Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, October 27, 2017

Aktiviti Rutin di Pejabat

Assalamualaikum..

Aku ni seorang penggemar kopi.  
dalam sehari mesti minum sekurang2nya segelas kopi...tak kisahlah kopi apa pun..janji coffee.  
tapi coffe wonda / pokka dan nescaffe memang aku tak boleh nak telan.  kalau tak pening kepala...kompom angin penuh perut.  pastu berbunyi segala macam..hehehe.

tiap2 pagi rutin aku bila masuk opis mesti bancuh kopi..selain dari buat kerja2 lain..
kalau tak kena segelas kopi ibarat enjin tak boleh nak start.  sekarang try nak kontrol sekali jer untuk sehari....

1. isi air bagi penuh 1 botol (2 liter)


dua liter air ni aku akan habiskan sepanjang kat opis sehari.  ulang ke toilet tu akan jadi perkara biasa. tapi bagus lah jugak kan...kalau tak jangan haraplah aku nak bangun dari kerusi g berjalan2.  memang bertapa la dalam bilik sorang.  Mujur ada rasa nak buang air!


2. bancuh kopi
kata penggemar kopi...haruslah setiap pagi akan bancuh kopi dulu.  kopi ni spesel sikit.  no kafein. katanya lah kan..tapi kopi kalau takde kafein rasa macam malam tak berbintang la kannnn...kopi ni aku beli dari kawan seopis.  harga RM28 untuk 20 sachet.  ok lah...bantu kawan2 berniaga.  kasi support sikit.





                       

                      



bancuh haruslah dalam tumbler starbuck.  dulu rajin nau gi starbuck.. siap boleh kumpul tumbler dari obersea lagi.  tapi sejak graph kewangan kurang mengizinkan...so..kontrol2 lah sket minat kat starbuck ni...sekali sekala pekena la jugak..tapi takde la tiap2hari cam dulu.  tak dapat minum hot caramel machiato pun takper lah..janji bekas tu bekas hot caramel machiato

3. Semak emel

yang ni opkos kena buat setiap lagi.  memang kena set kol 8.30 pg..11.00 pagi..2.30 ptg..4.00 ptg check emel.  kalau tak sehari menimbun mailbox.  tak larat nak clean nanti.  sekarang ni pun dah ada dekat 300 emel dalam mailbox.  malas betul nak baca satu2 pastu nak kemas.  kena amik mood. biasanya setiap hari jumaat adalah hari mengemas.  kemas kertas2 atas meja...masuk fail..kemas meja..kemas dokumen kat pc baru kemas emel.  fuhhh!!!!! 

4. Semak senarai tugas harian




ok..senarai tugas harian aku.  memang dah berkurun ku buat style camni.  old fashion sket.  tapi aku rasa selesaaaanya.  pastu masuk fail peribadi.  kalau kat laptop kadang2 macam tak best pulak nak menulis.  rasa kat kertas lebih afdal kot.  tulisan aku tu....3 bulan lepas tu..jangan kata orang lain ...aku sendiri tak boleh nak baca dah. takper..yang penting aku buat.  aku try la jugak donlod apps...android..wunderlist ..any Do..things to do..tapi semua tak kena di jiwa.  maklumla orang lama..so..cara pun kena lama kot.  

5. Kemaskini akaun


Ni kerja personel sikit la kan...so..tiap hari aku kena kemaskini akaun perbelanjaan aku.  dari sekecil2 belanja sehinggalah sebesar2 belanja.  dah 10 tahun kot aku praktik benda ni.  alhamdulillah masih kekal.  tiap kali dapat gaji jer...aku akan print dan masuk dalam fail.  
tapi yang bestnya.tiap2 bulan aku target nak turunkan jumlah perbelanjaan. kononnya nak berjimat. tapi tiap kali tu lah...bulan depannya mencanak naik lagi.  stress betul. kadang2 taknak tengok pun akaun tu.  gerammm oooo.  yang ni takleh di screenshotkan...pitam nengok!.  aku pun gerun tengok belanja aku.  tapi tak pernah nak insaf2...

tu jer lah aktiviti rutin kat opis.  rutin yer...yang tak rutin tu adalah arahan kerja dari semasa ke semasa.  yang tu ikut mood.  

apa2 pun kerja kita..yang penting susun ikut keutamaan.  buang sikap suka tangguh menangguh tu. kerja hari ni ...selesaikan hari ni. baru boleh balik rumah...tido dengan amannya..


adiosss!!!






Wednesday, October 12, 2016

Strong Woman

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..masih lagi di beri kesempatan menghirup udara segar di bumi Allah..syukur masih dipanjangkan umur..

lagi sebulan...genaplah 2 tahun aku menjadi single mom.  suprise!!!!!...owhhhh..biasa2 jer.
cukup 2 tahun aku diberi kekuatan untuk menyatakan kebenaran.  alhamdulillah.  susah jugak rupanya nak kumpul kekuatan untuk mengiyakan hakikat kehidupan.  but...alhamdulillah sekali lagi..aku berjaya mengharunginya..

pada teman2 yang selalu bertanya..mengapa entri ku dulu selalu berbunyi kesedihan...
ini adalah jawapannya..
susah hendak menulis tentang kebahagian dan kegembiraan..sedangkan dalam masa yang sama hati kita kesedihan
pada teman2 yang selalu meneka dalam kesamaran..bertanya khabar untuk cubaan merisik..
ini adalah jawapannya....
so..selesai.

atas nasihat pakar..aku diminta merahsiakan dulu status aku..bukan apa.. ramai yang akan mengeji daripada memuji..
bagi aku pulak..kadang2 kasihan orang tu akan membuatkan kita makin lemah dan tersungkur. no!.....saat2 macamtu aku tidak perlukan simpati orang.  fikir sendiri...dan buat keputusan sendiri.

hinggakan setelah 5 bulan aku bergelar single mom...baru awah mak aku tahu kesahihannya. sebelum ini.. ..mak pun meneka2 dalam kesamaran.  maybe tunggu aku buka mulut sahaja.  maaf...aku tidak mahu membebankan mak dengan masalah aku...apatah lagi..aku yang membina mahligai tanpa restu.

perjalanan hidup kita lain2...semua telah diaturkan olehNya.  dan aku hanya berpegang pada 1 prinsip...perancanganNya adalah yang terbaik untukku.  siapa kita sebagai manusia untuk menidakkannya.  berpegang pada takdir,.. qada dan qadar...aku cuba menjadi wanita yang kuat dan tabah...demi anak2 aku.

 Alhamdulillah...mereka gembira aku bahagia..

"A WOMAN IS LIKE A TEA BAG..YOU NEVER KNOW HOW STRONG SHE IS UNTIL SHE GETS IN HOT WATER"







Friday, January 22, 2016

Bento Anak-Anak Ke Sekolah


Assalamualaikum
Dah 2 minggu persekolahan bermula...bulan januari pun dah nak sampai penghujungnya.  cepat benar masa berlalu.  tup2 dah disember.  bertambah lagi setahun umur aku. mak dah tua dah ni....adussss!!!!! ingat mati ingat mati!

Dari hari pertama anak2 sekolah....aku masih masakkan bekalan macam biasa.   tapi kali ni semangat makin waja lagi. walaupun masak simple2 jer...

nasib baik takleh masak kat sekolah....kalau tak aku bekalkan periuk nasi sekali kat anak2 aku.  sahut cabaran menteri2 kita yang disayangi tu...berjimat kononnya.  masak kat mana2 jua...

ni dah habis jimat dah ni pak menteri2 oiii...rakyat marhein macam kami ni..tak tau dah nak jimat ceruk mana lagi.  habis segala sudut dah dijimat2kan. tu pun segala bil menten melambung2 macam biasa. dari 4 ekon kat umah...aku on kan 2 jer. bil cuma jimat rm50 jer sebulan.  minyak kete pun dah jimat habis dah...sebulan tetap rm250.  nak wat camna..benda wajib.  takkan nak angkut anak2 3 orang..beg sekolah 6 biji naik bas.  wahhhh!!!! kalau keluarga fantastic 4 best gak...main terobang ja. berdesssuuupppp sampai sekolah.

setakat ni...ni jer menu yang dapat aku ikhtiarkan untuk masak pagi2.  tu pun 4.45 dah bangun2 diri sendiri.  nak bangun 4.30 tak larat.  kalau bangun 4.30 baru selesa masak....baru leh lambatkan diri sikit.  ni pagi dah macam charlie chaplin dah aku.  kalut!!!

megi goreng, nugget dan roti canai..a simple bento
nasi lemak dan jajan yang berkhasiat.

nasi putih..ayam goreng tepung..chicke wrap dan nasi goreng cina

nasi ayam takde sup..roti sosej cheese dn pizza sedikit hangit

yang ni main rebus2 jer..cicah sos nandos...mama punyer


mee goreng dan roti bercoklat

nasi goreng kampung dan roti john..for baby..nasi goreng cina dan roti coklat

nasi ayam again dan nugget

bihun goreng dan roti hotdog

carbonara dan tortilla

bihun goreng, potato wedges dan nugget.
setakat ni tak pernah miss lagi bento untuk anak2 aku.  misi aku bukan untuk cantik2.  janji diorg leh makan...takyah beratur panjang2..jimat masa dan jimat duit.

ni ada yang aku snap gambar dan ada yang kesuntukkan masa..tak sempat nak snap. mana ada jer la.

sekarang ni aku dah siapkan menu untuk seminggu.  senang. pagi takyah nak plan nak masak apa dah.  ikut jer jadual mingguan tu.  barang dapur pun beli ikut planning yang dah termaktub. so...takyah nak tukar2 menu lagi dah. itu jer barang yang ada.

selamat cuti 3 hari....leh rehat jap dari bangun jam 4.45am.  masak subuh2.  mak nak rehat jap...




Thursday, January 21, 2016

Ngantuk!!

Assalamulaikum...

cantik cuaca hari ni...panas.  Kalau jemur baju ni..kompom rentung baju sekejapan. tengok dari tingkap bersilau mata tahap kepanasan tu.  tapi kat opis aku ni...sejuk macam dok kat iceland (bayangkan dilwale jap)..sejuk gila. pakai blazer pun dah macam winter coat. labuh dari tuan.  tapi sejuk tetap sejuk. 

sebenarnya i ngantuk ni...tengok kertas dah nampak macam bantal.  mula la kepala dok pikiaq nak buat peta.  agak2 peta kutub utara cun jugak ni.  siap dengan peta lautan..fuh!! mengalir jer air liur basi. 

malam tadi gatal sangat kepala ni takmo tidoq
nak lipat baju la...
nak serika tudung la..
nak basuh baju...
konon2 time anak tidoq sedap buat gheja
tapi i lupa..umoq i ni dah nak ke arah senja...mana mampu i berjaga malam serupa zaman cinderella dulu.  kol 2 tidoq..kol 4.45 mangkit....aduiiii rasa nak turun katil tu macam dok atas kapal terobang.  terhuyung hayang.  maka...bawa2 la insap ya...malam ni tidoq kol 11..mangkit 4.45. kena cukup tidoq...kata nak jadi kajol kan...kena la cukup tidoq..cukup rest dan jangan main panaih.  kejap lagi putih la aku. kui2222

masa awal berblogging dulu umoq baru awal 30an...hehehehe...la ni dah penghujung 30an...beza aihh.  penulisan pun dah jadi makin berbeza.  walaupun sekejap timbul..sekejap tenggelam. 

ok..ngantuk i dah nak hilang.  boleh wat keje dah...
bye!!!

Friday, January 08, 2016

Cerita Tertangguh

Assalamualaikum...

Morninks ollssss..

Dah lama aku asik menangguh2 untuk menulis blog ni...kadang2 rasa dah takde apa nak update.  konon2 macam kehidupan telah terhenti. ececehhh.  seakan2 dah berakhir segala kegembiraan untuk dikongsi..

tapi aku lupa...dalam setiap kesusahan itu ada kesenangan..
dalam setiap kepedihan itu ada kebahagian..
aku asik merenung seolah tiada jalan yang terbuka...tapi aku tidak perasan bahawa pintu2 lain masih menunggu luas untuk aku.

aku tutup cerita 2015.  kunci erat.  dan  2016 baru sahaja melabuhkan tirainya..
kompom akan banyak cerita lagi yang perlu aku hadapi.

bermula dengan kerjaya dan kehidupan..tahun ini...anak sulung aku akan menduduki peperiksaan UPSR.  anak kedua pulak dah naik tahun 3.  how time flies tanpa aku sedar.  rasa macam baru jer beranakan diorang...tiba2 semua dah membesar.  anak sulung dah lebih dari mamanya.  kalau dulu aku berangan kasut2 aku yang banyak tu boleh dikongsi...sekali...gudbye.  saiz kaki dah lebih 2 dari mamanya.  saiz baju pun sama.  maka..saat2 aku menunggu anak sama besar dengan ibunya dah tercapai.  syukur...aku dapat merasa saat2 itu.  terima kasih Ya Allah...kerana memanjangkan usiaku..

anak ketiga...si ammar...sudah semakin membesar dengan sihat.  alhamdulillah.  kadang2 dalam kita meratap..kita lupa di sisi kita ada mereka2 yang telah semakin berubah sejajar dengan masa.  si ammar...or my baby dah 4 tahun.  wahh cukup pantas masa berlalu.  Rasa macam baru melahirkan dia...menemani dia semasa sakit...berulang alik ke hospital.  sekarang semakin petah berkata2. 


alhamdulillah...keluarga bahagia kami. semoga Tuhan akan terus memelihara keutuhan hubungan kami hingga ke syurga.  Aminnnn!!!!!

p/s : mood stress buat sistem tapi takde idea...

Friday, September 11, 2015

Assalamualaikum...

Hi..selamat petang dan assalamualaikum

lamanya tak mengapdet blog....tak tau kadang2 nak tulis apa kat blog ni...
lama tak bercerita..kebanyakkannya berpuisi..meluah isi hati
kadang2 nak bercerita pun...rasanya terlalu banyak nak dicrita...bila salah tafsir...crita takut jadi umpat dan nista..bahaya pulak.

anyway...hidup aku sekarang agak struggle...
peribadi..kerjaya..semuanya memberi cabaran yang sangat hebat..
kerjaya..dah hampir 13 tahun berkhidmat dengan kerajaan..lepas grad tahun 2002..tahun 2003 masuk gomen...sampai sekarang rasanya tak pernah lagi goyang kaki macam orang selalu cakapkan.
maybe...bidang kerja aku kot..menuntut supaya kaki tak boleh digoyang2 selalu.  dulu orang selalu cakap...orang gomen ni..kadang2 leh lagi mengait benang masa time keje.  nah sekarang...jangan kata nak mengait benang...tengah mandi pun aku cari ilham keje....tido pun mimpi keje.  sampai kan anak kecik aku pun selalu sound..."mama nak keje ye???...mama buatlah keje. saya nak tido"  baru 3 tahun tapi petah.  sentap mak nak!!!

peribadi...
tahun 2014 tahun paling memeritkan...
tahun 2015 tahun untuk aku membina hidup baru semula..nothing to hide..
tapi biarlah waktu yang menceritakan segalanya..
struggle dalan hidup...struggle dalam membina kekuatan..
sungguh!!!! ada kala...tidak mampu..tapi apa2pun..hidup perlu diteruskan.  sentiasa berpegang pada rasa percaya bahawa perancangan Dia adalah sebaik2 perancangan.  Ada hikmah dalam setiap kejadian yang terjadi.

bunga ros sedang mekar berkembang
 hobi baru aku...wat gardening sikit2.  tengok pokok2 hijau hati rasa tenang.  tambah2 bila pokok bunga ros aku dah kembang mewangi....rasa cam nak cium2 jer bunga tu.


tengah  setup mini garden kat rumah.  tapi tak siap lagi.  kerusi tu aku cat sendiri ...dari kaler hitam jadi putih.  sebab dah buruk sangat.  rak kasut tu jer...tak larat plak nak cat..kang bertompok2 lak. maklumla amatur katakan.  tapi jangan terkejut...2 minggu lepas aku cat rumah sendiri.  sorang2 lak tu.  seharian..dari jam 9 pagi sampai 12 tghmalam.  esok paginya nak bangun tak larat.  lenguh bahu tangan semua.  apapun jimat duit.  kalau tak kos upah cat tangga dengan bilik my princess jer dah rm1.5k.  aku wat sendiri baru rm160 hinggit. jimat banyak tu.  boleh beli benda lain.  nanti2 aku tempek gambar umah aku cat.  dari hall..ke tempat menonton..ke dining...naik ke tangga..hall atas sampi ke bilik2 atas.  huhhh!!!! rasa cam nak pengsan.

hari ni dah banyak pokok kat rumah aku.....lupa plak nak snap gambar.  rasa merimbun jer ijaunya tu.  petang2 lepak..amik angin...merenung masa depan yang luas terbentang.

now...aku masih lagi melepak kat opis..
tengok2 laptop ni...promote tudung primrosescarf...sapa nak beli...jenguklah lah yer fb primrosescarf dengan IG.  harga kompom murah2 jer. takde mahal2nyer..
okey...chow dulu lah ya..
Assalamualaikum...








Wednesday, July 01, 2015

Kanda Dinda

Kanda...Dinda..
dua perkataan yang sepatutnya kita pertimbangkan..
sebelum mengungkapkan..
apatah lagi jika ucapan kanda pada yang bukan milik kita
ucapan dinda bukan pada yang hak untuk kita..

pernahkah kita terfikir..
hati orang...
sebelum mengungkapkan..

walau kini...kanda dinda itu telah menjadi satu
tapi sejarah lama tak akan terpadam begitu saja
kanda dinda itu telah menjadi taufan..
membadai tanpa mengira hukum tuhan..

kanda dinda..
walau telah lama berlalu..
ia tetap akan menjadi racun yang membeku
berdoalah..
semoga kuasa tuhan akan  mencairkannya
dan berlalu begitu saja

kata orang...
dendam itu memakan diri..
tapi bagiku..
biarlah dendam itu ku genggam  dan berakhir dengan balasan Tuhan
di dunia mahupun di sana
kemaafan dariku tetap tiada..





Tuesday, February 24, 2015

suka ati aku nak tulis apa

azam tahun baru...konon nak aktif berblogging
tapi dah nak masuk suku tahun entri sebelah jari pun nan hado
konon nak share as usual..
tapi semua dah lalu..then semua dah lupa
dah tu...how can i share..huhuhu

hidup aku ni ranjaunya takleh nak share..
dalam tawa ada tangis
dalam riang ada sendu..
nak describe pun tak tau cammana...
so..lalui saja..
hidup kalau nak melawan arus pun payah jugak..
ikut jer arah angin bertiup..
tup2 kita dah sampai ke muara
tup2 kita dah bahagia..
tup2 kita dah tiada...OMG
naheeee...kabhi nahi

wowww!!!!...pembuka tahun 2015...
dah dilalui dengan renjisan air mata..
depan bos pun dah tak kira...nak mengalir ajeeerrr
tak gheti nak dok diam air mata ni..buat malu tuannya saja.
lenkali dok diam222...kalo nak keluar jenguk dunia pun..tunggu tuannya gi toilet dulu..
tak nyempat2..

tahun ni meningkat lagi umor aku..
dah tua ghupenya
tapi as usual...i am sweet 17
takkan berubah sampai bila2.
hehehehe


Wednesday, December 10, 2014

Busan

hi...
bz lately ni...asik miting memanjang...
curi-curi masa update blog...tu pun sebab otak dah kejung fikirkan kojer dengan peribadi.
hurmmmmm....need time to rest....

but..aku lagi suka keje kot..takde memikir sangat perihal yang tak enak...
biar otak fokus pada keje...kalau boleh...non stop
stop pun solat tido makan
baru aman otak...

baru nak nyaman otak...
ada lak orang pasang lagu aliyah
arrrgggg...ganggu gugat mental betulla
saiko..

suka sangat buat aku merembeskan air mata...
 


  

Wednesday, December 03, 2014

Pernah....Malaikat Kecil

pernah...
pernah satu ketika aku hidup berteman air mata..
siang dan malam hadirnya tak pernah aku pinta..
di dalam sujud di hadapanNya...
air mata mengalir laju...mohon pertolonganNya

sehinggalah ada satu ketika...suara kecil berkata..
berhentilah menitiskan air mata..
kerana
jika air mata itu bisa merubah segalanya...ia telah lama berubah..
jika air mata itu bisa mengembalikan orang yang kita sayang...ia telah lama kembali
air mata kamu itu terlalu berharga..
simpanlah air mata itu untuk meraih cintaNya
bukan meraih cinta manusia

pernah satu ketika...
aku menyintai lebih dari apa yang aku ada..
hingga aku lupa..
tiada cinta yang lebih mulia..
selain cintaNya..

pernah satu ketika..
aku mengharapkan...bahagia itu kekal selamanya..
pernah aku mendambakan...pelukan itu sepanjang nyawa
mengiringi perjalanan...menemani hingga ke syurga..

pernah aku mengharap..
tapi harapan hanyut ditelan masa

lalu...Tuhan telah mengutuskan aku malaikat kecil..
menemani tidur dan jagaku
menemani siang dan malamku...
menemani suka dan dukaku..

tatkala melihat air mataku merembes laju...
malaikat kecil...menyekanya dengan baju ..
sambil berkata..."jangan nangis mama"
lalu dikucupnya pipi ini berulang kali..
dipeluknya erat...dilaganya pipinya dan pipiku..
sambil berulang kali berkata..."dah dah dah.."

sungguh...malaikat kecil itu lebih memahami..
nilai setitis air mata....
dari kita yang lebih dewasa..
malaikat kecil lebih menghargai erti menyayangi dan disayangi..
dari membiarkan ia pergi..

pernah...aku kehilangan...
tapi digantikan dengan sesuatu yang lebih berharga
malaikat kecil yang masih tidak petah bertutur kata
tapi mengerti dengan renungan mata..
ajaib percaturanMu Tuhanku..









Monday, November 17, 2014

Boundaries

Hurmmmmm....

Start hari ni..kena blajar bercakap menyakitkan hati orang pulak...
tak nak dah biar orang bercakap...pastu aku diam tak gheti nak balas..
suka ati jer nak kenakan orang...busan aku dengan orang macam tu.

pesal aku ni tak gheti nak membalas on the dot...??
kena tunggu dua tiga jam...baru aku terpikir..."oooohhh patutnya aku jawab macam ni...."
tu pun..lepas makan hati berulam jantung...baru nak dapat jawapan balas...
giler lembab aku ni...

tapi syukurlah...sekurang2nya aku tak jenis menyiram minyak dalam api..
orang nak marah..kutuk..ngata..hentam..hina...............diam jer la...
pastu aku sejuk sendiri...dah tak rasa apa2 dah.

nak try dok diam kat tempat..
sila jangan kaco aku atau  menempek kat depan aku..
atau nak mai minta tolong aku....nehi kabi nehi..
try to let go..or create boundary between korang2..

bak cakap bos...kena tahu skop keje..
tolong orang tak masuk dalam SKT aku...sila paham sendiri.
kalau rasa korang bagus....buat lah sendiri....tak yah nak cari2 aku...
dah hebat sangat kan...jangan mulut jer hebat...kondem orang sana sini..
pastu tangan tertinggal sebatu kat belakang...termengah2 tangan tu nak mengejar mulut yang dah
terjuih ke depan..

lantak korang lah!!!!!!!!!...
bagus sangat kan....


p/s : mood nak mngajar














Friday, September 12, 2014

Kain Sendiri Koyak!!!!

hurrrmmmm....puas ati aku..
selama ni suka ati jer kutuk aku kampung...tak sedar diri..yang dia sendre kampung.
at least aku kampung suci....dikelilingi sawah padi..gunung ganang..
takde la kampung pinggir bandar...debu..kotoran...jakun semua ada..soooo yesterday!!!!!!

dah la nak mengutuk aku..
sibuk lak nak mencelah hal dalam kain aku..
kain sendre rabak...reput koyak..
nak tampal dan jahit pun tak boleh..
melainkan ko londehkan jer...bogel terus lagi senang.

terasa kot!!!!!!!!!
dia sendiri tiba2 muncul dalam hidup aku..
entah dari jalanan mana2..
tiba2 nak tunjuk...WOOOOWWW...macam best sangat...
pastu nak konker....all the thingssssss..
sila lah sedar diri ya..berambus...!!!!!!!! sebelum aku halau cam anjing kurap.

fuhhh!!! dasat en3 aku kali ni.
kena berenti jap...bos suh lukis rumah lak...
nak wat istana la..baru syioookkkkk








Monday, August 04, 2014

Barang baru Vs Secondhand

tajuk biar gempak...walau isi haprak
huhuhu..

dalam hidup ni ada macam2 ragam manusia..
ada macam2 kehendak..ada macam2 keinginan..
ada yang tertunai..ada yang tidak..ada yang memaksa diri untuk menunaikan walaupun tidak seperti yang diinginkan.

aku???
kalau inginkan sesuatu..aku suka barang yang baru...barang yang direct dari kedai...terus jatuh ke tangan aku.
kalau rosak atau buruk biarlah di tangan aku.
kalau rasa dah bosan....ku tukar jer dengan barang baru...bukan belagak...bukan poyo..bukan eksen.
tapi memang dah cara aku...aku tak suka barang bekas orang....takut!!!
agak2 macammana cara dia guna...kenapa dia nak jual...mesti bersebab...bukan suka2.
kalau barang tu berkualiti...baik..sedap..buat apa orang tolak kan??!!!

ada orang pulak...suka benar barang2 secondhand..
luar nampak berkilat...masuk dalam bersepuk2 kulat....
takperrrr....janji nampak wooowww dari luar...
bergembon2 pun ok....janji orang tengok....buntang biji mata.

ikut suka la...ikut kemampuan.  tapi jangan menjerat diri sendiri.  menyesal sampai ke mati.

Thursday, June 26, 2014

Peace No War

agak keletihan sekarang ni..
dun know why??? maybe sebab umo...or badan dah makin gemok..jadi makin tak larat nak bawa beban yang nampak dan yang tak nampak (tersirat).

pagi2 kol 5 aku dah bangun...mengemas pinggan mangkuk..sidai baju (kalau basuh malamnya) masak breakfast,,sediakan bekalan ammar..basuh baju(kalau ada rendaman)

pastu bersilat plak...nak bersiap ke opis.  anak2 nak kesekolah...mandi..solat..siap

pastu nak angkut barang2 masuk dalam kereta.  sorang dah 2 beg..kalau 4 orang dapat bayangkan kekalutan aku.  lepas dah masuk semua...baru naik atas amik ammar yang tengah sedap tido masuk dalam kereta...sebelum tu prepare dulu susu sebotol..kot2 dia nangis ontheway nanti.

time ni ketiak dah berpeluh dah....nak kejar masa. kol 6.45 pagi dah kena makesure gerak dari umah. kalo tak alamatnya tersangkut la dalam jem kat simpang putrajaya tu.

sampai putrajaya..drop my daughters then proceed ke opis.  bawa turun ammar...angkut beg..then mandikan ammar kat nurseri.  pas mandikan..buka bekalan...kasi makan lak.  before kol 8 dah kelam kabut naik atas punch card. on lappy....start memeetingkan diri.  dengar bebelan bos...pening2 kan sikit kepala..tengok jam dah kol 5.30

amik ammar...jemput my daughters...pecut balik rumah.  dalam kereta...fuhhhh!!!!! letih nak mampus.  sakit kepala sakit otak.  

dalam kete...fikir plak..nak masak ke bungkus ke makan luar jer.
kalau masak - letih nak sediakan...nak masak..nak kemas..
bungkus - duit!!!! pastu kena kemas jugak
makan luar - duit dan lega..sampai umah dah leh wat keje lain

tapi selalu aku amik keputusan untuk masak.  aku bukan sorang dengan anak2...ada lagi 2 orang kat rumah yang perlu aku pertimbangkan....(hurrrrmmmmmmm)

ok dah sampai umah...keluarkan semua beg...ammar dah start nak itu ini. maybe lapar.  nak mandikan dia..basuh berak.kemas umah yang sepah. keluarkan ayam/ikan...

dah setel semua...baru start masak.  baju tak sempat tukar lagi. londeh kain jer. hahahah, tangan dah bersingsing..ikat dengan getah. hebat kan!!!!

bertukar jadi master chef plak...mata jeling2 jugak ke tv....tengok "kerana terpaksa aku relakan" telinga tadah2 gak.  biasanya kol 8 baru aku siap masak.  bontot pun tak sempat letak kat kerusi. nak duduk mana ada masa.

dah siap masak....kemas..solat maghrib. pastu cedokkan nasi...suap ammar.  pangil semua bos2 mai makan.  aku memang tak pernah makan malam. masak untuk orang.  

selesai suap ammar...diorang dah setel makan...kemas untuk third round hari tu.  kutip mainan ammar yang bersepah...mop lantai..kemas meja makan...lap. basuh pinggan...kutip baju untuk basuhan...siapkan susu untuk dibawa naik ke atas...kemas baju2 yang perlu dilipat dan dimasukkan dalam almari...mandi..solat isya...pastu tidokan ammar...dan biasanya aku skali tertido.

rutin hidup ku hari2...
penat dan memenatkan...
segala kepenatan tu akan hilang bila orang tau menghargai.
kadang2 aku perlu jugak masa untuk diri sendiri...
bak kata seorang kawan "hanya kita yang tahu dimana hendak letakkan level kita"
so..aku yakin...belum tentu orang akan boleh buat macammana aku buat..setelah macam2 orang buat pada kita.
tepuk dada..tanya akal dan hati

#peace#



Wednesday, June 25, 2014

Mood Kedaung

assalamualaikum...
hurrrmmmm...mood blogging dah kedaung..
terjun lombong agaknya..
walaupun dalam kepala otak aku ni..berlegar2 cerita..tunggu untuk diluahkan...
tapi nak menterjemahkan ke atas blogku yang indah ni terus terjunam..
hancussssss

biar hati yang berbicara....mata berkata2..sambil juling..itu kot aku sekarang ni..

hilang sudah aku yang rajin bercerita..

mana perginya..

warrrgggghhhhhhh....banyak betul dugaan aku ni.



Thursday, May 22, 2014

#Bodoh Sombong Namanya



Bongok!!!
nama yang sesuai untuk aku bagi pada si gemmm itu...
dah la bongok tahap gaban....eksen tahap motu...
mengawan tak kira masa...pastu kena bom...
nasib baik aku bukan godzilla...kalau tak..kena libasan bontot aku..baru ko tau.
huhuhuhu

pelik btol aku dengan si gemmm ni...lupa halal haram...
lupa dosa pahala...
dah sah2 sudah terang lagi bersuluh...
mau lagi backing diri...kalau aku dah lama lari masuk dalam lubang
sembunyi diam2...sampai tentera AS jumpa.
dah sah2 gambar tu tunjuk muka ko yang debab...
lagi tak mau mengaku...
kot2 nak minta maaf...nak mengaku salah...takde punya dalam kepala hotak dia tu
lagi mau kata "tengok diri sendiri dulu"...
aku dah lama tengok diri aku....rasa ok banyak kot dari ko
cuma aku tak menggedik....pastu aku lagi bijak..heheheh
betul tak gemmmmmm?????

rasa2 kalau aku publish muka gemmmmmm kat sokabar...
malu kot...
terus lari sembam muka dalam lubang jamban begerak...
langsung tak kuar....
agak2 belajar tak peribahasa dulu...
kalau taik..tak yah la nak kambus222...bau tetap semerbak keluar...

wuuueeeeekkkkkk!!!!!

#bodohsombongnamanya





Tuesday, December 31, 2013

Berakhir Sudah 2013

Berakhir sudah tahun 2013..
banyak kenangan manis dan pahit tersimpul dan terakam dalam tahun ini..
kenangan manis adalah melihat anak2 membesar depan mata...

ammar yang semakin petah dan lincah..
membesar dengan sihat..
manja mengada2
dah la anak jantan...tapi kecik2 dah pandai jadi abang..
habis kakak2 dia kena marah kalo menyepah barang...



 Aina pulak dah nak masuk tahun satu (2014)
dah besar anak2 aku...
makin comel dan cantik..(sapa lagi nak puji anak sendre kan???)
makin kuat merajuk....
gelak2 huhahuhahuha..pastu huuuwwwwaaaaaa
itu tak perlu diherankan
dah jadi tradisi...aku pun dah sebati
lantak korang la nak oiiiii
janji hepi
ain pulak dah jadi anak dara sunti
whataspp tak henti222...macam2 grup ada
siang malam...pastu layan citer superstaz ceria...
minat itu ini..mamat tu hensem mamat ni lawa
seriau gak aku..



Selamat tinggal 2013...



Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Emak

<<Entri air mata>>

Selamat hari ibu....untuk mak tersayang..
Cheq tau mak tak baca blog cheq ni.
Cheq pun tau..mak tak gheti nak baca..
Tapi...mak tetap hebat di mata cheq..
Di mata orang2 kampung
Sebab..walaupun mak tak sekolah..
Mak tak pandai baca..
Menulis pun kadang2 terbalik..
Tapi mak berjaya menyekolahkan kami 4 beradik hingga ke universiti..
Ramai orang kampung tanya..macammana mak ajaq kami...dan takdak apa yang mak boleh habaq..
Melainkan mak selalu pesan kat kami..
Belajaq rajin2...
Harta takdak takpa..janji ada.ilmu untuk bekalan
Cheq ingat mak...
Mak kata lagi...hangpa ni dahla tak segak..hitam
Takdak orang nak pandang kat hangpa kalo hangpa tak pandai..
Tudia aihhh mak!!! Masa cheq sekolah ramai gak orang nak mak oiii...tiap2 kali raya ada ja boipren mai umah kita...hahaja...tapi betui..cheq memang itam..tak la lawa pun mak oiii..tp mungkin pasal cheq selalu dapat nombor 1 kot. Heheh.

Cheq ingat lagi mak..
Dulu mak takdak duit nak buat meja blajaq kami. Mak pi kutip kayu2..mak buat meja tulis dengan krusi kat kami sorang satu. Mak hebak bila mak boleh buat para kat bawah untuk kami susun buku. Tiap2 malam mak teman kami blajaq. Mak bancuh seteko ayaq kopi dengan roti 4 segi. Dulu mak tak mampu beli milo..pasal cheq tau tiap kali mak beli milo..cheq tukang perabis meratah milo belakang pintu. Tapi mak tak marah pun..mak cuma tak beli dah. Mak teman kami dengan lampu minyak tanah.

Mak tetap hebat di hati kami..
Mak boleh buat pondok untuk kita berteduh.
Mek bertukang...buay bumbung dengan daun nipah.
Cheq ingat lagi mak...tiap kali musim tengkujuh..maklumla ..rumah kita tepi laut..
Angin tiup kencang..rumah kita bergoyang..
Tiap kali tu mak kejutkan kami dan lari berteduh kat rumah sebelah..
Rumah sebelah yang tak siap lagi..tapi rumah batu.
Kita selamat di situ..sampai ribut berenti..kita balik semula ke rumah kita.

Mak amik upah menanam padi. Seikat cuma 20sen masa tu. Dalam sehari mak boleh dapat rm20. Itu pun mak buat dari pagi sampai petang.
Pukul 6 mak balik rumah..
Tiap kali mak balik kami semua seronok..
Pasal mak akan bawa balik makanan yang tokey mak bagi.
Kami tolong habiskan..

Sepeninggalan mak ke bendang.
Kami makan apa yang ada..
Ikan kering...dan kami pernah makan nasi putih dengan minyak yang ditabur garam..
Tapi kami hepi mak..
Kami hepi bila mak gembira...setiap kali kami naik ke pentas terima hadiah.
Mak gembira dan bangga..
Sampai orang tertanya2..siapa mak dan ayah budak2 ni..bila 3 orang dari kami dipanggil naik ke pentas untuk ambil hadiah.
Kami bangga bila mak senyum tak putus2..
Bila orang2 kampung memuji mak..
Mak memang patut terima pujian..
Sebab tak ada ibu seperti emak di saat itu.

Mak...
Selamat hari ibu mak..
Mungkin cheq tak boleh nak membalas jasa mak..
Tak boleh nak membahagiakan mak..
Bila cheq dah gheja..jauh dari mak...cheq jarang balik melawat mak..
Tapi mak..tiap kali cheq beranak tiap kali tu..
Mak akan ada menemani cheq. Mak jaga anak2 cheq..sampai cheq boleh jaga sendiri..mak jaga makan minum cheq...

Terima kasih mak..
Cheq sayang mak sangat2...
Ghindu mak!!!!!!!
Tunggu cheq balik ya mak...
Minggu depan..insyAllah.





Hadiah dari anak2 ku...
Walau pun macamni...aku tetap berbesar hati

posted from Bloggeroid

Friday, May 03, 2013

Puisi Jumaat

hi...salam

para 1
takder mood nak keje hari ni..
pagi2 tadi bos dah cari suh masuk miitng..
pastu bila masuk tak tau apa yang dimitingkan..
dapat tangkap sikit2 jer...
maklumler bila dua orang mat salleh yang bercakap....
terus ku menguap dua 3 round...ngantuk. 

para 2
lagi 60++ hari jer lagi nak puasa
aku ada balance 18 hari lagi tak ganti puasa
ayoyo camne ni..mau kena pecut 100m
start minggu depan ku kena mendisiplinkan diri...semangat melawan hasutan syaitan yang direjam
puasa dengan gigih..menjelaskan hutang yang tertunggak,
nyesal pulak dulu takmo kuatkan semnagat...
time nak menggantikan ni la yang penat

para 3
aku tengah merawat hati sekarang
nak membuang semua dendam mendam
nak menenangkan hati dan fikiran...takmo fikir2 lagi duka2 yang dilalui
biarkan ia berlalu pergi...ceh jiwang lak
yang penting ku kena kuatkan semangat.
tepis hasutan syaitan..
biar aku kembali jadi yang dulu...
yang sentiasa menerima dan memberi dengan rela hati
wahhh!!!!!!!!...........boleh ker??

masa dah nak sampai...mau balik dulu..masak.



Friday, March 22, 2013

Aktiviti Malam Tadi..

ayam sekor, sotong sekilo, udang 1/2 kilo, ikan tenggiri bunga sekoq..siap siang

dah siang..asing dalam bekas. ikut sukatan nak masak

sayur mayur pun dah potong2 masuk bekas....dalam bekas pepel dengan merah tu..bawang putih dan bawang merah yang telah siap di blend



aktiviti malam tadi yang memenatkan.  stok dah habis kat rumah,   nak tak nak kena refiil.  kang tak berasap dapur aku seminggu. 


Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...