Showing posts with label La Tahzan. Show all posts
Showing posts with label La Tahzan. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

La Tahzan - Part II

Salam semua...

juz nak inform ..aku dah beli buku La Tahzan...rega RM25.90 kat MPH Alamanda.
Baru 2 hri dok baca...
kesimpulan..sungguh best. dan aku tak rasa menyesal beli walaupun ada 8 buah buku ilmiah + novel yang aku beli tak berusik lagik.
rasanya...yang ni akan habis dulu aku baca..
so, aku nak syer dengan korang sket...intipati La Tahzan mengikut bab ya..dan aku akan hapdet sikit demi sikit mengikut tahap pembacaan aku..

5. Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan
dan mereka tidak pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke liang lahad, menaiki tangga ke lagit dan berpisah dengan mereka. adapun apabila anda masih berada ditengah2 mereka, maka akan ada selalu perbuatan mereka yang boleh membuatkan anda bersedih dan menitiskan air mata, mengalirkan darah kematian anda dan mengusik ketenangan anda. Tapi perlu diingat...orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati.
Mendalam kan maksudnya....jika kita terusik dengan cemuhan orang bermakna kita merelakan mereka mencemuh dan mengotori jiwa kita...cekallah seperti batu bata yang tidak pernah terusik walaupun ditimpa salji.

6. Berharaplah akan redha Allah semata2.
Anda tidak perlu terkejut jika anda menghadiah kan pena kepada seseorang dan seseorang itu menggunakan pena tersebut untuk menulis cemuhan kepada anda. jangan terkejut, apabila orang yang anda berikan tongkat untuk mengiringi kambing gembalaannya menggunakan tongkat tersebut untuk memukul kepala anda. itu semua adalah manusia yang tidak pernah bersyukur...dan jika mereka boleh mengingkari Allah..jangan diharap untuk mereka hormat kepada kita. dan kita harus bersyukur kerana boleh berbuat baik disaat orang lain berbuat jahat kepada kita.

7. Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada
ketika diri anda diliputi kesedihan, kegundahan dan kemiskinan, berbuat baik lah kepada sesama manusia nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati.kita akan merasa kebahagian dalam semua aspek kebahagian kita.

8. Usirlah kekosongan dengan kesibukan
apabila suatu hari anda merasakan diri anda menganggur tanpa kegiatan...bersiaplah untuk merasa gundah gulana, sedih dan cemas. sebab dalam keadaaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang memikirkan kisah2 silam...memikirkan luka2 hati..memikirkan masa depan..menyesali kesialan. sibukan diri anda dengan apa cara sekalipun...kerana membiarkan diri anda kekosongan sama seperti anda membunuh diri.

9. Teguhkanlah keperibadian anda
hiduplah sebagai mana anda diciptakan. jangan mengubah suara anda dan jangan mengubah gaya berjalan anda. tuntunlah mengikut wahyu ilahi... tetapi jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri. anda adalah lain daripada yang lain..tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam sejarah kehidupan. janganlah kita menjadi orang yang tidak berpendirian..

10. Terimalah qada dan qadar Allah
saraf anda akan tegang....kegundahan anda tidak akan reda dan kecemasan di dada anda tidak akan pernah sirna selagi anda tidak menerima qada dan qadar Allah. tinta pena telah mengering bersama dengan semua perkara yang anda temui. jangan biarkan diri anda larut dalam kesedihan...jangan sangka anda boleh menahan tembok yang akan runtuh, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tidak bertiup, memelihara kaca agar tidak pecah. tidak ada benda yang boleh dikawal..kerana apa yang digariskan akan terjadi tetap akan terjadi. setiap ketentuan akan berjalan dan setiap keputusan akan terlaksana.


best baca buku ni....selalu aku kalo baca buku speed mesti laju...tak sabaq nak sampai penutup...nak tau kesudahan..tapi kali ni aku baca peeellllaaaann.....peeeelllaaannn...nak masuk dalam otak meresap ke hati.

paling best setakat ni aku baca...kita hidup untuk hari ni..tak yah ingat hari semalam...dan tak payah nak gatal2 meramal masa depan. hidup macam hanya ada hari ni untuk kita. buat baik sehabis baik. betol jugak. kita ni suka pikir masa depan yang tak tau macammana....padahal Allah dah menetapkan esok kita akan jadi apa. jadi jalanilah hidup seadanya.

nanti aku syer lagik ya...lenguh tangan menaip.

Monday, September 26, 2011

Jangan Bersedih-La Tahzan

Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih....kalau aku rasa nak bersedih...cepat2 aku ingatkan diri aku sendiri..'Tuhan itu Satu..dan hanya Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku'. Untuk apa aku mengenang2 nasib diri....kerana aku rasa kedukaan aku walau besar sekalipun...tetapi kegembiraan aku lebih besar dari kedukaan itu. Untuk apa aku menangis...kerana air mata aku lebih bernilai untuk dititiskan bagi perkara2 murahan begitu. Lebih baik aku menangis bila mengingatkan Allah yang sentiasa berada disampingku...

Syahdu kan????...sebenarnya aku nak beli buku 'Jangan Bersedih-La Tahzan' so, kena tangkap leleh dulu..

1. Merenunglah dan Bersyukurlah
Saya belajar tentang pentingnya kita sebagai Hamba Allah ni, tunjuk rasa syukur kita pada Allah yang menjadikan kita. Siapalah kita kalau bukan Allah yang berkehendak menjadikan kita dan beri kita peluang untuk menikmati hidup di dunia ni. Kita perlu belajar bersyukur dengan apa yang ada, tangan, kaki, mulut, hidung dan semuanya Allah yang jadikan. Sempurna kejadian saya. Jadi, saya perlu bersyukur sebab ada manusia yang dilahirkan kurang fikizal sana sini.

2. Yang Lalu, Biarlah Berlalu
Saya belajar tentang apa yang ada depan mata, kita perlu jalani seadanya dan lupakan semua perkara yang dah lepas. Saya tidak akan kemana-mana kalau terus dibayangi dengan perkara lepas. Dapat apa? Buang masa sebab perkara yang lepas memang TIDAK AKAN boleh diulang. Jadi, baik tutup buku dan move on.

3. Hari Ini Milik Anda
Saya belajar tentang menghargai hidup. Allah sudah berikan saya peluang untuk hidup dan bernafas pada hari ini dan saya perlu lakukan yang terbaik pada hari ini , seolah-olah esok KEMUNGKINAN peluang ini saya tidak akan dapat lagi *mati, senang cerita*. Jadi, saya perlu buat semuanya sebaik mungkin. Bahagiakan diri sendiri, dan lupakan semua kejahatan orang lain pada saya. Buang masa.

4. Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya
Saya belajar tentang dalam hidup ni, kita tak perlu menjadi tukang tilik untuk diri sendiri. Manusia yang bersedih, rupanya terlalu memikirkan masa depan yang dia pandai-pandai mereka sendiri. hahahaha! Sebenarnya tak perlu. Masa depan kita, masih dalam genggaman Allah. Tak perlu difikirkan. Bila sampai masa, masa depan kita akan datang dengan diri sendirinya.

5. Allah Akan Menggantikan Yang Lebih Baik
Saya belajar tentang bersangka baik pada Allah itu perlu. Tak mungkin Allah saja-saja “ambil” sesuatu daripada kita tanpa sebab. Mesti ada hikmah. Apa hikmahnya? Wallahualam. Tengok saja kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat lepas, Allah saja yang tahu tetapi yang pasti mesti lebih baik daripada apa yang di “ambil” tu. Senang cerita, belajarlah bersangka baik pada Allah. Jadi, kita tak akan bersedih terlalu lama lah kan???

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...