Cuba anda bayangkan…
Anda adalah seorang pekerja yang baik dan berdedikasi. Anda sentiasa melaksanakan tanggungjawab anda dengan sepenuh perhatian. Anda juga seorang rakan sekerja yang baik. Kerana itu, anda selalu membantu rakan sekerja anda yang menghadapi masalah, tidak kira samada ianya masalah kerja atau masalah peribadi..
Oleh kerana anda terlalu baik, anda sering dipergunakan oleh rakan sekerja untuk melaksanakan tugas yang tidak ingin mereka lakukan. Akibatnya, anda mengalami lambakan kerja..
Adussss.. Bos pula meminta anda menyerahkan satu tugas yang belum anda siapkan sepenuhnya.. Bagaimana ni?
Anda rasa anda pasti dimarah oleh bos kerana kerja tidak siap..
Okey, berhenti membayangkannya.. Sekarang, cuba anda beritahu saya apa yang anda akan lakukan dalam keadaan sedemikian?
Sebenarnya aku terbaca satu post di blog WanWma tentang Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar. Aku bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh WanWma.. Cuma apabila membacanya aku teringat cara yang aku gunakan untuk melepaskan diri dari kena marah apabila kerja tidak siap..
Berbalik semula kepada persoalan pokok, apa yang anda akan lakukan apabila kerja yang diberikan oleh bos anda tidak siap sedangkan due date nya telah tiba?
Apa Nak Buat Ni?
Ya, bagi kebanyakan orang, anda mungkin juga seperti aku suatu ketika dulu.. Dua cara.. Cara pertama, mengelak dari berjumpa dengan bos sepanjang hari due date itu sementara aku cuba menyiapkan kerja tersebut sepantas mungkin.. Cara kedua adalah jumpa bos, beri alasan dan terima sajalah kemarahannya itu..
Dan seperti yang anda dapat bayangkan, di akhir kedua-dua cara itu, memang aku tetap juga kena marah kan.. Bila kena marah, aku stress..
Rakan aku berikan aku satu tips.. Yang akan aku ceritakan kepada anda.. Nak tak?
1 - Bos Juga Seperti Kita
Sebenarnya mudah saja.. Pertama, jangan anggap bos itu sesuatu yang menakutkan.. Sesuatu yang makan orang.. Sesuatu yang kerjanya hanyalah nak marah aje.. Sebaliknya, kita bayangkan bos adalah seseorang yang berhati perut, sama seperti kita..
2 - Mesti Ada Sedikit Hasil
Kedua, sediakan kerja yang perlu dihantar itu, walaupun ianya belum siap.. Jika separuh siap, maka print lah yang separuh itu.. Jika ada bahagian yang masih lagi kosong, print lah dalam keadaan yang kosong itu.. Tetapi janganlah pula sebenarnya anda memang tidak melakukan apa-apa pun ke atas kerja tersebut..
3 - Jumpa Sebelum Dicari
Ketiga, berjumpalah dengan bos anda sebelum dia mencari anda.. Beritahu dia bahawa anda sedang menyiapkan kerja yang dimintanya tetapi belum siap.. Berikan alasan anda - yang munasabah.. Seperti anda menunggu maklumat daripada orang lain, komputer anda dimasuki virus malam tadi hehehe.. dan apa juga seribu satu alasan yang logik.. Pastikan yang bos anda tidak tahu tentang komputer jika anda ingin beri alasan komputer rosak..
4 - Tunjukkan Apa Yang Ada
Keempat, tunjukkan hasil kerja anda yang separuh siap itu.. Bos akan percaya anda telah berusaha jika anda menunjukkan bukti kepadanya - walaupun tidak sempurna.. Berbanding jika anda hanya bercakap anda ada buat, tetapi tanpa bukti..
5 - Tempoh Baru
Kelima, minta tempoh baru untuk menyelesaikan kerja tersebut..
Dalam semua situasi yang berlaku ke atas saya, saya berjaya melepaskan diri dari kena marah setiap kali.. Dan kebiasaannya bos akan lebih percaya kepada saya dan mereka merasakan saya adalah seorang yang bertanggungjawab.. Malah, lebih dari sekali, bos akan memuji sikap saya dan memberitahu apa yang saya lakukan itu adalah tindakan terbaik.. Dan akhir sekali, saya akan mendapat lebih masa untuk menyiapkan kerja tersebut..
Tetapi awas, jangan ulang taktik ini kali kedua untuk kerja yang sama.. Dan pastikan juga anda ada sebab yang baik untuk tidak menyiapkan kerja tersebut..
Selamat mencuba!
FUCK LA
ReplyDelete