Showing posts with label hero. Show all posts
Showing posts with label hero. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Ammar Khaleef

Jarang2 ke udara....diari online pun dah jadi buruk. Tak kena selak oleh tuan dia. Huhhh!!!

Mana nak sempat...
Sekarang ni aku asik bizi memanjang..
Selain aku dah tak hire weekly maid..
Aku juga dah semput dek ketangkasan dan keganasan anak terunaku...little khaleef.

Bulan ni genaplah usia ammar 11 bulan..
Baru nak pandai merangkak....nak duduk.
Pastu dah stat memanjat kerusi dan rak tv. Sekarang ni..aku dah hadang kusyen kat rak tv..
Konon2 jadi tembok. Tapi ternyata tembok yang aku bina tak mampu bertahan lama. Habis ditarik2 dan dirobohkan dengan semangat wajanya.



Ni ammar tengah kaco aku memasak...time aku nak memasak pun dia sibuk melawat dapur. Pastu kaki aku pun asik tersangkut dengan kete kebal dia tu. Nyaris2 tersungkur.



Dahla dapur sempit...bertambah sempit lagi la jadinya. Time ni aku tengah menggoreng ayam. Takut terpercik minyak kat dia jer. Redha jer la.



Ni la rutin dia...godek sana sini . Bimbang takut tersepit jari jer.

Selagi dia tak tido..selagi tu la aku takleh nak berehat..atau bergolek2 tengok tv. Layan jer dia...sampai dia tido. Baru leh bergerak..mengemas..dengan aman. Masa aku taip n3 ni pun..rumah aku sedang bergelap gulita. Aku tutup semua lampu...tinggal lampu tv jer. konon2 nak bagi dia tido atau tak berjalan jauh. Sekali hampehhh!!!... tak heran. Biarlah ko melasak nak oiii. Kang tido la kamu tu.

Penat..letih..stress
Tapi terpaksa di tahan.
Tak sabar nak tunggu ammar besar...
Dah faham..tau beza yang mana ok yang mana tak ok.

Sekarang aku tak payah susah2 nak paksa diri tido kat opis. Letak kepala kat meja trus hanyut. Mimpi. Dapat setengah jam pun jadi la. Lega. Sekarang impian aku nak gi spa plak. Nak meregangkan ketegangan badan dan fikiran. Bila la agaknya aku berkesempatan ni...

Ok..stop dulu..dia tengah memanjat dalam keadaan tiada cahaya.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 16, 2013

Teman mesra ammar

Salam...

Hari ni aku cuti lagi. kali kedua untuk tahun 2013...bukan sengaja nak cuti. Tapi kesihatan ammar tak mengizinkan aku ke opis.
Semalam masa antar ke nurseri...cikgu neseri pun dah cuak. tambah2 lagi bila dengar bunyi nafas ammar. kali ni bukan bunyi dari leher...ataupun kahak biasa..tapi bunyi dari paru2 yang dah sempit disebabkan kahak dah berkumpul terlalu banyak. so..memang nampak ketara dia nak bernafas pun dah semput.

Malam tadi...aku memang dah pasang niat nak bercuti jer hari ni. kesian ammar....sakit2 pun aku tinggalkan kat neseri. tambah sedih bila time rehat masa aku gi jenguk dia. siap nak tido atas riba aku lagi. memang nampak sangat dia perlukan aku sangat2. Cuma aku yang terpaksa keraskan hati...cekalkan jiwa,..disebabkan terikat dengan komitmen kat opis. Meeting memanjang.

Pukul 2 pagi tadi ammar tetiba demam. suhu dah mencecah 39.5. Aku bungkus dengan kain basah....masukan ubat bontot...tepuk belakang dia. kahak dah terlalu bnayak membuatkan dia sukar nak bernafas. tapi disebabkan aku dah biasa dengan keadaan dia...so aku takde la panik sangat. macam biasa...kasi nebulizer..tepuk depan belakang. alhamdulillah...lega la sikit.

Pagi tadi gi jumpa doktor cheok. paed kat colombia asia. Aku suka dengan doktor tu. dia rajin terangkan apa yang aku tak faham. ain..aina pun pernah kena warded kat situ...dan walaupun ada 3 paed kat situ...dia pulak yang kena rawat anak aku. Kebetulan. so..kisah ammar ni...akhirnya doktor decide ammar kena start guna inhaler. Sebab ammar dah hampir asma. kes ammar tak macam kes baby2 lain. walaupun ramai baby yang kena selsema kat neseri...tapi kahak tu tak memberi kesan pada lung diorang. ammar pula...doktor cakap paru2 dia terlalu hyperaktif. Mudah memberi respon pada segala macam habuk...dan asap. bahaya tol la. So...aku kena selalu bernati hati dan kena memastikan ammar hidup di persekitaran yang bersih. Tapi faham2 jer la kat neseri. aku selalu tak puas hati pasal tilam ammar selalu kotor.banyak habuk. tapi nak buat camner. terpaksa pejam mata...dan sebab tu juga aku selalu turun gi lawat ammar. Sambil2 tu aku kibas sekali tilam ammar.

Berbalik pada citer inhaler tu....inilah teman baru ammar....





3 kotak yang lengkap. biru untuk kecemasan. oren kena pakai hari hari. 2 kali sehari sehingga tiga bulan. Kalau dah ok..dos akan dikurangkan. inhaler ni takleh trus stop. bahaya. so..hanya boleh dikurangkan dos..sehingga ammar dah stabil:-)





Chamber ammar. siap ada teddy lagi. comel plak tu. maka mulai hari ni...aku takleh kemana mana tanpa benda alah ni. ke a usungla..bertambah besar lasaiz beg aku pas ni.




Comelkan chamber untuk budak2ni. Macam2 kaler ada. baru aku tau




Lastbutnotleast......gambar pesakit kesayangan hamba....


Semoga ammat cepat baik ya sayang....kena kuat lawan penyakit ammar tu. besar nanti jadi pilot....hensem anak mama....:-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 05, 2012

Aktiviti budak kecik di pagi

Di awal pagi...aku sedang menemani hero kecik tengok upin ipin. Argghhh!!!! Ngantuk. Nak tido takut ada budak jatuh katil.



Comel ka n upin ipin di awal pagi




Itulah budak yang kusyuk tengok upin ipin. Dikelilingi tembok2 bantal dan selimut.

Aku dah ngantuk....kol 5 pg dah kena bangun. Tido lah nak oiiiii....esok mata mamamu ini jadi mata kungfu panda.




Dah boring tengok tv...aktiviti mencakar panel katil pulak.




Pastu pusing tengok tv pulak bila dengar music.
Sekarang sedang membelek henpon aku tengok aku hapdet blog....

Anak ooowwwhhhh anak!!!!

posted from Bloggeroid

Thursday, November 29, 2012

Mereka Kesayanganku

rindu anakku ini...baru 4 jam aku letak kat neseri...rasa rindu membuak333.
tak tahu kenapa....sayangnya aku pada dia lebih dari nyawaku sendiri...
banyak kenangan pahit dan manis sewaktu aku mengandungkan ammar...
banyak juga pengalaman dan pengajaran semasa aku membesarkan ammar...
seharipun aku takkan boleh berpisah dari dia...
rindu...
 
mereka cahayamataku...
mereka nyawaku..
mereka segala-galanya bagiku...
tidak ada sesiapapun yang mampu memisahkan mereka dari aku kecuali Allah yang Satu..
aku sayang mereka...sayang ketat3333

 
p/s : syahdu tetiba....rindu anak2ku. padahal dok kat neseri bawah tu jer...

Thursday, November 08, 2012

Kisah Khaleef

nak panggil khaleef....taknak ammar. kot2 jarang sakit dah pasni.


salam..
lama tak hapdet. fuhhhh!!!berabuk. macammana ni la kalau bukan blogger tegar. ni namanya blogger lalang. suka2 ati bila mau muncul. huhuhu.

minggu lepas aku mc seminggu. ammar sangatla tidak sihat. kali ni ku try tak pegi jumpa paed kat pusrawi. kalai gi sah2 kena berkampung kat wad lagi. enggak mahu sihhh!!. penat. so..bila dah tak warded..ku kena la berulang ke spital. hari2. check paru2 dan pernafasan serta oksigen dia. pagi2 kena buat fisio...amik neb...bagi ubat. 6 jam sekali. so..akulah nurse..akulah ibu. gilerrr. takyah amik course nurse...trus jadi nurse. segala nama ubat pun ku dah hafal. tapi yang paling tak best bila ammar terpaksa amik antibiotik paling kuat untuk baby. kesian anak aku. ujian tuhan kan....kena lalui dengan redha. sebagai ibu.aku kena kuat dan tabah.

baru senin lepas antar neseri...hari ni ammar kena lagi. gara2 tertelan muntah sendiri semalam kat neseri. masa aku gi time lunch...aku tengok cikgu dah kalut2 kat tempat dia. aku masuk jer tengok ammar dah lencun dengan muntah sendiri. tilam..napkin..baju 3 lapis.bantal semua kuyup. cikgu kata ammar muntah tersembur. dah la tu masa tu dia tengah baring pulak tu. kesian anak aku. macam tu ler kalo kita bekerjaya...anak terpaksa diserah pada jagaan orang. so..nak tak nak kita kena terima...marah boleh tapi kena pandai caranya.

aku tengok ada botol susu...dah habis. cikgu. dia kata...dia baru makan bubur pastu nak susu. so...cikgu dia bagi. mesti overload anak aku ni. biasanya lepas bubur...aku akan bagi susu 2 jam lepas tu. takkan bagi terus. tapi biasalah neseri...nak tutup mulut baby...sumbat jer la. tapi ku tak marah pun..ku cakap elok2..."ina pasni kalo dah kasi bubur...jangan kasi susu tau...tunggu 2 jam". gila aku bersabar.

so...hari ni..ku kat umah lagi ni. pas fisio dia..mandi...bagi ubat..amik gas...kasi makan..terus tido dulu. ku nak siap2 nak masuk opis. tak sedap ati amik mc lelama. kang trus kena benti keje. nasib baik gomen...kalau private lama dah ku kena tendang. huhuhu.

posted from Bloggeroid

Saturday, October 06, 2012

Saturday, September 29, 2012

Ammar dan aktivitinya

Ammar tak berapa nak sihat lagi...
Kahak masih banyak lagi...
Tapi sebab aku tak sanggup lepak hospital lelama..tengok dia asik kena dera...
Aku minta permisi untuk balik..
Tapi before doktor lepaskan macam2 la amanat yang dibekalkan..
Tak larat aku mendengarnya..
Tapi tadah telinga je la....demi anak terchenta



Balik dari spital..terus papa gi cari mesin ni. Doktor dah bekalkan ubat...tinggal nak pasang dan bagi ikut jam....dok spital pun sama ja...so..baik ku beli mesin sendre. Buat macam kat spital .







[i mage_2]


Aktiviti ammar hari ni. Dah pandai dah nak pegang hp dgn tab.
Pantang nampak aku pegang...terus dia menangis nak.
Pastu kalo pasang video lain taknak...pasang lagu twinkle2 dengan boboboi nak plak..
Aku try gak tukar2 video lain..sekali ko..siap dengan kaki2 naik atas. Menangis. Redha ja la.

P/s : harap2 ammar cepat baik...ku nak g ikea ni.

Thursday, September 27, 2012

Ammar Sakit Lagi

Ammar masuk wad lagi....
Start jumaat malam..ammar dah start batuk2.
Kami decide g klinik biasa jer...amik neb.
Hari sabtu malam...kol 7 nafas dah makin semput..kami g amik neb lagi. Biasanya macam tu dah ok. Tepat jam 4am...ammar mula bernafas kencang. Pastu bunyi desah nafas pun makin kuat. Aku capai apa yg patut..mujur malam tu aku dah standby beg2 kat depan pintu. Pastu kami terus pecut ke kl. Plan awal nak terus admitted kat pusrawi...tp otw ke hospital ammar mcm ok jer...kami bermalam kat hotel putra. Lepak hotel satu malam dulu.

Pagi2 esok..lepas sarapan kami register kat pusrawi n jumpa dr k. Perkataan pertama kuar dari mulut dr k....ni kena masuk wad ni. Kahak dah berkumpul kat paru2. Fuh!!!! Aku terus rasa nak pensan. Mmg aku dah agak akan kena masuk wad...tp aku harap doktor tak cakap macam tu. Sekali kena masuk juga. Pas berbincang dengan doktor jenis rawatan yang nak diberikan....aku pasrah je lah. Nak wat camna. Kalau balik umah..aku plak tak sanggup nak dengar nafas dia.

Hari pertama ammar dah kena suction. Fisioterapi tu cakap kahak masih pekat...lendir dah banyak. So...ubat akan diberikan lagi. Selain dari amik neb..ammar kena amik ubat lendir...ubat kuatkan paru2 dan ubat batuk termasuk lah antibiotik.

Hari ni hari ke 4 dah. Aku harap hari ni ammar leh balik ke umah. Penat jaga budak sakit kat spital. Tak cukup rest..tido tak selesa..badan sendiri pun sah tak terurus. Tapi demimu anak...mamamu tak mandi pun takpa.





Ammar..hari ke 4 kathospital





Kakak2 yang setia menemani

P/s : sakit itu ujian....bersyukur.

Saturday, September 01, 2012

Anak2 tak seehat



Kesian aina..besar2 pun masih lagi kena amik neb.

Ammar pun kena..tapi time ammar amik neb lupa plak nak suh kakak dia snap picca. Cool jer ammar...tak nangis. Siap leh gelak2 lagi. Apa taknya..neb tu kan kawan baik dia. Sejak lahir aku rasa dah berpuluh kali kot dia amik neb.

Hurrmmmm....anak2 tak seehat. Kalo cuti kang bos marah lak..

posted from Bloggeroid

Friday, July 27, 2012

Ammar Demam

Ammar demam..
Malam tadi ok jer....suhu 36.6
Pagi tadi sebelum gi nuseri 36.9...
Rasa dedar2 badan
Sampai nuseri tiba2 panas..38.2
Mujur standby ubat dalam beg..
Cool fever pinjam orang punya....gila selamba aku. Nama pun aku x kenal..selamba aku pinjam.
Takper senin ni aku ganti ok.

Gi klinik doktor cakap demam viral
Cam biasa...
Tapi aku yang dah lama xde baby ni..cuak juga la
Lupa dah setep.setepnye
Dan hasilnya malam ni...jengjengjeng




Baru timbang tadi dah 7kg...demam pulok dah.

Biasala dok neseri...dah jiran perbaringan sebelah demam...haruslah dia pun ikut sama demam.
Takpa lah nak oiii...sakit sikit2 jer tu
Ujian tuhan...
Bersih dosa mamamu ini.
Huhuhu

posted from Bloggeroid

Thursday, July 19, 2012

Anakku

Picca terbaru anak bujangku...sekejap jer masa berlalu. Moga kau terus membesar dengan sihat anakku...love u



And 2 puteriku yang semakin membesar. Mama sayang kamu juga.



P/s: Bila ada anak2 yang berpuasa ni, maknyer takleh la culas bangun sahur.

posted from Bloggeroid

Friday, June 22, 2012

Kesah Seorang Budak Tecit

Lagi 17 hari...
Berdegup jantung...minggu depan dah kena start hantar ammar ke nuseri. Lagi 19 hari...aku secara rasminya akan berjaya menjadi ibu yang menyusukan anak secara eksklusif selama 4 bulan. Ya...berjaya akhirnya.



Ini hasil perahan pagi ni. Separuh aka 3.5oz dah selamat masuk peti..selebihnya dah masuk ke prot ammar.




Ebm ammar..dah tinggal sikit. Ada yang aku dah buang. Contohnya cam yang dah dua bulan tu aku dah buang...ada skali tu aku rendam dan bau...pelik semacam jer. Yang ada sekarang ni semua bulan 6 punya. Bulan 5 ammar dah berjaya habiskan untuk sesi training minum di dalam botol. Sekarang dalam usaha untuk menggantikan balik ebm yang dah makin berkurang tu.



Gaya budak nak tido. Segala macam puting aku dah beli..dari pigeon, fiffy, avent, mam dan latest tomme tippie. Semua dia xmo..jarinya jugak yang sedap. Sekarang ni dah tak pakai sarung tangan...lencun dengan air liur dia jer. Pastu tenyeh kat muka sendre...last2 aku togelkan jer tangan tu.

Dari atas tilam..sekarang aku angkat masuk buai...ni yang masih kandas lagik. Kompom cikgu kat nuseri penin pala nanti.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 19, 2012

Perasaan 'ITU'



Ammar dah melangkah setapak kedepan. Alhamdulillah...

Masih ingat lagi saat ammar dimasukkan ke wad ar raihan...pusrawi gara2 acute bronchitis.

Masih terngiang2 bila doktor mengarahkan supaya ammar diberi bantuan pernafasan...

masih aku ingat lagi saat2 muka ammar biru tatkala nafasnya terhenti sebelum ditepuk belakangnya dengan kuat oleh doktor.

Masih aku ingat...aku menahan kereta orang ditepi jalan pada tengahmlm...waktu hujan renyai...kala kereta aku rosak sambil mengendong ammar untuk ke hospital.




Ammar...saat dia bertarung untuk bernafas...



Saat ini ammar tidak mampu lagi untuk menghisap susu..maka air dan segala ubat2an dimasukkan melalui kakinya.

Aku tahu ramai lagi ibu diluar sana yang merasa apa yang aku rasa...malah ramai yang lebih teruk dari aku...tapi aku telah diberi nikmat untuk merasa perasaan takut kehilangan...ya sungguh takut. Disaat itu hanya kekuatan hati..ketabahan...dan doa yang tak pernah putus padaNya aku lakukan. Semoga anak2 aku...sentiasa dilindungi olehNya.




Wajah ammar yang kembong gara2 air yang dimasukkan ke dalam badannya.



Ammar sekarang. Semoga kau membesar dengan sihat anakku. Cukuplah sekali aku merasa perasaan 'itu'. Semoga aku tidak akan merasainya lagi.




3 orang permata hati...anugerah Tuhan untukku....aku sanggup kehilangan apa sahaja..tapi bukan anak2ku.



P/s : apsal en3 sedey tetiba ni...sambil menatap wajah ammar saat dia sedang nyenyak tido

posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

Almari untuk My Little Hero

Dolu2 masa ain dengan aina aku tak beli almari apa2 pun untuk simpan baju diorang. Cuma sebelum berwanak aku suh en somi belikan toyogo kat giant..yang kalerful untuk sumbat baju diorang. Bagi aku..itu dah cukup cantik. Maklumla..masa tu aku menyewa lagik. Nai beli barang banyak2 pun payah jugak kalo nak pindah nanti.

Tapu sejak dah ada umah sendiri ni..aku tak gemarkan lagi beli barang2 macam tu. Sanggup aku simpan duit bagi cukup dan beli almari yang betul2 almari. So..hasilnya





Tadaaaa..inilah almari ammar. Mula2 nak kaler biru..tapi asik biru jer untuk lelaki..so kali ni en somi pilih kaler putih. Nanti tempek2 la apa yang patut bagi nampak jantan.





Setakat ni...cuma ini sajalah baju2 ammar..Aku x beli banyak pun. Beli sikit2 jer...kang beli banyak2 tak terpakai pulak.





Yang sebelah ni aku letak pampers dengan barang2 yang taknak dipakai. Sementara ni kosong lagi...taktahulah...setahun dua lagik. Kakak2nya pun dah jeles...ammar tak syer almari. Diorang kena syer berdua. Cian diorang.

Bilik ammar nanti..aku tak tahu nak letak tema apa. Kalo boleh taknak letak walpaper katon2 dah. Ingat nak menten kaler putih jer. Pastu terpulang kat dia nak letak apa nanti. Lagipun lambat lagi dia nak tido sendiri. Aina dulu..4 tahun tido bilik sendiri. So ammar 3 tahun aku dah kena ajar. Lagipun anak jantan...tak sesuwaaaiii tido dengan maknya. Nanti mak nak seksi2 payah.

P/s : masih terngiang2 lagi anak sedara aku umo 5 tahun sound
Aku pakai baju tido seksi. Padahal kat umah aku tu.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 14, 2012

Sedapnya dia tido

Ammar masih enak dibuai mimpi...dah kol 11 nak oiii. Bangun mandi. Pagi tadi kol 5.45am, ammar bangun poopoo. Dah cuci siap semua...nyusu...tido balik. Aku turun bawah..masak mee goreng untuk sarapan anak2 dan hubby..merangkap bekal ke sekolah. Ammar tido lagi. Dah siap semua keje...kol 10 ammar bangun..nyusu. sekali tengah nyusu..dia tido lagi sampai sekarang.




Penangan malam2 jer taknak tido. Aku dah tersengguk ngantuk..dia ajak deting lagik. Kol 2am kol 3am baru nak pejam mata. Kan dah bertukar waktu siang malam. Sekarang ok lagik aku cuti...nanti naik keje..camna la gamaknya. Dah la diskasyen dan miting tak henti2. Tu tak masuk panggilan pulau lagik. Lebam mata mak ko ni nak oiiii.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 26, 2012

breastfeed

Mati kutu aku lepak kat umah. Dah dekat 2 bln setengah dah aku bercuti. Lagi sebulan setengah lagi. Lamanya bercuti dengan gaji berjalan. Duit gaji x usik lagi...masuk plak gaji baru. Sonoknyaaa.
Sapa nak bagi kan??

Alhamdulillah..kali ni aku berjaya fully breastfeed ammar tanpa campuran susu formula. Masa mula2 tu aku giveup jugak. Tambah2 lagi bila ammar asik meragam. Mak aku dah sibuk suh topup dengan SF. Kot2 ammar tak kenyang. Tapi aku gila bertahan. Taknak terpedaya cam anak2 yg lepas.

Ni plak hasil perahan aku tadi. Alhamdulillah...makin banyak. Sekali perah aku leh dapat 4oz. So sehari aku perah 3x. Cukuplah buat masa.sekarang...x brani nak perah byk2 lg. Takut kang terbuang. Hehehe.



Gambar ammar 3 hari lepas. Sayang anak jantanku ini





P/s : Tajuk kemain...isi hampeh.

posted from Bloggeroid

Friday, May 25, 2012

Permata Hati

3 orang permata hati..sangat comel.
Oleh sebab aku selalu dukung si ammar..selalu cakap anak mama sayang..one day tu,aina datang tanya aku...
"mama sayang siapa, ammar saja ker"
Aku trus jawab, sayang semua la. Kan semua tu anak mama.

Sungguh...dalam diam rupanya anak2 memerhati apa yang kita buat.



Alhamdulillah...akhirnya tuhan menunaikan impian aku. Syukur padaMu...

posted from Bloggeroid

Monday, May 21, 2012

Gaya Tido Budak Kicik

Gaya anak terunaku tido. Barut naik atas..perut nampak...tangan macam orang surrender. Bantal lepas ke mana. Aku biarkan jer. Tunggu masa nak mandi.


Abaikan saja kegelapan dia...sebab kegelapan itulah membuktikan dia adalah anak aku.huhuhuhu

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...