Friday, October 29, 2010

Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat…

aku tak tau nak tulis apa hari ni...tapi aku rasa nak tulis sesuatu. dalam tengah boring2 bershangwang ni...terjumpa plak artikel ni. rasa sesuai untuk dikongsi bersama. terutama sekali pada geng2 perempuan yang tak sabar2 nak tunggu kedatangan hari jumaat pada setiap minggu. macam aku la...aku suka hari jumaat. antara sebab2nya ialah :

1. hari last day keje...
2. waktu keje yang pendek dan waktu rehat yang panjang
3. mood nak buat keje pun dah kurang...bos nak marah pun tak heran dah pasal tak jumpa lepas tu 2 hari.

tapi bila baca artikel ni...rasa macam jumaat2 yang aku lalui selama ni sia2 jer...insap sekejap(sekejap jer....). heheheh tiap2 kali jumaat mesti ada jer plan yang aku n the geng atur. antaranya ialah tengok wayang dan karaoke. cam hari ini aku gi shopping kat alamanda...kira habis baik la tu. tak mo citer2 panjang...jom baca....


Salam Jumaat,

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.


Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).
Wallahualam

rasa kecik ati plak baca artikel ni. cam nak perli aku jer....
ye ler!!! aku tau setiap kali jumaat aku macam hantu yang terlepas ikatan...tapi nak buat camna..itulah saat aku merasai kebebasan. lega ooo kalau 3 jam keluar dari opis. rasa lepas segala tekanan dan beban.

tapi tu ler...sepatutnya setiap kali jumaat aku banyakkan ibadah. macam orang2 lelaki...dapat gak pahala kalo gi solat jumaat...bentang sejadah.

p/s : harap2 aku sempat sambut jumaat depan...

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...