- Bulan Puasa - Takut tak larat sebab first time pegi.
- Tak sanggup nak tinggalkan anak2
- Tahun depan la pegi..bawa anak2 skali..
Harap2 hubby selamat kat sana....tenang menjalani ibadah...semoga pulangnya hubby ku nanti akan menjadi lebih baik dari dari hari2 sebelumnya. Jangan balik nanti suh aku pakai tudung labuh udah...tak bersedia bang.
Time bebuke pose sungguh sunyi...takder tukang baca doa...time sahur pun sunyi...takder orang nak makan banyak. Aku pun tak sibuk sangat nak masak 12 hari ni. Masak apa yang ada untuk Ain sahaja. Aku??? aku tak makan nasi..jadi aku makan kuih2 sahaja. Kalau lapar sangat aku makan oat bancuh dengan horlick. Sebab aku tengah berdiet...jadi makan adalah perlu dikurangkan. Tapi sungguh sunyi...takder teman nak berborak...nak bergaduh,..nak berebut remote tv...nak gi terawikh.
Aku tak pesan banyak pada hubby....cuma belikan aku 5 pasang jubah yang cantik..tinggalkan aku duit agar aku boleh berjalan mengisi keboringan sepanjang ketiadaan hubby dan paling penting doakan agar rumahtangga kami berkekalan dan bahagia sampai ke syurga...aminnnnnnnn
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...