Showing posts with label Bisness. Show all posts
Showing posts with label Bisness. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Cuti dan Promosi

Semalam hari raya aji.....aku rasa cam malas jer. biasalah raya kat kl...bukan cam kat kampung. buhsan jer. aku start masak pun kol 9am. malas sungguh22!!!..

semalam aku buat lodeh dengan sambal kacang jer..masakan sebelah selatan..kegemaran hubby aku. masak seperiuk besar then buat rendang ayam. simple jer. pastu makan ler kami 4 beranak dengan senang hati. pastu dalam kol 12tengahari..kak ros dan en nasri...KPS kewangan mai umah aku. sekali beb..aku masak takder ler niat nak jamu2 tetamu...setakat nak jamu222 cacing dalam perut kami jer..kelam kabut aku menyiapkan apa yang ada. naseb baik diorang makan tak banyak cerita. kalo tak mampus aku!!!!!

petang gi umah kakak aku kat setapak. kakak aku plak masak nasi minyak. rosak diet aku semalam...balik timbang naik ler dalam 700g. hari ni kena menten balik. makan shake semula...semalam tak makan langsung. rugi plak rasa.

aku dah kekeringan idea sebenarnya. cuti jer sampai 5 hari...tapi apa pun aku takder idea nak buat. lepaking kat umah...dengan niat nak mempromosikan barang aku...jom kengkawan...tolong promote mempromote...tolong menolong kan amalan mulia.

http://dietwithherbalife.blogspot.com & http://telekung2uonline.blogspot.com

p/s : lega leh bercuti dari masuk dalam box :)

Monday, November 08, 2010

Mereka telah berjaya...anda bila lagik???

Nak kongsi dengan korang berita gumbira yang aku terima daripada pembeli/pengguna produk ini......(aku paste dari blog Diet With Herbalife) sori yer pada pembeli2 yang membeli daripada aku sebab aku sentiasa tanya dan followup rutin harian korang sampai korang berjaya...see...aku dah dapat 2 maklumbalas positive dari mereka....(pesal ada underline ni???? belasah jer lah yer..)

yang pertama : pengguna dari Putrajaya..memaklumkan beliau telah kehilangan 1.5kg dalam masa 5 hari penggunaan herbalife. namanya minta dirahsiakan dan akan diumumkan bila beliau telah berjaya mencapai berat idaman beliau.

yang kedua : Pn Yati, pengguna dari Setapak...dengan gembiranya beliau mengumumkan telah kehilangan 2kg dalam tempoh 7 hari penggunaan.

syukur...pada tuhan. dengan izin-Nya mereka telah mampu mengubah persepsi bahawa hendak kurus juga bukannya susah. yang penting ada kesungguhan, iltizam dan keyakinan dalam diri masing. teruskan usaha anda kawan2...mana tahu anda tidak perlu 4 bulan untuk kehilangan 14kg seperti aku. silap2 dalam masa 3 bulan anda boleh langsing sepenuhnya...

Mereka telah berjaya...anda bila lagi?????


owwhhh..ya ..lupa nak bagitau...aku telah mewujudkan Fan Page aku kat Facebook...sila join yer...dengan mengklik disini 'want to lose weight, ask me how' kalo nak tanya aku apa2 pasal produk/harga/cara penggunaan..jangan malu2 just tanya jer...lagi satu...aku akan beri diskaun 5% daripada harga diskaun asal pada pembeli yang mana adalah ahli pada Fan Page 'want to lose weight, ask me how' dan folower pada Diet With Herbalife,

ooPPPsss!!!!! terpromosi plak di sini....takper kan???? korang tak marah kan????

Tuesday, November 02, 2010

Tazkirah.....

"ingin tahu rahsia mengurangkan berat badan...hubungi saya "
ini ler slogan yang aku pinkan pada beg aku sekarang...chewaahhh...tanpa malu22...

herbalife bukan setakat untuk mengurangkan berat badan...tetapi adalah makanan tambahan yang mengandungi nutrisi dan gizi yang seimbang..ramai orang salah faham. makan herbalife adalah untuk kuruskan badan. silap sebenarnya pemahaman cenggitu.

Banyak jenis penyakit kronik yang kita ketahui skrg ni sebenarnya boleh disembuhkan dengan cara menukar tabiat pemakanan harian kita kepada pemakanan yang seimbang. Seperti kata Dr. Adele Davis, anda adalah apa yang anda makan, bermaksud anda sihat kerana makanan yang sihat dan anda tidak sihat kerana makanan yang tidak sihat. Contoh-contoh penyakit yang disebabkan pemakanan tidak sihat adalah Anemia disebabkan kurang zat Besi, Prostat disebabkan kurang zat Zink, Tiroid (Beguk) disebabkan kurang Iodin, Cox-B disebabkan kurang Selenium & vit. E dll. Kesimpulannya, kita kena makan makanan yang memberi kita kesihatan dan bukan hanya mengenyangkan sahaja

ramai yang cakap...." aku dah amik supplement..vitamin C, Vitamin B, Multivitamin...tapi kalau setakat amik segala macam pil tetapi makanan tak dijaga...tak akan ada kesannya. petang tadi...aku telah berjumpa dengan seorang kakak. terkejut beruk aku...nyaris tak bersilat depan kakak tu bila aku tau dia adalah ibu kepada 10 orang anak. Badannya fuhhh...solid..muka awet muda gilassss....jari runcing...bibir merekah bak delima...aset2nya masih ditempat lama dan masih boleh menimbulkan nafsu pada perogol2 bersiri......bila aku tanya berapa lama dia menggunakan herbalife...jawapannya 4 tahun. sungguh lama...tapi kesannya adalah sangat efektif.

petang tadi aku ke HQ herbalife...sungguh terkejut aku bila tengok ramai pengunjung di sana adalah dari kaum ca ya nun alif....memang kaum tu tak pernah berkira duit untuk kesihatan mereka. cuba kita tengok...majoriti umah diorang ada water filter yang tegak berdiri kat depan umah diorang...jiran aku pun pasang...masa aku kat umah lama dulu jiran aku kiri kanan kaum tu...diorang pun pasang. aku selalu nampak..setiap pagi bila aku nak bertolak ke opis jiran aku yang dah berumur 65tahun akan berjalan2 dengan kawan2 yang sebaya...walaupun menggunakan tongkat. sampai aku terpikir..kenapa aku yang masih muda ni tak boleh nak buat macam tu...kalo weekend jer sayang nak tinggalkan tilam. Dari situ kita boleh simpulkan bahawa betapa mereka menghargai anugerah yang tuhan bagi pada mereka iaitu kesihatan tubuh badan.

dan kita pulak...lebih rela menghabiskan wang beratus2 sebulan hanya untuk membeli pakaian dan alat solek...tapi dalaman kita tak pernah amik peduli. makan pula belasah apa yang sedap di depan mata tanpa peduli berapa jumlah kolestrol yang masuk dalam badan kita. sebab tu ramai lelaki2 kaum kita buncit bila dah berkawen....atau bila dah berumur...(termasuk laki aku huwwwaaa....bila aku suh minum herbalife takmo..) dan perempuan plak...kalau dah beranak start la nak mengembang sana sini...(termasuk aku..masa tak kawen 46kg..lepas anak 2 jadi 68kg) pastu marah bila laki jeling pompuan seksi bila keluar sopping...salah sapa??? salah kita...sebab laki ni sumer sama...nafsu tetap ada. walaupun mulut diam..tapi dalam hati sapa yang tahu...nak cakap takut bini marah. tapi aku respek laki aku...siap tegur suh aku kurangkan berat badan. tercabar beb!!

sekarang ni...bila berat dah turun sket...metabolisme pun tinggi..aku dah kurang penat cam dulu. swimmng kalo dulu nak dapat 10 lap pun kena rehat 5 kali. sekarang aku leh dapat 20 lap...dalam masa 30 minit. skipping aku leh buat 1000x dalam masa 20 minit. bukan nak membanggakan diri ...tapi nak berkongsi.

selain tu...berita yang baru aku dapat dari seorang pengguna herbalife...beliau mengandung selepas mengamalkan herbalife selama 2 bulan (dengan izin-Nya juga). aku dapat tau..beliau dah berkahwin 4 tahun tetapi sukar untuk mengandung. kadang2 ada sesetengah masalah berpunca dari pemakanan kita...so, kena stabilkan badan kita dulu...tapi itu semua kuasa tuhan..kita manusia hanya berusaha.

takmo citer panjang2..kalo nak tau lebih lanjut pasal herbalife...layari blog aku yang seterusnya http://dietwithherbalife.blogspot.com

p/s : sayang duit tu sayang la...tapi kesihatan lagi penting sebab untuk jangka masa panjang.

Friday, October 29, 2010

Promosi Sekejap

Tuan2 dan Puan2...



Layari lah Herbalife untuk mendapatkan badan yang kurus , langsing dan sihat dengan cara yang selamat. Herbalife bukan setakat untuk mengurangkan berat badan..tetapi boleh juga digunakan untuk mengekalkan berat badan dan memelihara kesihatan anda. kalo nak tau lebih lanjut...sila kunjungi My eShop




Selain itu, tuan2 dan puan2 juga boleh mendapatkan Telekung Dua Lapis (cotton) yang selesa dengan harga yang berpatutan. Dijamin tidak panas dan tahan lama. Layari juga My eShop untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Promosi dilanjutkan sehingga 30 November 2010. Jangan segan222...kalo segan rugi!!!





Monday, October 25, 2010

My eShop

Syukur ke hadrat Ilahi...akhirnya impian aku nak buka eShop tercapai juga. Bukannya apa..saja nak bebas daripada tekanan sebagai penganalisa sistem. tukar bidang pulak.

terima kasih kepada pelanggan yang telah menyoping di My eShop....semoga kunjungan kalian akan terus berpanjangan. jangan serik untuk menyoping lagik di situ ye...aku bagi harga cun punya.

Pelanggan pertama Cik Puan Suhana....thank you very222 much!!!....kalo nak tips diet dengan herbalife...jangan segan2 call aku. pada Pn Suraya dan Pn Ida...esok aku hantar barang korang pulak yer...tunggu!!!!

p/s : jangan lupa..aku juga jual telekung....

Monday, October 18, 2010

PromoSi

anda mahu kurus ???? langsing??? bergaya??? boleh pakai baju yang biasanya free size (padahal saiz S/M)???...layari http://dietwithherbalife.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

sila2..jangan malu jangan segan...
kalau malu anda rugi...

harga promosi akan diberikan kepada anda...


p/s : lalalalalalala.....

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...