika kita tengok balik..berapa kerat wanita yang setelus dia berani untuk mencurahkan perasaan sendiri untuk tatapan umum...tak ramai kan!!  

nak melupakan sesuatu bukan senang.  apatah lagi kalau perkara itu telah sebati dalam hidup kita.  semua perlukan masa...ada orang sehari..seminggu..sebulan malah ada yang bertahun.  ada orang..siang ketawa riang..malam menangis bagai orang gila.   tapi percayalah....setiap yang berlaku itu...ada sebab dan hikmahnya. pelangi itu akan muncul sesudah gerimis menimpa.

kadang-kadang nak menang itu tak perlu kau bertumbuk ditengah gelanggang..senyuman juga boleh membuatkan kau menang dalam menangani emosi. senyuman kadang2 boleh membuatkan musuh kau sakit ati.  tak percaya... cubalah!!!!

aku pun pernah melalui saat membebaskan sesuatu yang aku paling sayang.  sakit!!! memang sakit.  tapi kesakitan itu lambat laun akan sembuh.  Untuk istiharkan aku menang dalam pertempuran..itu jauh sekali..tapi untuk istiharkan aku menang dalam menangani emosi...yes aku menang!!  

Monday, August 01, 2016

InsyaAllah





Engkau terjaga jam 3 pagi
Lalu engkau berkata 'awal lagi'
Dan selimut itu pun ditarik kembali. 
Engkau terjaga jam 4 pagi
Perut memulas mahu ke tandas
Sesudah itu, 
Tanpa ragu, engkau kembali menyambung mimpimu.

Aduhai! 
Engkau tidak malu?
Waktu itu Dia Yang Maha Agung nun di atas sana turun mahu bertemu
Dia yang memegang segala untung rugi nasibmu
Yang memegang segala kunci rezeki yang engkau cari saban hari
Dia yang memegang nyawamu bahkan penentu kesudahan hidupmu.
Dialah Yang Maha Besar itu
Maha Berkuasa atas segala-galanya
Dan engkau menolak untuk berjumpa? 
Betapa sombong dan angkuhnya! .
.
Bangkitlah wahai diri
Pergilah sebentar menyucikan diri
Tidak sukar, cuma sebentar! 
2 rakaat pun sudah cukup untuk engkau tunduk menyatakan taat, melafaz taubat dan meraih segala hajat!


Assalamualaikum dunia.!!!
Alhamdulillah..dapat lagi aku tuliskan sepatah dua dalam blog ni...setelah 2 hari bercuti menghabiskan syawal yang masih berbaki..memenuhi undangan teman2 dan sedara mara terdekat. 

terkesima membaca kata2 di atas.  hampir sama dengan aku.  saban hari aku sentiasa berhajat untuk bangun menemuiMu...tapi begitulah...sentiasa awal pada pandangan mataku tatkala jam loceng berbunyi..atau terbangun sendiri. 

Teringat kembali semasa aku memerlukan kekuatan dariMu...saban malam aku tanpa segan silu bangun menadah tangan memohon dariMu...

dan saat aku bahagia dan gembira...aku seakan melupakan kenikmatan hening malam saat mendadah tangan..merayu dan memohon dariMu...sungguh aku mengaku....

Sungguh aku manusia yang mudah lupa!!
kadang2 betul orang cakap...
"lebih mudah menjadi orang yang penyabar daripada menjadi orang yang tahu bersyukur"

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)”. 






Thursday, July 21, 2016

Tazkirah Khamis

Assalamualaikum dunia..

hari ni agak bizi sedikit....bukan bizi dengan keje...tapi bizi dengan jemputan rumah terbuka.  pagi tadi ada miting sikit pasal perancangan rumah terbuka opis then siapkan keje untuk auditing sikit dan baru terlintas nak update blog..tu pun lepas terima satu mesej dalam whatsapp ni.  macam menarik untuk dikongsi bersama.



Sedikit tazkirah.....

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. 

Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Lalu ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Berbekalkan rasa marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. 

Lalu ular pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Justeru... pada saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

Kongsi bersama: Sahabat2ku:

           Jangan tertipu 
        dengan usia MUDA 
        karena syarat Mati 
         TIDAK harus TUA.
   Jangan terpedaya dengan 
        tubuh yang SEHAT 
       karena syarat Mati 
       TIDAK mesti SAKIT
   Jangan terperdaya dengan 
        Harta Kekayaaan
                 Sebab 
    Si kayapun tidak pernah 
     menyiapkan Kain Kafan 
             buat dirinya 
      meski cuma Selembar.
      Mari Terus berbuat BAIK,
          berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK, 
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan  Tidak suka dgn Nasihatmu
      Jadilah bagai Jantung 
        yang tidak terlihat, 
     Tetapi terus berdenyut 
     setiap saat hingga kita 
 terus dapat hidup, berkarya 
     dan menebar manfaat 
       bagi sekeliling kita 
     sampai diberhentikan 
              oleh NYA
            Sahabat2ku:
"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga .
      matahari terbenam, 
  'Amalku tidak bertambah 
             sedikitpun, 
  padahal aku tahu saat ini 
       umurku berkurang".

Renung-renungkan lah.. 
Selamat beramal semua...

Aku at rumah terbuka Microsoft. bergambar dengan heti, shima dan raifana.  teman2 dari opis lama. huwwwwaaaaa dan tak stay kat sana.  tiba2 rindu nak tayang gambar gedik2 dengan korang.  rindu sesangat.  aku tetap muka control.  hahaha.  orang kata muka aku ni kecik.  tapi bila dijenguk2 gambar ni memang betul...tak pe lah...padan la dengan badan dan ketinggian.  opsssss!!!!

me at rumah terbuka Microsoft. bergambar dengan heti dan raifana.  teman2 dari opis lama.  huwwwwaaaaa dan tak stay kat sana



Wednesday, July 20, 2016

Mood Selenga

Assalamualaikum semua..



"Nabi Adam masa dicampak keluar dari syurga, baginda tak salahkan Hawa. Tak salahkan syaitan yang menghasut mereka. Tapi segera mengakui silapnya. Terus minta ampun dari Allah. .
.
Nabi Yunus masa ditelan ikan, baginda tak salahkan sesiapa. Tak salahkan kedegilan kaumnya. Tapi terus-terusan mengakui kesilapan dan merayu keampunan. .
.
Akhirnya Allah Yang Maha Belas Kasihan pun berasa kasihan lalu bebaskan mereka dari penderitaan. Allahu Akbar. Para Nabi yang mulia pun tidak pernah malu mengakui kesilapan. .
.
Kita? Bila susah, boleh pula tanya.. "apalah dosa aku ya Allah?". Bila ada masalah, terus tuduh orang ni salah, orang tu salah. Alahai.. sombongnya kita! Bodohnya kita sebab tak nak belajar dari sirah. .
.
Kalau terus nak buat sombong bodoh macam tu, jangan nak hairanlah kalau hidup kita asyik ditimpa malang. Jangan pelik kalau hati kita tak tenang-tenang.
.
.
Sungguh. Allah itu Maha Adil. Kita yang degil!"





Thursday, July 14, 2016

"didiklah hati untuk menjadi bahagia"

Assalamualaikum...

"didiklah hati untuk menjadi bahagia"

Kadang2 terasa betapa hati tak bahagia...
terasa betapa sunyi hidup ini..
macam ada yang tidak lengkap..
macam ada yang masih tercari2 tapi tak ditemui

pandang kiri kanan dalam rumah sendiri..
rasa macam tak berseri
suram...seperti suramnya hati
sepi..

rupanya..dalam mencari kebahagian itu..
yang kita rasa susah nak jumpa...rupanya ia ada disini...di hati sendiri


Buat renungan kita bersama dari sudut hati paling dalam... 

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut: 

Pertama - Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat. 

Kedua - Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

Ketiganya - Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya. 

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini: 

1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian. 

2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati.  Ia tetap akan terus berada di dunia. 

3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA. 

Kesimpulannya:

Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu.

KEBAHAGIAAN HIDUP...

Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama. 

Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang. 

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama. 

Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama.

Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi. 

Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama... lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka... itulah kebahagiaan sesungguhnya. 

Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup: 

1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala sesuatu bukan dari harganya. 

2. Kata2 yg terbaik: "Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan." 

3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan. 

4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia". Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu. 

5. Hidup itu antara "B" birth (lahir) dan "D" death (mati). Di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita. 

Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama. 

6. Ada 6 doktor terbaik:

a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam.
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Gembira/ketawa

Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan & nikmatilah...

Wallahu a'lam...


Untuk Kita Pendosa


Assalamualaikum..

Nak jadi ustazah sikit hari ni...dari semalam baca buku kat atas tu tak habis2.  beli 2 tahun lepas...tapi tak sempat2 lagi baca.  asik mengadap gadget jer ...

Akhir2 ni rasa 24 jam macam tak cukup jer....padahal seblum ni dengan 24 jam tu aku boleh buat macam2.  rasa2nya sebab penggunaan gadget yang melampau2 menyebabkan masa tu macam terbuang macam tu jer.

Kita semua hidup dalam zaman yang sangat modern (post modern). Berbagai informasi begitu melimpah.[1] Ilmu pengetahuan atau sains teknologi terus ditemukan atas kemurahan Allah bagi umat manusia.[2] Akan tetapi acap kali kemajuan sains ilmu pengetahuan dan teknologi, informasi yang begitu berlimpah bagi umat manusia sering disalahgunakan (disalahfungsikan). Dampak-sampak negatif itu tidak bisa terbentung. Semestinya ilmu pengetahuan dan teknologi membuat manusia semakin bersyukur kepada Allah, mengenal kebaikan dan kemurahan-Nya, mendapatkan kenikmatan dan kebahagiaan hidupnya. Akan tetapi sering malah sebaliknya. Apa yang menjadi faktor sehingga kondisi umat manusia seperti ini.
Al Quran sering menyebut penyakit batin, qalbu (hati), salah satunya adalah ghaflah. Dalam berbagai bentuk Allah sebut dalam bentuk kata mashdar ghaflah atau isim fa’il(subyek) غافل ghaafilun. Ghaflah artinya lalai. Pengertian lalai di sini ditujukan (dikaitkan) kepada hati. Boleh jadi pelajar-pelajar kita pengetahuannya banyak alias banyak yang diketahuinya akan tetapi tindakan-tindakan sosial begitu sering dalam kehidupan kita.
Persoalannya adalah hati ketika ghaflah (lalai) kepada Yang menciptakan manusia membuat ilmu pengetahuan manusia menjadi porak poranda. Pengetahuan manusia akhirnya menjadi senjata untuk memutarbalikkan fakta. Banyak ahli hukum tapi justru menjualbelikan hukum. Inilah kondisi yang sangat memprihatinkan.
Ghaflah dalam Al Quran maksudnya lalai kepada Allah Swt. Dalam ilmu tasawuf dikenal dengan pintar lisannya & bodoh hatinya [’aalimul lisaan jaahilul qalbi]. Jenis manusia pertama cerdas hati, karena menyambung kepada Allah membuat seluruh panca inderanya menjadi peka (berfungsi dengan baik) untuk kemajuan diri dan orang lain. Jenis kedua bodoh hati, lalai hatinya akan Allah, pengetahuan dan panca inderanya tidak berfungsi dengan baik sehingga membuat porakporanda kehidupan ini.
Firman Allah Swt,
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
“Mereka hanya mengetahui yang zhahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka mengenai (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (Q.S. Ar-Rum: 7).
Mereka sebagian besar manusia mengetahui kehidupan dunia ini hanya sisi lapisan luar saja tidak mengetahui hakikat kehidupan. Artinya menjadikan dunia ini sebagai tujuan, harapan yang besar, kehidupan yang abadi.
Manusia ingin berlomba-lomba meraih kenikmatan dunia, dan menjadikannya sebagai tujuan. Mereka tidak mengetahui hakkat kehidupan dunia.
Hakikat kehidupan dunia adalah media, alat, sarana untuk akhirat yang abadi. Ilmu, fakta dan realitas kehidupan telah membuktikan bahwa tidak ada manusia yang hidup selamanya di dunia, dari satu generasi ke generasi selanjutnya hanya melewati kehidupan sementara menuju kepada kehidupan akhirat yang abadi.
Hakikat kehidupan dunia yang kedua adalah ujian dari Allah. Kehidupan dunia ini penuh dengan ujian. Kita terlahir ke muka bumi ini tanpa meminta. Selanjutnya diberikan kenikmatan demi kenikmatan, semuanya adalah ujian. Di dalam kehidupan dunia ini ada unsur positif dan negatif, takdir baik dan buruk.
Manusia-manusia yang hanya mengetahui kehidupan dunia ini dari sisi luar saja hatinya lalai akan akhirat. Bukan mereka tidak mengetahui tentang adanya akhirat. Semua kehidupan dan ciptaan Allah adalah berpasang-pasangan, سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ Yang Suci Allah, yang telah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan pada diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."[3]
Ada hidup dan mati, sehat dan sakit, untung dan rugi, kehidupan dunia dan akhirat.
Mereka bukannya tidak tahu adanya kehidupan akhirat yang abadi sebagai tempat balasan Allah. Persoalannya bukan karena pengetahuan tapi penyebabnya adalah hatinyaghaflah (lalai) sehingga pengetahuannya menjadi tidak berfungsi (bermanfaat). Analisisnya tumpul karena hatinya lalai kepada Allah Swt.
Inilah penyakit berbahaya yang tidak disadari oleh umat manusia.
Firman Allah Swt,
اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka (hari Kiamat).
Semakin dekat balasan kepada manusia. Balasan akhirat yang sesungguhnya, sangat ketat, detail (terperinci), hisaaban yasiiroo, jazaa-ul awfaa. Semakin dekat umur manusia terus digerogoti oleh pergerakan waktu. Waktu tidak bisa berhenti apalagi mundur. Terus bergerak dan bergerak. Inilah ketetapan Allah dan manusia tidak bisa keluar darinya.
Tapi sayangnya, sungguh akal sehat membenarkan, realitas kehidupan telah membuktikan sunnatullah hal tersebut, tapi mereka dipanggil (diseru) oleh Allah dan Rasul-Nya berpaling (membangkang) karena hatinya lalai. Mereka terus berpaling tidak mau memenuhi perintah Allah. Mereka tidak sadar bahwa umurnya semakin berkurang dan dekat dengan hisab (perhitungan) Allah. Hatinya tidak peka dan selalu menginginkan syahwat kehidupan.
Potret kehidupan manusia yang selalui diwarnai peyelewengan, melawan hukum, tindakan kriminal, korupsi terus marak dan tidak menjadi jera. Terbongkarnya satu kasus demi kasus tidak menjadikan pembelajaran berharga. Laahiyatan quluubuhum [لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ],[4] hal itu disebabkan hatinya lalai kepada Allah Swt. Ketika qalbu manusia terputus dari Yang Menciptakannya (Allah Swt) maka panca indera, hidup dan kehidupan ini tidak akan menjadi pelajaran berharga bagi diri mereka. Betapa berbahayanya hati yang lalai dari Allah Swt.
Tentu sebagai orang yang beriman mesti menghindar dari penyakit berbahaya ini dengan banyak membaca istighfar. Rasulullah Saw menjanjikan bagi orang banyak beristighfar akan diberikan solusi (jalan keluar) yang terbaik selain diampuni dan disayang Allah. Selain itu akan dihilangkan rasa bingung, sedih, gundah gulana yang disebabkan oleh dosa-dosa. Selanjutnya Allah berikan kepadanya rizki tidak disangka-sangka dan di luar perhitungannya (tapi ada dalam perhitungan Allah). Inilah bukti sayangnya Allah kepada mereka yang banyak beristighfar dan taubat (kembali) kepada Allah.
Qalbu kita akan semakin dibersihkan dari noda dan dosa. Semakin dibersihkan hatinya akan semakin butuh kepada-Nya. Hatinya semakin peka dala menjalani kehidupan. Kita akan berani berbagi, siap membantu menyebarkan kebaikan dan kemanfaatan bagi umat manusia. Inilah tanda hati yang terhindar dari penyakit ghaflah. Hatinya bangkit dan terus menghadap kepada Allah Swt.

beli bunga kemarin..balik umah campak jer dalam pasu.  cantik la jugak rupanya bunga ni...


Tuesday, January 26, 2016

Alhamdulillah..Syukur Result UPKK

Assalamualaikum..
bersiaran lagi untuk kali ketiga hari ni..
ni namanya hari tak keruan..
jiwa kaco

alhamdulillah...
patutla jiwa tak keruan sejak pagi tadi..
rupanya ada benda nak kena selesaikan..


surprise...
syukur padaMu Ya Allah..
tahniah kakak...hadiah yang tak ternilai harganya...
harap2 kakak akan buat yang lebih baik dalam UPSR nanti.
Doa mama akan sentiasa mengiringi kakak..
luv u till jannah..

Tuesday, October 20, 2015

Kau tak Pernah Tahu

maaf kalau senyum aku menyakiti kamu..
sungguh hanya itu yang aku mampu
tangisan ku sudah habis ditadah bantal yang basah
amukan sudah diam2 berakhir di sejadah

kerana itu..hanya ini yang tinggal di wajahku
hanya senyumku..sedang dihati
lukanya sentiasa baru..
tapi kau takkan pernah tahu

Sebelum Terlambat

seringkali begitu..saat masih berpeluang..diabaikan
bila hilang..menangisi kesempatan.
saat masih mampu..buat tak tahu
bila dah pergi..menyesal setengah mati

duhai hati..janganlah terpedaya lagi..
jangan membuang waktu
sungguh aku melihat masa berlari begitu laju
belajarlah sesuatu..hargai apa yang masih milikmu
buatlah apa yang masih mampu

sebelum takdir menjeratmu sebegitu hebat
sebelum segala2nya sudah terlambat
bahagiakan dia tanpa syarat..moga nanti bila dia pergi
tangisanmu berlagu tenang...tiada sesal untuk dikenang..


Friday, August 28, 2015

Aku Yang Baharu

aku fikir aku sudah kalah
sudahku jatuh tersembam ke bawah
jijik melihat tanganku berselut tanah
tertanya2
entah apa pula yang terpalit di wajah
pasrah!!

aduhai
serasa enggan mengangkat muka lagi
serasa mahu terus tunduk ke bumi
lenguh bersujud..aku bangkit kembali
namun bangkitku masih tunduk
hanya sekadar rukuk
sekadar itu yang termampu olehku
kerana mata ini masih enggan memandang ke depan
kerana jiwa ini sudah terputus harapan
hilang keyakinan

namun sayup angin menderu
bagai terdengar suara menyeru
"wahai hamba-Ku, jangan pernah berputus asa dari rahmat-Ku"
Allahhu Akbar
pada langit yang biru itu
kulihat kasih sayang itu
terlahir jiwa yang baharu!
aku yang baharu!

Wednesday, August 26, 2015

Manisnya Dosa Lalu


 

Manisnya dosa lalu bukan yang buat engkau makin mahu mengulanginya
Bukan juga yang buat engkau tersenyum tika mengenangnya
Bukan pula pada sesuatu yang engkau rindu
lalu mahu kembali seperti dulu.
Bukan. Ia bukan begitu. .
Namun Manisnya dosa lalu itu
terletak pada satu kebencian terhadap apa yang dinamakan kesilapan
Pada peritnya kenangan tika ia singgah di fikiran. .
Manisnya dosa lalu itu letaknya pada airmata yang bercucuran
Pada letihnya engkau merayu pengampunan
Pada sesaknya dada dengan ketakutan
Takut dengan kemurkaan
Takut dengan hukuman
Lalu ketakutan menjadi asbab engkau sujud mendekati tuhan.
Sungguh
Manisnya dosa lalu itu memang ada
Rasai manisnya tika engkau rasa begitu hina
lalu sedar bahawa engkau tidak lebih mulia dari sesiapa.
Rasai manisnya tika engkau menyiram wajahmu dengan esakan penyesalan
angkara satu kedegilan. .
Lalu rasailah..
Perlahan-lahan Rasa itu membuahkan ketenangan.
Perlahan-lahanRasa berdosa itu menyuburkan fikrah hidup bertuhan.

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...