Thursday, March 11, 2010

Kursus Kat Intan Bukit Kiara

Hari ni hari terakhir aku kursus kat Intan Bukit Kiara. Hari pertama Cal drive, hari2 seterusnya aku drive ke sana. Macam tak percaya plak aku boleh drive dengan kelajuan 130 km/j. Pastu meredah jem yang teruk kat Federal Hiway. Lepas ni kalau kena kursus kat situ lagi, rasa22nya aku dah boleh drive sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Heheheh.

Kursus yang aku pegi ni adalah Kursus Rekabentuk dan Pembangunan Pangkalan Data. Aku ingatkan kursus ini akan membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran aku di dalam pembangunan pangkalan data. Tapi rupa2nya adalah amat membosankan di mana aku tidak mendapat apa yang aku inginkan. Asik2 belajar pengenalan pangkalan data, ERD diagram, SQL query. Boring tul...dulu masa kursus dengan SCS pun blaja benda yang sama...dengan Encoral pun belajar benda yang sama..masa kat opis lama pun aku mengajar benda yang sama jugak.

Tapi mungkin juga kursus ini adalah untuk orang yang zero knowledge pasal DB, so diajarkanlah basic222. Manalah aku tau..ingatkan nak ajar Dbase mapping ker, Synchronization ker, takpun temporary DB... tu yang aku nak tau sangat tu..adakah praktikal menggunakan tempDB di dalam pembangunan sistem. Tapi bila aku tanya mereka juga tidak mengaplikasikan tempDB di dalam mana2 sistem yang dibangunkan...maka adalah amat frustnya aku. Keciwa...kerana mereka tidak dapat menghuraikan dan menyelesaikan persoalan yang tersimpul selama ini.

InsyaAllah bulan 4 ni aku akan sekali lagi pergi ke kursus DB Administration. Harap2 silibus ni akan cover dbase backup dan synchronization..at least...aku dapat ilmu yang aku kureng tahu. Ntah dapat entah tidak aku pegi kursus tu...rasa macam dapat sebab aku apply sekali dengan kursus ni....tapi tak tau ler bos aku lepas ker idak....harap2 tuhan buka pintu hati bos aku untuk mengizinkan aku pergi berkursus lagi.

Esok dah naik keje...pastu masuk miting JPICT. Huh!!!! boring betul..kompom setengah hari kat situ jer. Aku nak bawa laptop masuk dalam tu...sambil2 dengar orang berbalah dalam tu boleh hapdet blog...at least tak buang masaku yang amat berharga..

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...