Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Futsal @ Sports Planet Ampang







ni gambar2 aku main futsal semalam

game pertama
KLN (0) vs KASKEP(0)

aku main sekejap....dalam 4 minit. masa permainan adalah 10minit. tu pun semput macam apa lagik.

game kedua
KLN(2) vs PENERANGAN(4)

aku main separuh masa pertama. position adalah sebagai defend. seronok. disebabkan masa permainan cuma 10 minit..kami kena bagi semua ahli pasukan merasa untuk bermain. poyo jer kan??? harus ler kena bergilir2.

team dapat masuk pusingan kedua...ikut mata.

KLN(0) vs KWSP(4)
naseb baik aku tak main masa ni. Ya Allah...besar2nya team KWSP tu. Ada budak lelaki sebelah aku siap sound lagi " keeper KWSP tu badan dia saja dah separuh gol." patutler kami kalah.(huhhh!!! alasan semata2)

Ulasan aku : team KLN kena banyak buat latihan.

apa pun aku seronok main futsal semalam...dan nak jadikan futsal sebagai kerjaya tetap la lepas ni....

Tuesday, October 19, 2010

Hari Ini...

Dah dua hari aku takder penjaga kat opis ni...rasa lapang segala semak samun yang tumbuh bekeliaran dalam kepala hotak aku ni...lapang selapang-lapangnya..tenang setenang-tenangnya. jadi aku pun membalas dendam dengan seikhlas hati...duduk goyang kaki...relax..tenangkan minda..tenangkan jiwa. selama ini kalo penjaga ada...aku macam tak sempat nak pijak kaki ke bumi...macam berterbangan di angkasa. kejap ke sana..kejap ke sini...penat!!! sungguh memenatkan.

aku fedulikkan kata2 orang...biarlah apa orang nak kata pun. yang penting aku hepi. oh ya!! lupa mau kabarkan...petang ini aku ada friendly futsal sama team JPN (baca lenggok indon)..kat gelanggang Mohktar Dahari. kejap lagi plak..aku ada mesyuarat sama bahagian MPD...heheheheh...keje ooo keje...bila mau berenti...

p/s : teringat dulu time aku jadi cikgu...sungguh relax!!!

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...