Assalamualaikum w.b.t. wahai kesayangan-kesayangan hati hamba...
syukur Allah masih bagi kesempatan waktu untuk kita sesali dosa2 lalu dan kembali kepada fitrah dan membaiki iman yg 'sakit'.
Semalam quit shock la jugak bila
dengar berita indeks JEREBU di beberapa buah negeri di paras bahaya,
terutamanya di Johor dan Melaka. beberapa sekolah kat JB dah kena tutup
utk sementara waktu. banyak aktiviti luar terpaksa dibekukan. macam
kawan saya, gi bercuti Melaka pun terpaksa terperap kat hotel jer sebab
risau kesihatan anak terjejas akibat jerebu ni. dan paling worst kat
Singapore kot. sampai club2 ditutup (bagus sangat ler tuh!).
mungkin kita lihat fenomena jerebu
ni kesan daripada pembakaran hutan di Indonesia. tapi pernah tak kita
sebagai mukmin melihat fenomena ini di sisi yang lain? pembakaran itu
sbg asbab nya sahaja?
dalam Al-Quran, ada satu surah khas menyebut pasal ASAP/JEREBU ni dalam surah ke-44, iaitu Surah AD-DUKHAN (bermaksud: Kabut,Jerebu atau Asap). Surah ini dinamakan Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap
tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap
bagi mempertakuti atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya
kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan
dalam ayat 10 dalam surah ini.
"Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)" [Surah Ad-Dukhan, ayat ke-10]
dan saya terbaca satu hadith: Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA
Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda. lalu baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901)
Marilah kita muhasabah diri banyak2... pandang dan lihat sesuatu
kejadian/hal yg berlaku di luar kotak logik semata. ada banyak
peringatan yang Allah beri. dunia dah tua sangat... dah rosak teruk
akibat perbuatan dan kerakusan manusia. dan kiamat itu dekat... mati itu
bila2 masa. Allahuakbar! kembalilah wahai anak adam... kembali kepada
fitrah diri kita yg sebenarnya suci. kembali ke Jalan Allah... jalan
yang dijanjikan syurga.
Wallahu a’lam (Dan Allah Yang Maha Mengetahui)
Copy Paste dari blog Che Kaki .
Semoga kita semua tersedar dari lena...