Minggu ni aku terpaksa amik cuti kecemasan 2 hari. Si Aina kena sakit kaki, tangan dan mulut. Masa mula2 dia mengadu sakit mulut. Masa tu hari Rabu. Bila aku check tengok dalam mulut dia ada ler dalam 9 biji ulser. Tu yang aku nampak dan sempat kira la...kesian aku tengok. Kalau kita yang tua ni pun..satu biji dah sakit. Macammana la gamaknya budak2 bertahan. Hari Khamis aku amik cuti kecemasan untuk bawa dia g klinik. Masa jumpa doktor, tak suspek la plak nak kena sakit tu...pasal kat tapak tangan dan kaki takder lagi. Doktor cuma bagi ubat sapu dan antibiotik jer. Hari Jumaat pagi aku dah perasan kat tapak tangan dan tapak kaki dah ada biji-biji gelembung air. Cuak juga. Tapi pagi tu aku gagahkan juga pegi opis. Mana dok pikiaq keje bertimbun...mana nak pikiaq anak lagi. Pening juga masa tu. Rasa tak sedap hati...last2 dalam kol 11 aku cabut dari opis bawa dia pegi jumpa doktor klinik pakar kanak2 kat Puchong. Doktor sahkan dia kena sakit Kaki, tangan dan mulut...dan kena kuarantin selama 10 hari sehingga gelembung2 kat tapak kaki dan tangan dia kecut. Walaupun keje banyak kat opis, hati tak senang..tapi anak lagi utama dan penting. EL lagi sehari la aku.
Hari Sabtu plak, tiba2 jer badan Ain panas. Bila check dengan termometer suhu badan dah 38.4...hurmmm si Aina tak okey lagi, si kakak pulak sambung demam. Pening juga la kepala aku. Nak jaga dua orang budak demam bukannya senang...merengek macam2. Dalam hati dok pikiaq..kalau la bibik aku tak jadi balik ke sini esok, macammana ler aku nak keje. Tanggungjawab banyak kat opis tu...tak boleh tinggal macam tu jer. Tup2 dalam kol 4 pm, bibik aku telefon...dia nak datang keje dengan aku lagi..lega aku. Masa mula2 memang plan tak nak bibik dah. Ain dengan Aina pun dah besar. Tapi memandangkan keadaan Aina yang agak susah nak hantar ke nurseri...better aku hire bibik. Hehehe...baru 2 tahun Aina tu, dari kecik aku dah amik bibik..jadi mungkin dia dah biasa dimanjakan....dok kat nurseri macam tak ngam jer dengan jiwa dia. So, aku plan..aku akan terus pakai bibik sampai permit dia abis Julai tahun depan. At least, Aina dah 3 tahun...jadi tak der masalah sangat kot nak jaga dia.
Lagi satu, anak2 aku ni leceh sikit nak jaga...si kakak alah dengan panas dan habuk. Kalau salah sikit, terus badan dia jadi gatal2 dan ruam..kalau ruam biasa takper, ni ekzema...pernah 2 kali dia kena ekzema atopik...masa tu kritikal giler..aku pun kesian tengok...badan hamis bau air bisa. Yang kelakarnya...doktor pakar pernah bagitau...budak2 ekzema tak boleh pressure..kalau dia pressure , bintil2 merah akan keluar dari badan dia....dasat kan?!!! Si Aina plak tak boleh langsung minum air ais...terus selsema. So, kalau aku keluar makan dengan diorang...dengan2 aku sekali kena minum air suam.
Ni lah keje aku kalau anak2 tak sihat...nak tidoq pun tak boleh. Takut suhu badan diorang tiba2 naik. Layan jer ler blog2 yang mana ada...
kesian hang..
ReplyDeletesabar33 la dugaan tuhan
salam....tumpang lalu...jes nak share info...wanita2 lepas bersalin jum cuber pakai korset premium beatiful..elok untuk breastfeed,'kemaskan' balik rahim kiter,ilangkan stretch mark..dan juge buah dada dn punggung pun tak jatuh..bleh detect breast cancer juge..jum laaa singgah blog sy and contact sy tuk tau dgn lebeh jelasss:)..semua org dh memilikinya..anda bile lg:)
ReplyDeleteregards
-yg ingin menolong-