Friday, October 27, 2017

Percutian ke iCity

Assalamualaikum..
Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands....
Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak berapa nak cukup. Banyak keje nak setel. Huhu...

dari Genting tanpa singgah ke mana2 kami terus berdesup ke iCity..nak penuhi impian si ammar...nak masuk snowhouse. dalam pukul 4 petang rasanya kami sampai ke sana...alhamdulillah sangat mudah..parking senang dapat.

kali ni datang kos untuk semua permainan kat situ agak melambung sikit.  mahal!..rasanya kalau ada anak sorang dua boleh tahan lagi la nak pergi situ...kalau lebih dari tu...mau siap duit.  kos keseluruhan kami hari tu kat icity dalam RM400.  itu pun mainan ala2 jer...takde la naik roller coster bagai.  satu games RM5..ada yang RM10.  kalau sekali naik 3 orang...bayangkan...kalau mak bapak sekali join..hurmmmmm.




tempat pertama kami tuju tentulah snowwalk.  yang ni kos dewasa RM25..kanak2 RM20 rasanyalah. bayangkan 3dewasa 2 kanak kanak.  pejam mata jer lah bayar. nasib baik masing2 pakai kasut..so takyah sewa boot kalau tak bayar lagi la.  masuk dalam tu cuma 20 minit jer.  pastu masing2 dah menggelupur kesejukkan.  aku lagi la...kaki langsung takleh nak rasa dah..kebas gila.  tebal rasa. agaknya itu lah sebab tuhan tak bagi aku peluang pegi belajar kat obersea dulu...ada hikmahnya. sebab aku ni...memang takleh tahan dengan sejuk.  yang si ammar pulak tak padan dengan ada asthma....ada lagi hati nak gi tempat sejuk tu. risau betol aku...pam inhaler dia tu..memang la aku sentiasa bawa dalam beg sandang aku kalau bawa dia berjalan.



yang gambar atas ni ada promotion hari tu...free.  patut la free...masuk tengok2 gambar sikit...karton2 ntah citer apa ntah..pastu naik train cinonet 3 minit pusing habis.  mujur free..kalau tak...rugi



gambar tak clear...yang ni satu kete leh naik dua orang jer...rm10 rasanya.  so sebab kami berlima maka aku jadi la tukang tunggu kat tepi.  hahaha kesian kat diri sendiri.  5 minit jer boleh naik..pastu mati la sendiri.


posing nak balik dah

lagi posing mamat mengada ni
ada banyak lagi games kami naik..tapi tak teramik gambar semua.  maklumlah kalau dah ms photographer main jugak...sapa nak amik gambar.  keseluruhan...boleh la.  kalau setahun sekali pun rasa bolehla pergi...tapi kalau ada bajet lebih...better gi legoland ker USS ker..

Icity ni boleh la pegi suka2...tapi agak mahal kalau ada anak ramai...
kalau setakat pegi berkapel2 tu ok la
isi masa lapang.

dalam mahal2 pun..ni kali ketiga kami sampai ke sini..3 tahun sekali kot..itu pun kalau takde tempat sangat nak tuju.  percutian tak plan.  selalunya macam tu la.  mungkin 2 tahun lagi kot ke sini lagi...kali ni nak masuk museum 3D.  hari tu teringin nak masuk..tapi anak2 tak minat.  mungkin tak faham lagi kot.

gambar tak banyak...mak tak sempat amik.











No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...