hepi bercuti semua..
dah jumaat....cuti 3 hari untuk orang yang tinggal di wilayah..
ya be da be du...
tak de plan lagi nak pegi mana. my dotter dah ada assignment dari cikgu. minggu depan ujian diagnostik untuk tahun 6. kompom my dotter tak cukup tido..tak cukup makan ni. susah hati lagi dia. kesian...tahun 6 pun macam tu dah...tak tahu la nanti kalo PT3. nanti anak pertama PT3 anak kedua pulak UPSR. double la keserabutan i ni. silap2 i yang masuk exam. payah sangat.
tak tahu la kenapa sekarang ni semua parent terlalu kejarkan akademik...(termasuk i la tu)
semalam tertengok citer 'kami prihatin' kat tv berapa entah. masa tu my dotter pun ada sama. topik yang dibincangkan adalah akademik untuk budak2...kebetulan isu upsr. macam2 citer ada. ada yang nak akademik..ada yang tak kisah..ada yang lebihkan kemahiran. makin serabut rasanya.
kejam ker kita2 ni kalau secara tak langsung nakkan anak kita setanding anak orang..
kesian...ni jer masa kanak2 yang diorang ada..
masa yang sepatutnya diorang gunakan untuk kenal dunia..
main permainan sama macam kita main masa kanak2 dulu
kejar layang2 di bendang
buat serunai guna batang padi
sembunyi dalam jerami
tangkap ikan di sungai
anak2 sekarang dah tak kenal semua permainan tu lagi..
hidup diorang sekarang dah jadi eksperimen untuk mak bapak..
terpaksa belajar dari jam 7 pagi sampai 7 malam
malam2 dah terbungkang tido..
bohong kalau aku cakap aku taknak apa2 dari anak aku
of kos aku nak diorang score 6A dalam upsr nanti...
tapi bukan secara paksaan
so..far aku tak cari lagi pusat tuition
biarlah malam2 aku yang ngajar...sejam sehari pun ok. cukuplah tuition di sekolah...tu pun dah cukup penat.
7.30-1.20 sekolah pagi
1.45-3.30 tuiton sekolah
3.30-4.30 kafa
4.30-5.30 mengaji quran
8.00-9.00 siapkan homework
9.00-10.00 belajar
padat sungguh masa diorang...kalau aku pun penat. sama macam kita kerja. kalau kita penat..macam tu la diorang. balik nak marah2 pulak diorang. so far...aku masih ikut lagi nasihat bos aku. sampai rumah..buang semua kerja2. fokuskan pada anak2. rugi...kalau kita masih bekerja masa di rumah. itu jer masa yang kita ada..dan masa tu takkan berulang lagi. alhamdulillah...sejak aku praktikan benda tu..hidup aku makin happy dan bahagia. takde apa yang bermakna dalam hidup kita melainkan keluarga kita sendiri. ingat!!!.
bekal semalam....mee goreng letak telur dan taugeh sahaja. telur mata. dan burger ayam n cheese. untuk si kecik...roti di sapu dengan nutella jer. tu pun cukup sedap untuk dia |
bagi menggantikan masa aku yang tidak bersama diorang masa bekerja....ni jer la yang aku boleh buat. sekurang2nya mereka masih tahu....ibu mereka sentiasa menyayangi mereka.
bekal hari ni...takde kafa. so...hanya makan untuk waktu rehat jam 10 pagi sahaja. untuk my princess nugget, wedges dan tortilla telur. untuk my son..nugget wedges dan lempeng cicah gula. |
actually lempeng tu la sarapan anak2 aku pagi tadi...cicah kari ikan tak habis semalam. kari yang semalaman..lagi best tau!!! sedap kalau kena cicah. |
esok cuti...yehaaaaa!!!!!