Wednesday, May 22, 2013

BuhSaN

huhhh...bosannya minggu ni
biler semua keje dah ready
rasa cam tak syok plak bila mai keje taktau nak wat apa
memang banyak keje menanti..
tapi requirement tak pasti
draft sesuka hati jer ni..
pastu nanti kena tukar situ sini..
lagi sakit ati..

sistem tuttttt dah siap...tunggu feedback user
sistem tattttt dah ready untuk training...tarikh nya tak tau biler
sistem titttttt yang bugs tu dah solve pagi semalam..
tinggal sistem treeettt jer..yang dok miting2 tapi tak kasi lagi kata putus nak buat camner
busan sungguh

biasanya aku kan keje kiri kanan...tak cukup tangan pakai kaki...
macam cimbclicks tu.
walau pressure tapi rasa seronok jer
bila mai keje banyak keje menanti..
ni bosan sungguh
kalau ada bos aku dulu mesti best,...walau asik kena buli
tapi hati ada rasa suka
pasal keje ada yang memantau

 mesti orang kata  aku gilo
taksuka biler takde keje
hahaha
memang aku tak suka pun
rasa macam taktau nak wat apa
mati kutu

cepatla bosssss masuk...

Monday, May 13, 2013

Kehilangan

 Kehilangan

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

lagu ini benar2 marasuk hidup aku...
rasa sampai ke dalam liang roma...

tapi menyesal kemudian tiada gunanya..
bila hati dah tertutup...nak merayu menangis..tergolek menunging pun belom tentu orang terima.
oleh itu...ingatlah wahai kawang2ku...
peluang itu tidak akan datang berkali2
jika peluang diberi ...
gunakanlah sebaik mungkin
kerana hati manusia ini bukan buku nota...
boleh di conteng dan di padam..
bukan juga komputer..
boleh di save dan di delete..

hati orang lain..seperti juga hati kita
ingin dijaga dan dimanja
ingin di mengerti dan difahami..

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Emak

<<Entri air mata>>

Selamat hari ibu....untuk mak tersayang..
Cheq tau mak tak baca blog cheq ni.
Cheq pun tau..mak tak gheti nak baca..
Tapi...mak tetap hebat di mata cheq..
Di mata orang2 kampung
Sebab..walaupun mak tak sekolah..
Mak tak pandai baca..
Menulis pun kadang2 terbalik..
Tapi mak berjaya menyekolahkan kami 4 beradik hingga ke universiti..
Ramai orang kampung tanya..macammana mak ajaq kami...dan takdak apa yang mak boleh habaq..
Melainkan mak selalu pesan kat kami..
Belajaq rajin2...
Harta takdak takpa..janji ada.ilmu untuk bekalan
Cheq ingat mak...
Mak kata lagi...hangpa ni dahla tak segak..hitam
Takdak orang nak pandang kat hangpa kalo hangpa tak pandai..
Tudia aihhh mak!!! Masa cheq sekolah ramai gak orang nak mak oiii...tiap2 kali raya ada ja boipren mai umah kita...hahaja...tapi betui..cheq memang itam..tak la lawa pun mak oiii..tp mungkin pasal cheq selalu dapat nombor 1 kot. Heheh.

Cheq ingat lagi mak..
Dulu mak takdak duit nak buat meja blajaq kami. Mak pi kutip kayu2..mak buat meja tulis dengan krusi kat kami sorang satu. Mak hebak bila mak boleh buat para kat bawah untuk kami susun buku. Tiap2 malam mak teman kami blajaq. Mak bancuh seteko ayaq kopi dengan roti 4 segi. Dulu mak tak mampu beli milo..pasal cheq tau tiap kali mak beli milo..cheq tukang perabis meratah milo belakang pintu. Tapi mak tak marah pun..mak cuma tak beli dah. Mak teman kami dengan lampu minyak tanah.

Mak tetap hebat di hati kami..
Mak boleh buat pondok untuk kita berteduh.
Mek bertukang...buay bumbung dengan daun nipah.
Cheq ingat lagi mak...tiap kali musim tengkujuh..maklumla ..rumah kita tepi laut..
Angin tiup kencang..rumah kita bergoyang..
Tiap kali tu mak kejutkan kami dan lari berteduh kat rumah sebelah..
Rumah sebelah yang tak siap lagi..tapi rumah batu.
Kita selamat di situ..sampai ribut berenti..kita balik semula ke rumah kita.

Mak amik upah menanam padi. Seikat cuma 20sen masa tu. Dalam sehari mak boleh dapat rm20. Itu pun mak buat dari pagi sampai petang.
Pukul 6 mak balik rumah..
Tiap kali mak balik kami semua seronok..
Pasal mak akan bawa balik makanan yang tokey mak bagi.
Kami tolong habiskan..

Sepeninggalan mak ke bendang.
Kami makan apa yang ada..
Ikan kering...dan kami pernah makan nasi putih dengan minyak yang ditabur garam..
Tapi kami hepi mak..
Kami hepi bila mak gembira...setiap kali kami naik ke pentas terima hadiah.
Mak gembira dan bangga..
Sampai orang tertanya2..siapa mak dan ayah budak2 ni..bila 3 orang dari kami dipanggil naik ke pentas untuk ambil hadiah.
Kami bangga bila mak senyum tak putus2..
Bila orang2 kampung memuji mak..
Mak memang patut terima pujian..
Sebab tak ada ibu seperti emak di saat itu.

Mak...
Selamat hari ibu mak..
Mungkin cheq tak boleh nak membalas jasa mak..
Tak boleh nak membahagiakan mak..
Bila cheq dah gheja..jauh dari mak...cheq jarang balik melawat mak..
Tapi mak..tiap kali cheq beranak tiap kali tu..
Mak akan ada menemani cheq. Mak jaga anak2 cheq..sampai cheq boleh jaga sendiri..mak jaga makan minum cheq...

Terima kasih mak..
Cheq sayang mak sangat2...
Ghindu mak!!!!!!!
Tunggu cheq balik ya mak...
Minggu depan..insyAllah.

Hadiah dari anak2 ku...
Walau pun macamni...aku tetap berbesar hati

posted from Bloggeroid

Thursday, May 09, 2013

Apa Itu GST??

Bosan aku lately ni orang asik dok gembar gemburkan GST..siap tepek picca lagi dekat FB..pastu adala pengomen2 yang tak faham sangat pasal GST dok komen22..siap dok cakap..."barang semua akan naik lepas BN memang" nyampah aku.  gajiberia222 minta naik..bila barang naik bising3 pulak.  adil la kan.  gaji naik barang naik.  huhuhu.  paling best orang yang bising2 ni orang melayu ..orang gomen...paling best lagi..orang yang beria2 minta gaji naik..orang gomen..orang yang tak sabaq tunggu bonus..orang gomen.

aku ni bukanlah penyokong kipas mati BN...bukan jugak penyokong sanggup mati pembangkang..tapi aku rasa dah terlalu over sekarang ni.  apa yang gomen buat semua dah jadi salah.  nak jugak tengok bila pembangkang jadi gomen.  macammana la nak handle negara yang besar...dengan penduduk yang macam2 karenah.  sekarang okla...semua penyokong terima jer apa yang diorang cakap.  bila dah ada pembangkang  baru tau nak penin paler. 

paling best isu harga roti gardenia rm2.40 pun boleh dikaitkan dengan kenaikan harga,  padahal memang harga dia camtu. nampak sangat dulu beli roti mighty white atau high5 jer.  sekali beli roti gardenia terkejut tengok harga.  hahahah..klaka la korang2 ni.

bersyukur la negara kita aman. mana ada orang yang maksum.  mungkin pada kita jahat..tapi pada Allah tak?? sapa tau kan...Tuhan lebih tau segalanya.  redha jer la.  manusia ni kalo nampak kemewahan dan wang ringgit depan mata semua jadi kelabu..yang baik dulu pun blom tentu baik selama2nya.  manusia boleh berubah kan???...so jangan konpiden sangat.  kang kita keluar mulut singa masuk mulut buaya.  padah!!!!!!!!!.

dah 36 tahun kot aku hidup kat dunia ni.  kali ni baru aku nak berbicara hal politik.  sebab aku nampak teruk gila dah sekarang ni.  perebutan kuasa dah menjadi2.  aku taknak bangkitkan isu perkauman...bahaya..tapi pada orang3 melayu ni bersatu padulah. tak rugi kita bersama2 memerintah.  apa salahnya....kongsi idea. buang sifat ego tu.  

Jom sama2 baca pasal GST..  Ku amik daripada http://oskortos.blogspot.com/2013/05/gst.html.  sama2 baca...sama2 faham.
 
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang. Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan. 

Setelah menerima maklumbalas daripada laman media sosial Twitter dan FB saya simpulkan ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan semua kerana kerajaan juga tersilap langkah apabila penerangan tentang GST tidak dibuat secara menyeluruh malah peluang menerangkan GST melalui media perdana seperti suratkhabar, tv & radio disia-siakan kerajaan apabila ia hanya digunakan untuk menghentam pembangkang, menabur fitnah dan terbaru membangkitkan semangat perkauman. Sebelum membaca artikel ini saya minta kawan-kawan tinggalkan politik partisan, buka mata dan hati supaya kita faham apa itu sebenarnya GST.

CUKAI DI MALAYSIA

Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax).

APA ITU GST DAN SST?

GST adalah 'Goods and Services Tax' atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu 'Sales tax and Service tax' atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar. 

GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.

PELAKSANAAN GST

Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas sebab pilihanraya dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama. Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2013011405244620130114052446/Article/index_html

GST yang dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST

KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST

GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah kurang daripada 10% sahaja bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan. 

GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?

GST nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M). 

Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah.

KESAN GST

GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja. 

Mengenai kerisauan dikalangan kita bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.

Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan: 

SALAHFAHAM KEBELAKANGAN INI

Kebelakangan ini tersebar tentang 'GST' telah dilaksanakan melalui penyebaran gambar ini: 

GST yang dimaksudkan diatas adalah 'government service tax' pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas. GST 4% akan menggantikan cukai perkhdimatan 6% ini. 
Cukai perkhidmatan diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011. Rujuk: http://kms.customs.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=99:info-untuk-umum--cukai-perkhidmatan&catid=39:cdnk&Itemid=94

PENDAPAT PERIBADI

Di atas saya telah menerangkan konsep, pelaksanaan dan kesan GST kepada kita semua. Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi, saya menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan teliti untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat keseluruhannya. Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST.

KESIMPULAN 

Saya seorang individu yang pro-Pakatan Rakyat sebenarnya berkongsi kerisauan dengan kawan-kawan tentang cara kerajaan membelanjakan wang cukai yang dikutip. Lihat sahaja berbillion ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap tahun seperti mana yang digambarkan didalam laporan ketua audit negara. Ini sahaja kerisauan kita bukan? GST adalah dasar yang baik tetapi bolehkah kerajaan dibawah BN membelanjakan wang kita dengan baik dan adakah rakyat akan mendapat faedah ke atas cukai yang dibayar nanti?

Didalam tempoh 5 tahun ini suka atau tidak GST tetap akan dilaksanakan. Bezanya kita sebagai rakyat perlulah memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang membuta tuli tanpa fakta dan asas. Nak jadi pembangkang jadi pembangkang yang bijak, mahu jadi macai jadi macai yang cerdik. Harga barang naik atau mahal bukan disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli dimana bekalan atau supply barangan dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini yang patut kita tentang dan bangkang. Beras dan gula semuanya dipegang orang yang sama. Jadi mari sama-sama kita tolak monopoli dan favoritisme oleh kerajaan kepada tokey-tokey tertentu. Buka pasaran untuk persaingan sihat supaya akhirnya kita berada dalam situasi menang-menang. Rakyat untung, peniaga untung.

Tambahan: Sesetengah restoran atau perkhidmatan mengenakan service charge 10% yang mana kutipan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Jika GST dilaksanakan service charge ini mungkin kekal. Ada beza service charge dan service TAX.

Trip Bandung (15-17 April 2013)

syukur akhirnya sampai gak aku kat sini...
asal plan nak gi sensorang...
tup2..raifana folo..
yaaaaa ada geng..naik flight tengah malam buta.
tak lama pun aku...
nama jer 3 hari 2 malam
tapi sampai sana dah kol 1 pagi...check in hotel...tido...
esok shopping...lusa tengahari dah balik
sempoi kan???
ater pegi tinggalkan tentera kat umah
jenuh dok membayangkan laki aku bersilat
so...sekejap jer la...

 boolat la....malas nak bergambar.

depan bali heaven....macam masuk pondok jer kan????

 hotel tempat menginap..book kat agoda. rm245 untuk 3 hari 2 malam.  boleh la. makan sedap. wifi jer tak sampai ke bilik. kat lobi jer laju.  tu yang bil tepon aku melambung sampai RM485.  giler banyak.  p vietnam dulu pun baru rm270.  ni dekat nak kali 2.  jenuh nak bayar. 

Pak Supir plak kami booking dari mesia.  rm300 jugak la kena bayar.  tapi best..  nama supir nya redy.  ke mana2 jer dia temankan.  siap tolong angkat beg palstik yang berboyot333.  maklumla shopping sakan.  kesian dia. berapa kali naik turun tangga masa kat pasar baru. gara2 beg plastik kami dah menambun.

bab makan aku tak puas.  sekali jer aku sempat makan nasi padang.  pastu sekalilagi ayam penyet. yang lainnya makan kat hotel.  tapi kat bandung..makan jer kat hotel...murah. penat pun tak.  harga standard kena makan kita kat sini jer.   berbaloi222

malam terakhir tu aku panggil mak urut datang urut aku dalam bilik.  best gilerrr.  tapi time tu duit tak berapa nak cukup...so urut kaki jer la.  lenkali kalo pi nak urut satu badan lak,  baru berbaloiii2222

tak berapa best sangat trip kali ni.  maklumler pi sehari jer yang sebenar2nya...jadi nak jalan mana2 pun tak sempat.  pasar baru jer dari pagi sampai kol 3 pm.  pastu gi FO 2 ketol..balik tido.
esok aku cuma sempat gi kartika sari.  pastu terus gi epot.  

memang tak best nak jalan2.....

p/s : tak mo letak gambar banyak2...badan sedang memboolat. takleh terima kenyataan.

Tuesday, May 07, 2013

Pocoyo

Melayan budak kecik tengok pocoyo...
Ralit...tak tengok kiri kanan dah..tak cukup dengan tab...la ni tengok direct dari tv. Channel youtube. Puas ati.

Hari ni ammar panjat tangga sendiri sampai ke atas. Takder bantuan langsung. bahaya anak jantan aku ni.takleh lepas langsung.
posted from Bloggeroid

MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

Luahan hati bekas PM....orang yang aku hormati...lahir di daerah yang sama dengan aku.  walaupun beliau digelar lintah darat....kuku besi dan macam2 lagi..tapi sebab dialah...orang melayu dihormati...Malaysia gah di mata dunia.  beliau orang melayu yang memandang ke hadapan.  bagi aku apa yang beliau cakap 20 tahun dulu telah berlaku sekarang.  melayu memang mudah lupa.  melayu mudah termakan hasutan...melayu sanggup mengemis di tanah sendiri.  melayu lupa jati diri.

melayu...bila saja disogokkan benda percuma...terus mara ke hadapan.  lupa maruah bangsa dan agama.  contohnya PTPTN...orang melayu ramai meminjam.  dapat pinjaman sanggup beli henpon mahal..bawa aweksss tengok wayang...berapa kerat sangat yang menggunakan duit tersebut semata3 untuk belajar????  tapi bila nak bayar...PTPTN cekik darah. sanggup demonstrasi semata2 nak minta PTPTN dihalalkan.  mana pegi maruah diri...bila berhutang ..sila bayaraku tak kutuk melayu sebab aku pun melayu....aku berhutang jugak PTPTN...tapi aku bayar sampai habis.  aku malu bila ada melayu yang sanggup menggadai maruah bangsa dan agama semata2 mengejar umpan orang lain...macam ayam...di mana orang tabur dedak di situ ayam menerpa. 

thanks pada presiden pembangkang....kerana berjaya memecahbelahkan melayu.  berjaya memutar belitkan pemikiran orang melayu.  dan sekarang kita buka mata kita luas222....melayu untungkah?????!!!!!!!!!!!

jangan sampai ketuanan melayu hilang di dunia.  
jangan sampai maruah melayu tergadai kerana kuasa
jangan sampai kita menjual hak kita sendiri semata2 mengejar benda yang tidak pasti
dan paling penting..
jangan generasi kita mengemis pada bangsa lain..di tanahair sendiri.

kita marah bila pemimpin kita tak baik..
tapi sekurang2nya pemimpin kita melayu..
walau konon kurang agama..
tapi masuknya kita ke syurga atau neraka bukan mereka penentu...kita sendiri
kita sanggup menyokong bangsa lain..sanggup menjadikan mereka pemimpin..
baikkah kita????
betulkah kita akan ke syurga???
buka mata...buka minda...pikir2kanlah. 

Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya, perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Photo: TULISAN TUN MAHATHIR

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...