Lama tak hapdet blog...dah chantik rupanyer view dia. Harap2 bertambah semangat la lepas nih. Hurrrmmmm....sekejap jer dah hari ke 10 ramadhan. Cepat jer kan????...aku plan nak buat en3 firstday ramadhan pun tak jadi. Keje banyak...bawa balik laptop pun bukannya buka pun kat umah. Rugi plak aku bayar beruk ben tiap2 bulan...pakainyer idak pun. Nak bagi orang takut nak pakai pulak satu hari nanti. Mana ler tau kan...kot222 masa tu mood mencanak222 naik.
Alhamdulillah...rasanya sepanjang 8 tahun aku menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri, rasanya inilah Ramadhan yang paling bererti dan menduga kesabaranku sebagai isteri...Mana taknyer...tiap tahun..aku asik mengunjungi PARAM jer...hari2 pusing PARAM cari lauk apa nak makan hari ini...
Aku masih ingat lagi...tahun pertama aku sambut Ramadhan sebagai isteri..masa tu aku masih belajar..tahun akhir kat universiti.....hubby plak baru start keje..jadi duit memang ngam22 jer (gatai nak kawen sangat..padan muka aku). Hari2 aku akan masak masakan yang paling ringkas. Sejenis lauk dan sayur. Jarang mengunjungi PARAM..sebab nak berjimat. Bila dikenangkan balik....sedey gak rasanya. Tapi pengalaman tak boleh dibeli...sangat berharga untuk aku.
Second year puasa plak masa tu tengah mengandungkan anak kedua..7 bulan. Aku dah dapat keje dengan gomen. Kat Shah Alam. Kete plak ada satu jer. Hubby plak keje kat KL. Hari2 aku kena tunggu hubby amik aku kat Shah Alam...kadang2 aku naik komuter sampai ke subang jaya...pastu tunggu hubby kat situ. Buka puasa kadang2 dalam kete...kadang2 kat tempat menunggu. Sungguh memenatkan. Mana nak bawa perut lagi...Tapi manis bila dikenang...sungguh mencabar idup kami.
Tahun ketiga...kami dah agak stabil..aku dah beli kete sendre. Jadi asal abis waktu keje jer..aku akan rempit balik ke rumah. Makanan...aku still beli. Sebab tak pandai masak sangat masa tu. Sungguh tak sedap kalau aku masak. Lagipun masakan aku selalu tak kena dengan tekak laki aku...kutub utara selatan ..mana nak sama kan???? Sampai ler tahun ke empat aku macam tu...teruk kan bila dikenangkan kembali.
Tahun ke lima hingga ke tujuh...aku dah hire bibik...anak pun dah tambah sorang lagik. Jadi everyday aku akan masak. Tapi masa tu hubby aku still akan beli gak makanan kat luar. Sebab masa tu...hubby suka makan banyak (ceh!! alasan..padahal aku msk tak sedap kot...) Tapi aku buat dono jer...dengan aku pun makan banyak gak.. orang puasa berat turun..aku makin bertambah. sama gak dengan laki aku...makin gomuk. huahuahua..
Tahun ke lapan....Rasanya inilah Ramadhan yang paling indah untuk aku. Sungguh betul orang kata tahun pertama hingga tahun ke enam berumah tangga adalah tahun untuk saling mengenali hati budi..mencari keserasian dan persamaan..mengenalpasti perbezaan. Tahun ke tujuh hingga kesepuluh adalah tahun paling bahagia dalam rumahtangga...dan tahun seterusnya akan mencabar kembali...Ini kata2 seorang pakar psikologi dan kaunseling yer...bukan aku suka2 kata. Tahun ini..anak aku yang sulung sudah mula berpuasa penuh. Alhamdulillah hingga ke hari ini, Ain masih lagi bersemangat untuk berpuasa. Dan puasa tahun ini juga..aku tak pernah menyopping di PARAM..dan hubby jugak lebih suka masakan aku daripada membeli di luar. Dan tiap2 hari hubby aku macam tak percaya juadah yang aku sediakan dimasak sendiri oleh aku. Biasanya aku akan tanya hubby..apa yang nak dimakan...dan esok akan tersedialah makanan kegemaran dia di atas meja. Harap2 aku dapat kekalkan tahap kerajinan aku sehingga ke tahun2 seterusnya.
Beginilah kisah Ramadhan aku...Selamat berpuasa kepada semua kengkawan...Maafkan aku jika ada salah dan silap...