Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Friday, August 05, 2016

Belajar Mengexplore Gugel Translate

Lepaskan dia pergi.
Relakan.
Bila sudah sampai ke titik terakhir,
Akur sahajalah pada aturan takdir.
Apa perlunya kau tahan-tahan sesuatu yang tidak lagi memberikan kebahagiaan?
Lepaskan dia pergi
Biarkan saja tanganmu kosong tanpa isi.
Kerana pada detik yang seketika ini,
Ia harus dipersiapkan untuk sesuatu yang bernama pengganti.
Jadi sudahlah.
Biarlah dia pergi.

Assalamualaikum....salam penghulu segala hari...semoga kita semua mendapat rahmat darinya...

wahhh!!! dah jadi trend...dua hari sekali update blog.  padahal banyak jer draft dalam ni...tapi kena kontrol satu demi satu baru leh publish. 

semalam seharian meeting.  agak kesibukan.  hari ni pun kol 9 nanti meeting.  tapi sementara menunggu waktu keje bermula..meh la update sikit kan.  bosan lak!.

aku tengah mengexplore gugle translate ni....hahahah. agak kelakar kan...baru dok sibuk dengan gugel  translate.  ada la sikit2 patah perkataan yang tengah prektis wat skrip antarabangsa.  nanti nak bercakap sepatah dua takde la..baru nak kalut susun ayat.  ok..now boleh gelak guling2...dah nampak kecuakkan di situ.  i admit it

dah lama2 dok gomen ni...baru terasa..betapa english aku makin hancusssss.
padahal dulu setakat nak mengarang esei...nak siapkan tesis..pejam mata ja boleh dah buat. 
sekarang jangan kata nak wat minit...nak wat karangan sekolah anak aku pun rasa cam tak confident ja..apa nak jadi ni???


Picca semasa attend meeeting di Grand Hyatt...berposing sakan...i loikeeee!!!

tak sabar nak jumpa buah hati dari obersea..nak kena hafal skrip ni..
ok bye!!!..takleh celoteh banyak2..nanti lupa habis apa yang ada....



Friday, July 01, 2016

New Posting



Assalamualaikum...

baru nak update cerita perpindahan kerja..
30 Mei 2016...dapat surat pemangkuan daripada JPA...dan tertulis di dalamnya tempat baru untuk aku.  rasa berdebar2 masa nak naik stage amik surat dari JPA.  Entah mana2 nanti dicampaknya aku..dalam hati bercampur baur....nak stay???nak pindah???kalau dapat pindah pergi ke mana...kalau stay....aku akan tetap sama. nothing have change.

tapi berat rasa hati...aku kena pindah.  so...sepanjang dalam dewan...hati berdoa2 ..jangan la dihantarnya aku ke area parcel2 sana.  malas nak meredah selautan manusia di situ.

masa naik pentas...terus keluar kat slide Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.  jantung terus berdegup kencang...cam orang bercinta pulak kan. hahahaha. best ker tak?? macammana nanti di sana???  almaklumlah 8 tahun tak bertukar kerja.  selesa sangat dengan tempat lama Kementerian Luar Negeri..orang kata pejam mata pun boleh jalan tanpa langgar dinding..punya lah terer.  2 minggu JPA bagi masa untuk bertenang..siapkan keje yang tertangguh.  Dalam masa dua minggu tu la..macam2 keje menunggu...taklimat dekat user..pembentangan sistem..latihan dalaman...rasa berjujuk.  time tu..pegang laptop..tengok fail tak berkemas...nak kemas fail..tengok keje berlonggok tak siap lagi.  serabut gilo.  serba serbi tak kena. last2 aku tersandar...tengok jer semua.  stress!!

alhamdulillah...dah masuk minggu ke3 aku kat opis baru.   cara kerja baru..environment baru..semangat baru.  tapi rindu masih ada kat tempat keje lama. rindu bunyi telefon berdering2..rindu celoteh kawan-kawan seopis.  rindu nak gelak2 syaiton...rindu nak gaduh dengan bos...rindu nak nakal2..macam-macam lagi la.

kat sini...agak sunyi sepi.  betul2 persekitaran kerajaan.  terus aku jadi orang gomen yang skema. hahahah...silalah gelak.  opsssss...takleh cakap lebih2.  masih baru lagi kan.



hadiah dari my SUB...punyalah aku dengan my SUB macam bermadu...orang cakaplah..ada jer yang tak kena.  kena marah tu perkara biasa.  lari2 dari dia..bila diingatkan balik...hurmmmm..macam budak2 kecik.   hari terakhir jumpa...bersalam berlaga2 pipi.  siap bagi telekung kat aku....nak suruh saya taubat ke bos???hehehe.  apa2pun terima kasih ya bos...
terima kasih tasha kasi hadiah tudung fareeda.  mahal ni tasha oiii.  aku bagi korang hadiah muranh2 ja...mak tak mampu nak oii.
#jangantinggaldaku
tenkiu e zul..kamu kawan yang baik.  aku buli camna pun kamu tetap baik.


Berakhir sudah perkhidmatan aku selama 8 tahun di KLN.  Harap2 sepanjang di sana aku telah memberikan khidmat yang terbaik untuk semua.  Kalau boleh taknak ku tinggalkan secebis pun kenangan yang pahit untuk korang2 di KLN..nak tinggak yang manis2 aja...

Orang kata..setiap yang bermula itu pasti akan berakhir...dunia ni kan sementara.  selagi boleh belajar..cari lah ilmu di mana saja.  wahhh!!! ayat penguat semangat. Padahal dah sweetsweet 17 ni malas nak belajar dah.  

akhir kata...Selamat bertugas ditempat baru untuk diri sendiri..dan selamat menempuh cabaran baru.

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...