

~~~~~"I'm a Simple Person Who Hides a Thousand Feelings Behind the Happiest Smile"~~~~~~
Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan! yes!! that’s right!!
Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. ia sangat mencabar..
Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita. Dengan itu, diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur-unsur negatif yang membelengu..
Mari kita sahut cabaran ini !!!! (^o^)/ MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!
“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-
Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan? Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.
Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!
Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.
Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.
Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.
Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.
Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?
Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?
Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.
Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.
Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya;
“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”
“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”
“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”
Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.
Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.
Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.
Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]
Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].
“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]
dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.
Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?
Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Alhamdulillah, lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan memohon maaf. Kita manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang lain, memaafkan dan meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya redha, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.
Meminta maaf atas kesilapan adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggung jawab seseorang. jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia, sebaiknya menyatakan kemaafan itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab.
Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.
Kesilapan adalah fitrah kehidupan, orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan bangkit dari kegagalan!
Belajarlah dan carilah ilmu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Orang yang tinggi diri (merasa dirinya bagus) dan sombong memang susah untuk belajar dan mendapat ilmu. Rendahkan diri anda untuk kebaikan dan menadah ilmu dari orang-orang yang berilmu, insyaAllah ilmu itu berkat.
Usah terasa hina dan malu untuk memohon maaf, kerana ia adalah dituntut jika melakukan kesilapan dan kesalahan. Selepas itu, jangan lupa bertaubat (tidak mengulangi kesilapan) dan belajar dari kesilapan itu.
Jika kesilapan itu tidak melibatkan orang, simpanlah sebagai rahsia hidup anda. Dan berusahalah kearah pembaikan supaya kesilapan itu tidak berulang. Jika melibatkan orang lain, cuba sedaya upaya memohon maaf dan berterus terang dengannya supaya tidak menjadi semakin besar dan rumit.. berusahalah perbaiki kesilapan tersebut supaya tidak bertambah parah. dan yang paling penting kenalah belajar supaya tidak berulang.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
| |
Soalan: Sima, Kuala Kubu Baharu, Selangor. Jawapan: Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal shalih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya. Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu secara bersama. artikel tahun 2009 Orang kata " nak jadi baik..kena hidup dalam kelompok orang yang baik...tapi kalo dah 44 hari bersetongkol dengan kelompok jin...maka jin lah kita lepas tu". aku taknak jadi jin..walaupun aku bukan orang yang baik...tapi aku berusaha membaiki kekurangan aku. yang jadi jin tu lantak dia la nak jadi jin...tak koser aku nak ulamak kan dia balik. pandai2 la bawa diri. pandai-pandailah selamatkan diri. sapa suruh terjun dalam lubang taik yang sama berkali2. tu namanya tak serik2. orang terjun sekali jer dah lari dah. kalau boleh jalan tu pun taknak lalu dah. ini...dah jatuh berkali2...dok ikut situ jer...buta mata buta hati. emotional plak hari ni kan...ada aku kesah!!!...tak kisah pun. |
Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di sebalik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu
Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi
Setia mu ku hargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Mempersemi di hati
Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia
1. Perhatikan perilaku tidur anak.
Anak yang susah bangun pagi biasanya memiliki perilaku tidur yang buruk dan sebsb tidak mudah mengantuk di malam hari. Tanyakan pada si kecil apa yang menyebabkannya susah tidur. Pastikan anak menghindari minuman yang mengandungi kafein di waktu petang dan malam hari.
2. Pastikan ia tidur dengan kadar waktu yak betul.
Kurangnya waktu tidur anak-anak boleh jadi salah satu sebab mengapa ia susah bangun pagi. Waktu tidur setiap orang berbeza, berikan waktu tidur yang sesuai untuknya. Rata-rata anak-anak kecil tidur mulai dari jam 8 hingga 9 malam. Tempoh tidurnya ialah selama 8 hingga 9 jam juga.
3. Cuba cara yang berbeza membangunkan anak anda.
Untuk sesetengah anak, mematikan lampu merupakan cara membangunkan paling tepat. Cara yang sering digunakan ialah dengan cara mengguncang-guncangkan badan atau menyalakan alarm. Cari cara yang paling sesuai untuk anak Anda.
4. Buat sarapan.
Janjikan sarapan yang sedap boleh jadi salah satu tektik agar si kecil tidak malas bangun pagi . Teknik ini boleh dikatakan sebagai umpan untuk anak bangun pagi. Sebagai contoh katakan pada anak ” Kalau Aiman cepat bangun pagi nanti mama akan buatkan roti bakar letak penut butter dengan jelly” pasti akan menarik perhatian si kecil untuk lekas bangun.
5. Berikan tanggung jawab kepada.
Jika anak susah untuk bangun pagi karena selalu tidur lewat malam, mungkin akibat leka menonton Tv bermain dan sebagainya. Bila lambat bangun lambatlah pergi ke sekolah. Disinilah tanggung jawab ibu bapa memainkan peranan. Hadkan waktu menonton Tv dan bermain. Berikan kerja atau tugasan kecil kepada anak anda sebagai satu tanggung jawab kepada mereka. Tugasan yang diberikan adalah untuk memberikan kepenatan sedikit kepada anak-anak seperti, mencuci pinggan, menyapu sampah dan sebagainya. Ibu bapa pula berilah tugasan yang sesuai mengikut umur anak anda.
Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...