Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

RaMadHan Ya KareeM




 Assalamualaikum...

alhamdulillah.....hari ni dah hari ke 4 kita berpuasa.   pejam celik pejam celik...nanti raya la pulak.  tapi sungguh kali ni aku tak merasa nikmat berpuasa.  kelam kabut dengan urusan dunia.  bila ada anak kecik...hidup menjadi tidak teratur lagik. tambah2 bila ramadhan...waktu kena susun semula. waktu sahur..berbuka...mandikan sikecik...tidurkan sikecik.  semua kena tukar ...kecuali hari sabtu dan ahad keadaan akan menjadi normal semula.

mesti orang heran kan....kenapa aku kalut semacam jer.  kedua-dua anak dara aku dilahirkan selepas hari raya.  kiranya bila ramadhan datang mereka dah agak besar..dalam 9 bulan cenggitu. so, aku takder masalah sangat nak menguruskan diorang.  masa tu keje pun tak pressure lagik...jadi cikgu. umah pun dekat pastu kecik jer...apartment.  jalan tak jem. bibik ada.  jadi apa aku nak kalutkan sangat kan. ramadhan tu aku sambut dengan meriah.  boleh singgah param suka2 hati. nak masak pun sempat.  balik kija sampai umah kol 5.15pm....jadi memang banyak masa aku nak memasak.   siap boleh memikir lagik....apa nak masak masa tu jugak.  sekarang ko jangan harap.  kol 5.05 pm kuar opis...gi nuseri amik my little caliph dengan aina.  dah kol 5.20pm....setel semua drive gi amik ain kat sekolah plak...kelas agama.  ting tong menunggu dia...kol 5.40pm baru leh gerak.  dah nak sampai seri kembangan tu jem la pulok.  korang yang biasa lalu kat situ tau la camner troknyerrr jem kat flyover tu.  tapi aku macho...hari2 aku potong line...terus menyusup masuk kat depan.  kira teror...ist gak la tu. so, sampai umah dalam kol 6.15 cenggitu.  sampai umah...dok ngangkut barang....pastu mandikan little caliph...tidurkan dia..susukan dia...baru leh jenguk dapur. kiranya...time berbuka tu...ngam2 la dengan selesai keje aku menguruskan ammar. 
tapi aku ok jer...aku yang memilih tak nak bibik kan.  so, aku kena tunjuk akulah superwoman. huhuhu.  laki aku tunggu jer aku surrender tu. aku surrender jer...dia angkat sorang bibik mai kat aku.  tak nak la aku.




gambar semalam....little caliph yang sangat lasak


bila tengok muka anak..penat pun tak terasa

time ni aku tengah kalut bersilat kat dapur,  3 orang anak2 aku sedang menunjukkan peranan masing2.  ain alhamdulillah....selesai solat asar...baca alquran.  aku tak sempat nak memantau.  mujur dia pandai bawa diri. aina pulak ambil alih jaga adik.

gambar subuh tadi.  lepas solat subuh dia mengaji.

ammar tunggu turn nak mandi.  mandi awal beb..kol 6.15am.  takper lah..nak oiii.  belajar mandi awal esok2 senang nak ke sekolah

masuk dalam kereta....on the way nak ke opis pagi ni.  2 beradik pengsan.  letih sangat gamaknya

tiba2 ada gambar aku.  lama tak interprem dalam blog ni.  sungguh besar kaki itu


apapun aku bersyukur diberi peluang untuk merasa ramadhan pada tahun ini.  Ampunkan segala dosa2ku ya Allah.(tanda orang banyak berdosa)

Rasullullah telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba: 
“Kamu telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi Allah.s.w.t, diturunkannya rahmat, digugurkannya (dosa-dosa) kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan BERBANGGA dengan kamu berhadapan dengan para malaikat... maka perlihatkan Allah kebaikan daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang CELAKA ialah orang yang di haramkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan”

ya Allah, semoga kami diletakkan dlm golongan yg MEMBANGGAKAN-MU dan jauhkan kami dari menjadi orang yg CELAKA...
 
 

Thursday, July 19, 2012

cer bayangkan

lusa dah nak puasa...
eceehehhhh macam kompom jer kan..
tapi aku dah dapat bayangkan kekalutan yang akan aku alami..
kalo boleh nak sediakan jadual apa nak masak setiap hari
senang sikit

puasa kali ni aku ada 3 orang anak
sorang baby kecik..
kali ni takdak bibik..nak bantu aku apa yang patut
nak tak nak aku kena buat sendre
haiyaaakkkk!!!! kena bangun kol 4 pagi..masak sahur dengan berbuka sekali(kalo perlu)
wahhhh!!! perancangan hebat

sila abaikan tarawikh aku..
rindu nak solat terawikh..
tahun lepas aku termiss tarawikh...mengaku tanpa shy222
tahun ni harus termiss lagik.
tak dapat luangkan masa berjemaah...moreh sama22
rindunyaaaaaa...ada masa aku buat sendiri...
tapi banyak bezanya...
tak terasa bahang seperti di surau..
sambil terawikh..sambil kumpul kawan222

the end!!!




Wednesday, August 10, 2011

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan


1) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


2) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya mempraktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

3) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


4) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)


5) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


6) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


7) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Monday, August 01, 2011

Tak Sabbbbaaaaqqqqq!!!!!!



wahhh!!! petang ni nak menziarah bazar ramadhan. kebetulan nak gi pos opis nak pos herbalife...so, leh singgah sekali. teringin nak makan laksa...lepat ubi...waaahhhhh!!! bestnya.
tak sabaq..tak sabaqqq..tak sabaqqqqqqq!!!!!!!!

kalao gi bazar...aku aim kuih muih dulu. lauk pauk ni leh masak. kuih muih payah nak jumpa. cari yang susah nak jumpa....l

p/s : kecur air liur den

Thursday, July 28, 2011

KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...