Sunday, October 31, 2010

Weekend


Semalam sungguh bz...seharian aku sibuk dengan kelab aku...chewahhh!!!!! aku dah join kelab sekarang. kelab wanita2 berbisness!!! huhuhuhu. so, semalam aku menghadiri discussion dan belajar serba sedikit pasal marketing. sepatutnya hari ni ada lagi..tapi aku taknak la over bz...kesian anak2 aku.

balik dari perjumpaan kelab tu..aku bawa anak2 aku gi swimming. dengan aku2 sekali berdugong. best!!! lama tak swimming...rasa buncit prot. so, malam tadi aku dapat buat 14 lap. lega. balik timbang..turun ler dalam 300g. hahahaha!!! takder effect pun. tapi berenang bukan setakat nak menurunkan bentuk badan...tapi nak mengtoughkan badan...kasi pejal dan montoksss!!! eeiiyeeek!!!...

Malam tadi juga aku telah menregisterkan anak aku untuk kelas swimming. Dah lama aku plan camtu...tapi tak pernah berkesempatan. jadi semalam aku nekad...no more pikir2..aku trus jumpa owner kelas tu dan daftar sekali dengan beli baju swimming baru untuk dioarang. hehehe!! baju swimming aku pun dah kena beli baru..dah longgar2 dah. maklumler dah ilang almost 14kg. mana boleh swimming baju longgar2 ni....nanti tak meluncur dengan laju. auwww hilang gaya nanti!!! (marah nanti orang yang pakai baju swimming muslimah).

Picca 2day:

si aina dari pagi tadi pakai swimming suit dia. tak buka2. chewii...kalo bab posing serah jer kat dia.







si ain sedang sibuk menyiapkan homework kumon. hari2 ada homework. pada pandangan aku, bagus juga hantar kat kumon ni...bayarannya pun sedang2 saja. kelas pun flexible...worksheet pun everyday dia bagi. masa ni ler nak ajaq dia berdisiplin...hari2 kena check ada homework ker tak. Tengok ler homework dia...bersusun2 ikut tarikh.



ini homework yang berulang2. Kumon akan bagi sheet yang berulang. motip adalah untuk memastikan anak2 kita paham apa yang dia buat.


Friday, October 29, 2010

Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat…

aku tak tau nak tulis apa hari ni...tapi aku rasa nak tulis sesuatu. dalam tengah boring2 bershangwang ni...terjumpa plak artikel ni. rasa sesuai untuk dikongsi bersama. terutama sekali pada geng2 perempuan yang tak sabar2 nak tunggu kedatangan hari jumaat pada setiap minggu. macam aku la...aku suka hari jumaat. antara sebab2nya ialah :

1. hari last day keje...
2. waktu keje yang pendek dan waktu rehat yang panjang
3. mood nak buat keje pun dah kurang...bos nak marah pun tak heran dah pasal tak jumpa lepas tu 2 hari.

tapi bila baca artikel ni...rasa macam jumaat2 yang aku lalui selama ni sia2 jer...insap sekejap(sekejap jer....). heheheh tiap2 kali jumaat mesti ada jer plan yang aku n the geng atur. antaranya ialah tengok wayang dan karaoke. cam hari ini aku gi shopping kat alamanda...kira habis baik la tu. tak mo citer2 panjang...jom baca....


Salam Jumaat,

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.


Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).
Wallahualam

rasa kecik ati plak baca artikel ni. cam nak perli aku jer....
ye ler!!! aku tau setiap kali jumaat aku macam hantu yang terlepas ikatan...tapi nak buat camna..itulah saat aku merasai kebebasan. lega ooo kalau 3 jam keluar dari opis. rasa lepas segala tekanan dan beban.

tapi tu ler...sepatutnya setiap kali jumaat aku banyakkan ibadah. macam orang2 lelaki...dapat gak pahala kalo gi solat jumaat...bentang sejadah.

p/s : harap2 aku sempat sambut jumaat depan...

Promosi Sekejap

Tuan2 dan Puan2...



Layari lah Herbalife untuk mendapatkan badan yang kurus , langsing dan sihat dengan cara yang selamat. Herbalife bukan setakat untuk mengurangkan berat badan..tetapi boleh juga digunakan untuk mengekalkan berat badan dan memelihara kesihatan anda. kalo nak tau lebih lanjut...sila kunjungi My eShop




Selain itu, tuan2 dan puan2 juga boleh mendapatkan Telekung Dua Lapis (cotton) yang selesa dengan harga yang berpatutan. Dijamin tidak panas dan tahan lama. Layari juga My eShop untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Promosi dilanjutkan sehingga 30 November 2010. Jangan segan222...kalo segan rugi!!!





HomeWork

Semalam aku tak berjaya untuk apdet blog....bz...tak sempat nak mengarang sepatah dua kata. so hari ni, aku nak curik sedikit masa untuk mengeluarkan en3 peribadi aku..fuh!!! intro..bergulung2 lidah...




i




cerita adalah merujuk kepada picca di atas..

pagi ni masa tengah bawa kete tu..tiba2 ain bagitau " mama, ain tak buat homework" . pastu aku selamba badak suh dia keluarkan buku then buat dalam kereta. bukannya aku kejam tapi pasal pernah dia bagitau dia kena berdiri dalam kelas sebab tak siapkan homework. tu ler malam tadi gatal lagi bawa anak aku gi shopping kat giant..pastu gi karaoke plak. lupa plak nak tanya pasal homework dia. hampeh btol!!!! mak sapa la tu...

pastu dia cakap apa tau...."mama bukannya pandai nak ajar ain buat homework ni..teacher jer yang pandai." wah!!!! tercabar aku...aku suh dia buka buku...siapkan dalam kete jugak. sekali buka..alahai bahasa melayu jer...

so..dalam kete tadi aku jadi cikgu bahasa melayu ler. dasat jugak budak sekarang ni..kecik2 dah belajar kata nama, kata sifat, kata kerja, ayat tanya...dan bla222 lagi la. aku pun dah ingat2 lupa. harap2 bila dia naik darjah satu nanti...takder masalah sangat la untuk dia blaja.

kesian aku tengok....terhoyong hayang menulis dalam kete...tulisan pun senget benget. nak buat camner...nasib baik kelajuan aku drive ala2 ayu cenggitu...sempat la dia siapkan 2 homework...ada lagi 3 soklan aku suh dia siapkan kat kelas sebelum teacher masuk.

p/s : moral of the story...pastikan homework222 anak anda siap sebelum ajak dia pegi berpoya22..

Wednesday, October 27, 2010

"Transformer : Revenge of the Fallen"

aku tengah layan citer "Transformer : Revenge of the Fallen". betoiii ka????

first time tengok citer ni...walaupun dah basi. memang seronok. ala2 terminator pun ada. memang hebakk la kalo omputih buat pilem. dasat. habis semua teknologi diorang guna. kalo kat mesia paling hebat pun adik beradik KRU. ada la pakai teknologi sket. kalo yang lain asik cerita cinta dan taik mata jer...buhsan aku.

ok aku tengok dulu..walaupun robowarrior tu aku tak kenai masa satu baik mana satu jahat. sampai laki aku naik cemuih la pasai aku dok tanya "yang ni jahat ka baik abg??" sat2 tanya lagi "robot ni baik ka dak??" pastu tanya lagi "depa nak cari apa tu???" pastu 4 kali tanya laki aku pun buat tak dengar ja...jenuh aku dok fokus sorang2...

aku nak tengok dulu la...laki aku dah tak layan dah kalo aku tanya ni..

p/s: pasai apa dia cari sam yer????

Tuesday, October 26, 2010

Kesan Mengadap Komputer Terlalu Lama

bersiaran secara langsung dari pusat tuition kumon...

penatnya hari ni...dari pagi ngadap lappy...then start miting seksyen from 11.30am until 1.30pm non stop...after lunch continue with discussion about system candidature sampai kol 6pm. sambil2 tu tolong team konsular pasal data migratension. sampai rumah trus pickup my dotter bawa ke sini untuk tuition. now berblogwalking sambil menunggu my dotter abis class. penat kan???? pas ni nak ke shah alam lak hantar barang...uuhhhh!!!! ini kah pengorbanan seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya(piiiraahhhh!!!!!)?????

sambil2 dok melepak tunggu anak ni....sempat aku mencari sedikit ilmu untuk dikongsi bersama...jommmm layaannnnnzzzz!!!

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

ni yang aku takut ni...dahla kat opis seharian mengadap lappy...balik umah pun ngadap lappy...mata dah naik buntang...kepala pun dah start sakit...badan pun dah rasa nak demam. esok ada miting...nak present sistem yang tak siap lagik...memang cari bala la aku esok...menempah sengsara...

p/s : boleh tak nak tampal article nikat pintu bilik bos???

Monday, October 25, 2010

My eShop

Syukur ke hadrat Ilahi...akhirnya impian aku nak buka eShop tercapai juga. Bukannya apa..saja nak bebas daripada tekanan sebagai penganalisa sistem. tukar bidang pulak.

terima kasih kepada pelanggan yang telah menyoping di My eShop....semoga kunjungan kalian akan terus berpanjangan. jangan serik untuk menyoping lagik di situ ye...aku bagi harga cun punya.

Pelanggan pertama Cik Puan Suhana....thank you very222 much!!!....kalo nak tips diet dengan herbalife...jangan segan2 call aku. pada Pn Suraya dan Pn Ida...esok aku hantar barang korang pulak yer...tunggu!!!!

p/s : jangan lupa..aku juga jual telekung....

Sunday, October 24, 2010

Tip Elak Dimarahi Bos, Walaupun Keje Tak siap

Cuba anda bayangkan…

Anda adalah seorang pekerja yang baik dan berdedikasi. Anda sentiasa melaksanakan tanggungjawab anda dengan sepenuh perhatian. Anda juga seorang rakan sekerja yang baik. Kerana itu, anda selalu membantu rakan sekerja anda yang menghadapi masalah, tidak kira samada ianya masalah kerja atau masalah peribadi..

Oleh kerana anda terlalu baik, anda sering dipergunakan oleh rakan sekerja untuk melaksanakan tugas yang tidak ingin mereka lakukan. Akibatnya, anda mengalami lambakan kerja..

Adussss.. Bos pula meminta anda menyerahkan satu tugas yang belum anda siapkan sepenuhnya.. Bagaimana ni?

Anda rasa anda pasti dimarah oleh bos kerana kerja tidak siap..

Okey, berhenti membayangkannya.. Sekarang, cuba anda beritahu saya apa yang anda akan lakukan dalam keadaan sedemikian?

Sebenarnya aku terbaca satu post di blog WanWma tentang Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar. Aku bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh WanWma.. Cuma apabila membacanya aku teringat cara yang aku gunakan untuk melepaskan diri dari kena marah apabila kerja tidak siap..

Berbalik semula kepada persoalan pokok, apa yang anda akan lakukan apabila kerja yang diberikan oleh bos anda tidak siap sedangkan due date nya telah tiba?

Apa Nak Buat Ni?

Ya, bagi kebanyakan orang, anda mungkin juga seperti aku suatu ketika dulu.. Dua cara.. Cara pertama, mengelak dari berjumpa dengan bos sepanjang hari due date itu sementara aku cuba menyiapkan kerja tersebut sepantas mungkin.. Cara kedua adalah jumpa bos, beri alasan dan terima sajalah kemarahannya itu..

Dan seperti yang anda dapat bayangkan, di akhir kedua-dua cara itu, memang aku tetap juga kena marah kan.. Bila kena marah, aku stress..

Rakan aku berikan aku satu tips.. Yang akan aku ceritakan kepada anda.. Nak tak?

1 - Bos Juga Seperti Kita

Sebenarnya mudah saja.. Pertama, jangan anggap bos itu sesuatu yang menakutkan.. Sesuatu yang makan orang.. Sesuatu yang kerjanya hanyalah nak marah aje.. Sebaliknya, kita bayangkan bos adalah seseorang yang berhati perut, sama seperti kita..

2 - Mesti Ada Sedikit Hasil

Kedua, sediakan kerja yang perlu dihantar itu, walaupun ianya belum siap.. Jika separuh siap, maka print lah yang separuh itu.. Jika ada bahagian yang masih lagi kosong, print lah dalam keadaan yang kosong itu.. Tetapi janganlah pula sebenarnya anda memang tidak melakukan apa-apa pun ke atas kerja tersebut..

3 - Jumpa Sebelum Dicari

Ketiga, berjumpalah dengan bos anda sebelum dia mencari anda.. Beritahu dia bahawa anda sedang menyiapkan kerja yang dimintanya tetapi belum siap.. Berikan alasan anda - yang munasabah.. Seperti anda menunggu maklumat daripada orang lain, komputer anda dimasuki virus malam tadi hehehe.. dan apa juga seribu satu alasan yang logik.. Pastikan yang bos anda tidak tahu tentang komputer jika anda ingin beri alasan komputer rosak..

4 - Tunjukkan Apa Yang Ada

Keempat, tunjukkan hasil kerja anda yang separuh siap itu.. Bos akan percaya anda telah berusaha jika anda menunjukkan bukti kepadanya - walaupun tidak sempurna.. Berbanding jika anda hanya bercakap anda ada buat, tetapi tanpa bukti..

5 - Tempoh Baru

Kelima, minta tempoh baru untuk menyelesaikan kerja tersebut..

Dalam semua situasi yang berlaku ke atas saya, saya berjaya melepaskan diri dari kena marah setiap kali.. Dan kebiasaannya bos akan lebih percaya kepada saya dan mereka merasakan saya adalah seorang yang bertanggungjawab.. Malah, lebih dari sekali, bos akan memuji sikap saya dan memberitahu apa yang saya lakukan itu adalah tindakan terbaik.. Dan akhir sekali, saya akan mendapat lebih masa untuk menyiapkan kerja tersebut..

Tetapi awas, jangan ulang taktik ini kali kedua untuk kerja yang sama.. Dan pastikan juga anda ada sebab yang baik untuk tidak menyiapkan kerja tersebut..

Selamat mencuba!

Saturday, October 23, 2010

Futsal @ Sports Planet Ampang







ni gambar2 aku main futsal semalam

game pertama
KLN (0) vs KASKEP(0)

aku main sekejap....dalam 4 minit. masa permainan adalah 10minit. tu pun semput macam apa lagik.

game kedua
KLN(2) vs PENERANGAN(4)

aku main separuh masa pertama. position adalah sebagai defend. seronok. disebabkan masa permainan cuma 10 minit..kami kena bagi semua ahli pasukan merasa untuk bermain. poyo jer kan??? harus ler kena bergilir2.

team dapat masuk pusingan kedua...ikut mata.

KLN(0) vs KWSP(4)
naseb baik aku tak main masa ni. Ya Allah...besar2nya team KWSP tu. Ada budak lelaki sebelah aku siap sound lagi " keeper KWSP tu badan dia saja dah separuh gol." patutler kami kalah.(huhhh!!! alasan semata2)

Ulasan aku : team KLN kena banyak buat latihan.

apa pun aku seronok main futsal semalam...dan nak jadikan futsal sebagai kerjaya tetap la lepas ni....

Tips Buat Minit Mesyuarat



hari ni aku kena siapkan dua minit mesyuarat...walaupun hari cuti aku tetap kena siapkan sebab hari senin bos dah nak tengok. macam hampeh!!!!!...

nak buat minit mesyuarat bukannya senang....nampak jer senang just ayat macam karangan surat chenta. boleh karang2 sambil pejam mata...atau sambil tengok tv. nak buat minit kena ada feel...kena betul menghayati miting yang dihadiri. seksa sungguh...kalo tertinggal satu percakapan mau mati kutu nak cari fakta..masa tu baru terfikir..fakta ker auta..hehehe tambah2 lagi kalo penyemak memang teliti habis. memang naya kalo buat cincai bancai..silap2 kena keronyok kertas tu depan idung sendri...atau kena amik kertas minit tu buat lap air mata lepas kena hambur 4 dasss. tak sanggup aku...sebab tak sanggup tu la..miting hari jumaat rabu..sampai sekarang tak siap lagik..padahal kalo syarat...3 hari lepas miting minit dah kena hantar. aku dah melanggar syarat tu. bangganya aku!!! huhuhu.

rasanya sepanjang aku keje kat sini..sebulan aku wajib buat 2-3 minit mesyuarat. tiap2 minggu ada miting...seksa setiap kali nak buat minit. macam nak nangis. Untuk pengetahuan ada 2 jenis mesyuarat yang biasa diadakan di sini...iaitu :

Mesyuarat Bersiri
Berkala dan ada kesinambungan
Melebihi sekali dalam tempoh tertentu
Ahli mesyuarat mengikut jawatan/fungsiu
Agenda mesyuarat tersusun dan tetap
( ni ler yang selalu aku kena buat. tiap2 minggu ada....sampai tahap jemu dan nak termuntah....asik2 ulang benda yang sama...kena marah pun macam sama...tukang marah pun orang yang sama)

Mesyuarat Khas

Ad-hoc
Sekali atau beberapa kali mengikut keperluan
Ahli mesyuarat terdiri dari pelbagai kepakaran
Agenda mesyuarat ringkas tetapi mendalam/terperinci
Nama mesyuarat menjelaskan tujuan / fungsi
(ni mesyuarat pasal projek...bila ada yang tak puas ati jer..trus panggil buat mesyuarat. masa ni ler nak dengar leteran maut...baik pakai kapas sumbat kat telinga...pastu nak amik minit miting..kalo marah2 tu wajib ke tulis dalam minit miting???)

sebab apa bos aku sibuk suh buat minit kalo2 ada miting/perbincangan??? sebabnya sekarang ni mampu dok pantau...audit pun pantau. apa saja yang kita bincangkan kena dicatatkan hitam dan putih. tak boleh terlepas satu pun. lagipun kata ex bos aku...minit mesyuarat adalah bukti apa yang dibincangkan dalam mesyuarat sebab orang akan lupa apa yang dicakapkan oleh mereka konon2 juga sebagai bukti kita dah cuba ikhtiarkan walaupun kadangkala tindakan tak diambil. di bawah adalah kepentingan minit mesyuarat...zassssss...

Penting sebagai;
Laporan
Rekod
Rujukan
Mengambil tindakan
Menggambarkan peribadi pengerusi, setiausaha dan ahli mesyuarat
Imej Jabatan/Kementerian

ni ler peringkat2 nak buat minit mesyuarat. jangan ingat senang nak buat....bukan macam karangan biasa hatta surat cinta sekalipun...tak boleh hentam kromo..kalo tak mo kena hentak dengan bos...kena ikut step yang telah diberikan, iaitu :

Peringkat Persediaan
- Mengetahui agenda
- Mengetahui Minit Mesyuarat yang lalu
- Membaca semua kertas kerja
- Mengetahui latar belakang ahli

Semasa Mesyuarat
- Tumpukan perhatian kepada perbincangan
- Ambil/buat catatan perbincangan
- Guna perakam suara
- Gunakan juru teringkas

Peringkat Penulisan Minit Mesyuarat
Draf minit dan serahkan untuk kelulusan Pengerusi dalam masa 3 hari selepas mesyuarat
Minit mesyuarat diedarkan selewat-lewatnya 7 hari selepas mesyuarat

susah kan????? bukan senang nak buat mesyuarat. pernah skali aku pakai perakam suara. memori dan bateri cuma tahan 2 jam....miting plak sampai 4 jam..pas tu org2 besar miting bukan pandai cakap bahasa melayu...bahasa inggeris plak tu. apa yang aku buat...??? aku buat minit pastu aku pas kat bos2 yang hadir..suh dioarang check...betol tak apa yang aku tulis..then diaorang betulkan kalo salah. cara yang agak biadap..tapi bagus untuk melepaskan diri sendre. hehehe. yang kat bawah ni plak panduan penulisan untuk buat minit mesyuarat...penting!!

panduan penulisan

FAKTA, bukan tanggapan peribadi
PADAT, bukan bercerita
TEPAT, bukan panjang berjela
JELAS, bukan berkias dan berbunga-bunga
BAHASA TULISAN, bukan bahasa lisan
BAHASA ISTILAH, bukan loghat tempatan
PROFESYENAL, tunjukan kematangan

bos aku selalu marah...pasal minit aku ada pakai bahasa perbualan. Ya Allah..aku kira paling sedap dah ayat yang aku buat..rupanya salah jugak. kadang2 terpikir gak dalam hati aku ni..."buat sendre ler kalo ko rasa ayat ko tu sedap sangat!!!"

ciri2 minit yang baik
TULIN
LENGKAP
TEPAT
BEBAS DARI KERAGUAN
KUPASAN ISU/PERKARA POKOK
RINGKASAN PERBINCANGAN
KEPUTUSAN
TINDAKAN PIHAK TERLIBAT

ha!!! ni ler paling penting...minit yang baik kena ada semua perkara di atas. setiap yang dibincangkan mesti ditulis kata putus...contoh macam "akan dibincangkan bersama bahagian ini secepat yang mungkin" atau "akan diambil tindakan " atau "bahagian mengambil maklum" walaupun takder keputusan yang tepat...tapi at least dah ada tindakan. pastu tindakan kena btol2 tepat pada pihak yang terlibat. kalo letak pihak yang tak terlibat mau kena hamun lepas tu. pastu kalo ikut bos aku...bahagian yang paling utama kena letak nombor 1...pastu diikuti oleh bahagian seterusnya. yang ni ler..jangan sesekali salah..kalo takmo dapat jelingan maut dari bos.
struktur minit
BERPANDUKAN AGENDA DAN URUTAN PERBINCANGAN
PERUTUSAN PENGERUSI
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
PERBINCANGAN
PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA
HAL-HAL LAIN
PENUTUP

sila ikut struktur di atas untuk memastikan minit anda tidak ditendang keluar atau diminta untuk didraft kali ke2.

okey...aku dah kongsi semua tips untuk buat minit mesyuarat...dan sampai sekarang minit mesyuarat aku tak siap2 lagik. silalah bos untuk pelangkung saya sedas dua....

Friday, October 22, 2010

Giant Hypermarket, Seri Kembangan

Aku nak kuarkan en3 ni malam tadi....tp tak boleh sebab en somi ada. takut kena marah pasal 24 jam dok ngadap laptop. dahler keje ngadap laptop...balik umah sampai2 dah on laptop. connect to internet..pastu baru terhegeh2 nak buka tudung. mau kena pelangkung kalo aku buat camtu kalo en somi ada. harussssssler aku menjadi sorang istri yang solehah..balik umah...buka tudung..baju dan buka segala apa yang boleh dibuka..masuk ke dapur..keluarkan ayam or ikan...siang bawang..letak kuali atas dapur...pastu masak...harus purak2 rajin cenggitu. so...disebabkan aku kena jadi istri solehah malam tadi...maka en3 ini dikeluarkan pada hari ini.


oh ya!! aku nak citer pasal Giant baru kat seri kembangan yang telah dibuka secara rasminya semalam...memandangkan aku ada game futsal pagi semalam dan kol 12 tengahari aku dah relax..maka aku pun turut serta meraikan hari pembukaan tersebut. oh!!! sungguh ramai orang. rasanya aku tak pernah jumpa lagik orang ramai kat mana2 giant macam semalam..mungkin sebab hari pembukaan kot...barang2 banyak yang dipromosikan. harga pun kurang la sket..macam susu..pampers..barang basah..shampoo dan macam2 lagi lah....tapi biasa lah..kalo kurang pun..ada yang aku tak pakai barang tu..tak juga untungnya. Aku cuma amik susu jer 8 paket. kalo drypers anak aku tak pakai...rugi btol. giant tu dua tingkat...bawah lot2 kedai...giant hypermarket kat tingkat 1 jer...jadi yang bestnya pasal ada lot2 kedai tu ler...macam2 ada..meriah.!!!! pusat karaoke pun ada...lepas ni takyah la aku gi alamanda untuk karoks kalo dah kat giant ada. cuma harga jer aku tak survey lagik.



Giant...peneraju harga terendah...dah ada giant rupanya kat kawasan umah aku ni...sebelum ni ada JJ jer...paling hebatpun pasar borong...dengar citer carefour pun dah naik kat bukit puchong...harus meriah lepas ni alam sanctuary....kompom harga umah kawasan ni melambung...takpun kete yang melambung2 sebab jalan yang akan jem...


nak parking pun kena beratur panjang...terlalu ramai umat manusia. ingatkan tak ramai orang sebab hari keje...rupanya ramai jugak!!


nak snap picca motor...kete ni plak gi block. motor pun punyer ler banyak. hebat tol giant ni..hari pertama jer ler kot!!!





my dotters...mana2 pegi asal ada mainan...diorang nak main. RM10 harus habis untuk main. masa aku kecik2 dulu takder pun mainan camni. jeles btol!!

pas habis ronda kat giant around kol 5 pm cenggitu...aku beredar plak ke JJ equine. rasanya..aku lebih suka shopping kat jj. sebab orang tak ramai...tenang jer nak bergerak. tapi semalam..kat jj memang lengang gila. boleh berguling2 kat lantai lagik. memang nak jumpa umat manusia pun payah...kecuali casher dengan promoter la. tujuan aku gi jj sebab nak cari kasut futsal. 3 kedai aku pegi...tapi takder saiz aku. nak cari saiz 3 @ 4. tapi malangnya kasut futsal paling kecik adalah saiz 5...maka pulangler aku dengan hasil tangkapan yang lain. tetap membeli...rugi dah sampai tak beli.



jusco yang agak lengang...parking melambak2 hok!!...




picca ehsan dari kedai BATA..


selsesai sudah aktiviti menjelajah dua buah pasaraya bermula dari jam 2pm sampai kol 8 pm. hanya pegi pasaraya yang jauhnya tak sampai 1km dari umah aku. orang kedah kata cheewii...heheheh


Thursday, October 21, 2010

PhotoBucket

Tensen tol aku dengan photobucket blogspot ni...senang2 jer nak mover or delete picture. habis rosak template aku....

mula2 aku cari gak..pesal tetiba template aku keluar piny!@#$%... ntah apa ntah...sekali bila tanya uncle google rupanyer image tu dikeluarkan daripada photobucket google. hampeh sungguh...

ok..itu saja untuk hari ni..
nak gi merasmikan giant baru kat seri kembangan..belakang umah aku.
tengok pagi tadi kete beratur sampai ke petronas..
sekarang entahlah..
harap2 ada ler parking untuk aku...

Wednesday, October 20, 2010

Tugas Penganalisa Sistem

Di bawah aku senaraikan tugas2 penganalisa sistem....ya!!! tugas aku sekarang..yang aku celok daripada laman web JPA...khas untuk sesapa yang teringin nak jadi SA...nak rasa pressure yang berlebihan...aku rasa semua2 tugas2 tu aku dah buat...cuma tak terasa sebab buat ikut suka...tak sedar pun selama ini aku dah menjadi seorang SA yang dah mengikuti semua piawaian JPA....huhuhuh.
*
*
*
Menyelaras dan membantu memulakan (intiate) dan memperkembangkan inisiatif baru untuk membantu fungsi pengguna meningkatkan produktiviti kerja perkhidmatan awam.
(ni yang paling aku malas...kadangkala bila masuk miting...present sistem lain..tiba2 bahagian lain request sistem untuk bahagian mereka plak. siap cakap..bahagian @@@ ada sistem kenapa bahagian kami tak boleh ada sistem. sampai aku pening nak pikir sistem apa yang diorang nak sebab bahagian diorang tak der ler plak proses...)

Merangka keperluan pelanggan, membuat analisis SWOT strategi dan jika perlu, menyelaras bagi diadakan kajian kemungkinan dan prototyping.
(time present prototyping tu ler..ada user yang nak ubah itu ini...masa stadi requirement tak ingat plak...ada plak tu request sistem..tapi nak ajak diskas pasal requirement tak pernah ada masa...nak jumpa pun payah. bila dah siap baru nak komen itu ini...)

Menyediakan cadangan dan rancangan IT untuk mendapatkan peruntukan dengan kaedah selective sourcing.
(berita sedih...takder outsource untuk tahun depan...dengar citer 10 system kena develop in-house...botak kepala lepas ni..tak yah makan herbalife..akan kurus akibat pressure melampau)

Memberi nasihat dan bantuan (first level support) kepada pengguna.
(huhhh!!!! penat...hari2 ada jer support aku kena bagi...ada yang lupa camner nak guna sistem...ada yang kena bagi training balik..ada yang tukar kata laluan pastu lupa pastu yang bestnyer...ada yang hantar emel maki222 sebab sistem tak boleh nak akses hanya disebabkan network kat tempat dia yang problem...pening!!!)

Mengendali dan menyelaras perkembangan sumber tenaga manusia, rancangan kursus format dan latihan kakitangan dalam IT termasuk kursus asas applikasi IT, perhubungan awam dan program publisiti.
(nak muntah gak kalo selalu buat training....tambah2 kalo user tak faham2...pastu tambah hampeh kalo time training sistem buat dajal..)

Membuat laporan mingguan tugas yang dilaksanakan (daily tasks / training / seminar / mesyuarat / problems / issues).
(dulu leh la buat...sekrang mana ada masa nak buat..buat dono boleh ler....)

Mengurus projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat.
(penat sehhhh!!! satu projek aku handle dah dekat 3 tahun...macam haprak..tak rehat...kena marah...kena hamun...asik miting..seriieeesss....penat!!!!!!!!)

Menyediakan platform Teknologi Maklumat terkini.
(naseb baik ini bukan aku jaga...kalo tak lagi la mampuss!!! dengar citer pasni dah tak guna mysql..guna oracle plak...mati ler aku...nak kena perah otak plak)

Mengurus proses re-engineering dan sistem kualiti Teknologi Maklumat.
(ni namanya takder keje cari keje...dah ada keje bertambah2 la keje...)

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari masa ke semasa.
(ni yang tak syok nih...kita ler jadi PA, jadi SA, jadi kuli..jadi bos. minit pun kita kena buat...minit bos kita kena buat...ganti miting pun kita...aku rela buat segala yang di atas daripada buat keje ni.Align Centre..lagi sekkksssaaa!!!!!!)

nak jadi SA...
Basic thing yang kena tahu..paling2 basic....


nak buat flow chart..kena tahu symbol tu untuk apa..symbol ini untuk apa...kalau salah buat simbol...sistem yang nak proses jadi simpan jer....lukis fow chart jer..amik masa sehari kalo terer..kalo dah faham requirement user...atau kalo user dah tak ubah requirement.


ni yang menjadi mimpi ngeri sorang SA...nak kejar dateline..sampai tak tido malam. jangan kata orang lain..aku sambil mandi pun boleh dok fikir solution. pernah tahun lepas masa projek aku dah gila2 nazak..tiap2 malam aku mimpi ngeri..mimpi bos singa...mimpi kena marah...sungguh!!!!! rasa cam kena darah tinggi. ni nak kena lagik la ni..pasal next week bos dah nak tengok laporan sistem aku...mati ler..tak siap2 lagik ni.


ni ler diagram database yang kena buat sebelum bangunkan sistem. ni keje SA la ni. kalo tak der yang ni takder ler sistem. nak buat yang ni jer makan masa hampir sebulan..ok...aku ulangi SEBULAN...

Penat tau jadi SA ni..tak sempat nak melawa...sebab muka asik berkerut...tudung asik berkelepot.

p/s : agak2 kalo aku minta jadi cikgu masih tak terlambat kah????

Tuesday, October 19, 2010

Cara Tawan Hati Suami



Sedang aku bosan2 berblogwalking terjumpa plak article ni. okeylah jugak..aku rasa cam pernah baca kat mingguan wanita...tapi biasaler...article camni memang banyak kat pasaran. so.. aku nak publish di sini...boleh juga jadi rujukan aku di masa akan datang.

Senyum selalu


petua nie bukannya susah untuk diamalkan. Hanya senyum jer. Tapi jangan plak masa laki ko tengah cakap hal serius, ko senyum memanjang pulak:-) Tengok-tengoklah tempat dan masa yang sesuai okey. Sesunguhnya, seorang suami tue lebih suka tengok isterinya senyum daripada menunjukkan ‘muncung’ yang panjang… So, janganlah asyik nak bermasam muka jer…. :-)

Sabar dengan karenah suami

kadang2 mungkin suami berasa tertekan sbb masalah kat tempat keje ker ataupun masalah lain. Maybe dia akan marah-marah kerana terbawa-bawa beban keje ke rumah. Kalau ini terjadi, sabar jer la. Jangan start membebel plak. Nanti perang mulut plak jadinya. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat cik abang lupakan masalahnya:-)

Kurangkan berleter/membebel

biasanya, isteri berleter kalau ada sebab. Nak buat camne, dah lumrah. Tak salah membebel kalau untuk kebaikan bersama, kan? Cuma kalau boleh, kurangkan sedikit bebelan tu kerana lelaki MEMANG alergik dengar perempuan membebel…:-) Sesetengah laki sampaikan tak mau balik rumah sebab tak mau dengar si isteri duk membebel sepanjang masa. Jadi, daripada membebel, baik anda fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung di hati, kan …:-)

Berhias di depan suami

menghias diri bukan hanya masa nak keluar jer. Apa salahnya sekali-sekala anda berhias di depan suami. Mekap lawa2, pakai baju tidur yang menggoda ker, atau pakai perfume yang boleh bangkitkan ghairah suami ker. Tapi jangan pulak ko pakai baju seksi, perfume mahal, tapi tepek muka dengan bedak sejuk:-) Terkejut beruk suami korang nanti!

Belai dengan manja

bukan wanita je yang suka dibelai! Lelaki pun sama. Masa tengah duk relax2 tu, apa kata si isteri peluk suami dengan manja atau belai rambut dia…selain rasa diri diorang special sangat2, gerenti jugak akan timbul kasih yang amat mendalam pada si isteri:-)

Masak untuk suami

kalau ada masa tu, rajin-rajinlah masak untuk suami anda. Jangan asyik makan kat luar jer. Kalau tak reti masak, blajar2lah dari mak korang…dah namanya pompuan, memang kena tau masak kan? Sedap ke tak sedap tu kemudian kire…:-) suami pasti akan terharu jika isterinya yang tak pandai masak tiba2 belajar masak, just for him…:-)

Manjakan diri

lelaki suka dengan wanita yang manja. Tapi jangan over la plak. Sekali-sekala tu bolehlah berlagak manja, tapi jangan all the time.. tengok tempat dan waktu yg sesuai, yer…:-)

Urutlah si dia

bila suami balik dari keje penat2, best jugak kalau ada orang yang mengurutnya. Boleh hilangkan tension, kan? Bahagian yang biasanya best diurut ialah bahu, tapak kaki, kepala dan yang lain2 tu, pikir2lah sendiri, yer..:-) Dengan ini, si suami akan lebih menghargai kewujudan kita sebagai isteri. Lagi satu, rajin2lah korang mengurut laki korang, silap2 nanti kang dia pi cari ‘tukang urut’ kat luar…Naya plak ngko!

Rasukan Ablasa

aku agak pelik kenapa sekarang ni produser22 filem berlumba2 nak keluarkan citer2 hantu. start dengan citer jangan pandang belakang...pastu congkak..cermin...jangan pandang belakang congkak... rasukan ablasa..dan sekarang ni kat panggung wayang citer jangan pandang belakang congkak 2 pulak. pelik betul aku. dah ler tu...kat astro pun channel 411, 412, 413 asik2 main citer hantu...citer bunuh2. apa yang bestnyer ntah.

nak jadi citer malam tadi aku tertengok citer rasukan ablasa kat channel apa ntah...aku pun dah tak ingat. memandangkan takder citer lain yang aku boleh nengok sekeluarga aku layan jer ler citer tu. tapi betul ler...pengarah buat citer tangkap muat jer...asal siap..jual. last2 hampeh..tak laku. apa taknya..anak aku yang umur 6 tahun pun leh komen tengok citer tu.

kalo ikut logiknyer...orang melayu ni kalo dah kena rasuk22 puaka camtu..mestiler panggil tok bomoh ker ustaz ker...ni tak..pandai plak hantar ke tanjung rambutan...pastu mak bapak takder plak dalam citer ni. tak logik langsung. nampak sangat nak jimatkan duit. takmo bayar banyak pelakon. last2 citer hampeh. memang ler kalo nak citer sumer 40 jam pun tak habis...tapi bagiler logik sket. ni ler kalo orang kita buat filemmm...sesuwwwai ler...filem kita orang kita. hehehhe.....

aku takmo komen banyak...kang ke su..tak pasai2 sampai surat mahkamah. tapi bulan ni kat channel movie astro ada satu citer hantu aku suka tengok...tajuknye aku tak hengat...tapi yang pasti ada ler perkataan connecticut kat dalam tajuk tu. memang best...suspend...dan buat kita berfikir....

stop kat sini dulu...chowww..zasssssss!!!!!!!

Hari Ini...

Dah dua hari aku takder penjaga kat opis ni...rasa lapang segala semak samun yang tumbuh bekeliaran dalam kepala hotak aku ni...lapang selapang-lapangnya..tenang setenang-tenangnya. jadi aku pun membalas dendam dengan seikhlas hati...duduk goyang kaki...relax..tenangkan minda..tenangkan jiwa. selama ini kalo penjaga ada...aku macam tak sempat nak pijak kaki ke bumi...macam berterbangan di angkasa. kejap ke sana..kejap ke sini...penat!!! sungguh memenatkan.

aku fedulikkan kata2 orang...biarlah apa orang nak kata pun. yang penting aku hepi. oh ya!! lupa mau kabarkan...petang ini aku ada friendly futsal sama team JPN (baca lenggok indon)..kat gelanggang Mohktar Dahari. kejap lagi plak..aku ada mesyuarat sama bahagian MPD...heheheheh...keje ooo keje...bila mau berenti...

p/s : teringat dulu time aku jadi cikgu...sungguh relax!!!

Monday, October 18, 2010

PromoSi

anda mahu kurus ???? langsing??? bergaya??? boleh pakai baju yang biasanya free size (padahal saiz S/M)???...layari http://dietwithherbalife.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

sila2..jangan malu jangan segan...
kalau malu anda rugi...

harga promosi akan diberikan kepada anda...


p/s : lalalalalalala.....

Bisnes Online

Hari ini agak bz...sedang berusaha membangunkan blog-blog perniagaan. nantikan kemunculan blog2 bisnes online aku ya!!! murah2 sahaja. aku target esok boleh dilancarkan secara rasmi.

dah lama aku pikir nak try buat bisnes online. biasaler nak cari duit sampingan. sekarang kan harga barang2 dah naik. bonus pun dah tak dapat dah 3 tahun. dapat duit saguhati jer. syukurlah...daripada tak dapat...dapat jugak. tapi mana cukup untuk wanita dan perempuan2 seperti aku kan....harusssss le lebih...

selain dari minta kat bank begerak atau songlap dari wallet en somi...maka aku harus berdikari sendre...mencari rejeki sendiri...jadi moral from this en3...sokonglah bisnes aku!!!!!!!!!!....

Saturday, October 16, 2010

Klinik 'Tooooooottt'

kali ni aku bersiaran secara langsung dari pusat tuisyen kumon...

hari ni aku bawa laptop...buat mengisi masa keboringan sebab kena tunggu anak aku. agak lama kelas tuisyennye...hampir sejam. jadi aku bawa ler laptop...selain dari dapat berblogwalking...aku juga dapat berfacebuking.

semalam punyer ler bawa agenda untuk aku buat hari ni...sekali..si aina demam plak. jadi kol 11 malam tadi ...aku bergegas bawa aina ke klinik. dah ler kat seri kembangan ni susah nak jumpa klinik melayu ...asik2 jumpa klinik india. aku ni amatlah cerewet dalam memilih klinik. kalo kat puchong...klinik favorite aku 'klinik pakar kanak2 dr.chan atau KPMC. kat putrajaya plak..poliklinik annur....kat equine ni aku takder lagi klinik favorite.

nak jadi citer...malam tadi hanya klinik india yang buka. mula2 aku gi klinik kat area mcdonald....tengok macam tak best. aku keluar then pegi cari klinik lain. apa taknya....pekerja yang dok register tu..pakai baju kelawar lagik. nak pengsan aku tengok. dah sampai klinik tu naseb aku lagi tak baik..sambil dok register nama...sambil tu 2 pekerja 'tooot' dok berborak. ya Allah macam kat pasar sungai ganges (betul ker aku eja ni???) aku rasa kalo orang yang sakit kapla...terus mati. anak aku aina yang 3 tahun ni pun boleh pikir...siap dia cakap "apasal bising sangat ni" aku taktau ler...apa diorang fikir. kalo dah klinik / hospital...kena ler diam2. kalo nak cakap macam kat pasar pun...cakap ler bisik2. ataupun chatting. bengap sungguhler...aku plak siap pandang muka2 dua orang tu...rasa cam nak lempang jer. memangler minda dan cara idup diorang tak boleh nak berubah. trademark diorang kot. pelik aku....yang klinik tu pun...cari ler pekerja yang bersopan santun sket. ni dahler cam makcik2....geli aku.

harap2 anak aku cepat sembuh. sungguh susah ati kalo anak demam ni. pengalaman masa ain warded dulu masih lagi menakutkan aku. lamanyer ain bertuition....boring plak aku...

Friday, October 15, 2010

Rahsia Kurus dengan Herbalife

Ramai tanya aku..camner aku leh turunkan berat badan aku...yo ler ...bulan mac dulu berat aku dekat 70kg..sekarang dah 55kg...bulan puasa hari tu turun ler dekat 53kg...tapi pas raya biasaler naik ler balik....tu tak boleh nak cakap la kan...aku kan pakar penghabis biskut raya...tapi aku dalam proses untuk menstabilkan berat aku semula sekarang....nak mencapai tahap sasaran...52kg. kang kurus sangat tak best gak...kang takder apa nak pegang..huhuhuhu...

nak tahu rahsianyer..."MINUMLER HERBALIFE"...selain dari memaintainkan berat badan...herbalife juga akan mencantikkan kulit anda. tak percaya?????!!!!!!...meh sini aku nak citer...

ni ler benda yang aku makan....tahan dekat 2 bulan...dengan syarat kena pandai2 jimat...

lepas makan herbalife...muka aku jarang naik jerawat....susah nak ada jerawat. kulit pun ok...maybe sebab herbalife ni dibuat dari kacang soya kot. pasal makan plak....herbalife akan bagi kita kenyang. satu shake sebelah pagi dah boleh ganti sarapan...aku dah tak rasa lapar. bayangkan kalo kita makan pagi...kalori sahaja dah 400++ cal. tapi kalo herbalife...segelas shake hanya mengandungi 180cal. sebenarnya badan kita hanya memerlukan 1200cal sahaja sehari. kalo nak kurus ler. jadi kena pandai kira kalori la.

aku dah jadi ahli herbalife....so, pada sesapa yang nak beli set herbalife bolehler pm aku. kira harga ahli....saja nak promote....

usaha tangga kejayaan.....nak kurus kena ler korbankan duit sket...heheheh

Tazkirah Petang Jumaat

nak buat sesi luahan perasaan...

pagi ni aku rasa ngantuk sangat...letih pasal petang semalam aku training futsal. nextweek ada game kat sport planet ampang....2 hari. dah lama aku tak turun futsal...sejak bulan puasa sampai la semalam baru turun balik. rasa berat nak bawa bontot lari. penat siutt...balik pas mandi..pas dodoikan anak dan somi....terus aku terbungkang tido. sedar2 dah kol 7pagi. seb baik aku bercuti wajib...jadi kelewatan bangun idak ler menjadi dosa besar. tapi terlambat ler sket masuk opis...sebab aku suka termenung sambil duduk kat mangkut toilet. kadang2 siap tertido seminit dua.

tengahari tadi gi karoks. ngan azah and julailah....satu jam rasa tak puas nak nyanyi. mula2 nak tambah lagi sejam..tapi bila diingatkan balik aku ada miting kol 3.30pm..trus la tak jadi nak tambah jam...maka keluarlah aku dari bilik dosa2 kecil tu...pergi cari makan. mula2 plan nak makan kat RASA jer...sekali orang macam open house umah PM...ramai gilosss...pastu gi nando's pun ramai...gi noodle station...penuh juga...last2 gi kenny rogers...walaupun aku takder ler suka makan ayam kat situ sebab tak pedas macam nando's. masa makan tu...cal datang..join skali. cal ni tak suka nyanyi...nak kata sore tak sedap...sore aku lagi ler cam kipas berkarat...tapi aku nyanyi jer....pedulik apa...

ehhh lupa plak nak ucapkan tahniah kat cal..dah ler lulus PTK, dapat gi JAPANG...pastu insyaallah dapat lak naik pangkat. rezeki tol la cal. tu ler....tensen2 buat konsular...tuhan bagi rezeki lain....murah rezeki ko cal. orang kata dalam susah2 ada senangnyer...pas naik pangkat jangan lupa belanja aku ya cal...huhuuhu(tak malu..)

kol 3.30pm ada miting...dengan bahgian MPD. present sistem yang tak siap. pastu masuk plak cucu wak lampir...terus jadi huru hara miting tu. bukan nak backing aku....backing user plak..pastu nak blame2 team aku. sakit jiwa btol. nak jer aku cakap...ingat senang ker buat mcam tu...ingat senang ker nak develop sistem....ingat senang ker nak layan karenah user. paling penting...ingat senang ker nak ikut cakap orang...aku kan suka melawan...hehehehhe.

bila pikir33 balik kan...aku rasa cam nak buat bisness sendre...duit masyukk...pastu aku ler bosss..aku ler kuli...takder sapa nak marah aku. kalo tensen pun..aku tensen dengan diri aku sendre...senang jer. takyah kaco2 dengan orang. nak kaya aku...nak bankrap pun aku...

esok apa aku nak buat yer...kompom laki aku kija. dia dah cakap...dah menang tender...so sampai ujung tahun ni dia akan sibuk. so..kalau dah menang tu..paham2 lah yer...kenang sket jasa istri mu ini yang tak tido satu malam sebab tolong siapkan tender u. jadi 10% kadar keuntungan haruslah dipindahkan ke kantung istrimu. supaya istrimu dapat mengisi masa lapangnyer dengan bersopping dan berpoya2.

owh!!! lupa...esok aku nak bawa princesses aku gi karoks...dari minggu lepas ajak aku karoks. kesian plak. si aina siap cakap lagi "mama kan penyanyi yang hebat..." ayat membodek aku...nak ajak aku gi karoks. ok..aku tak kisah...pastu yang tak best..bibik aku tambah plak.."hebat..tapi kurang garam la sket"...nak kata aku nyanyi tak sedap la tu...see the batang betis la bibik. lagu inul pun aku boleh bawak tau!!.

esok pun aku nak swimming....dah lama tak swimming...nak hantar anak aku kelas renang la. lepas ni senang la sket kalo aku nak bawa gi pool. boleh lumba dengan aku.....eh!!! lupa..esok aku kena hantar anak aku gi kelas tuition...aku kena gi pasar...

banyaknyer aku nak buat esok..........(mood berangan)

Tuesday, October 12, 2010

Open House + Angin

akceli aku nak hapdet pasal open house umah aku..nak masuk picca...tapi pasai apa ntah..lembab benor nak upload picca...blog yang mengong kah...atau beruk ben ni yg lembab. picca2 pulak aku letak kat lappy aku...jadi tak bawa ke opis. kalau tak senang la sket..pasal tenet kat opis laju..haihhh...pehal ni..hari tu laju jer aku upload picca..ni lembab macam sipoot !@#$ plak. geram aku. lembab gila...dah satu jam aku tunggu...dok loading lagik. sengal sungguh!!!.

pagi tadi aku ada dapat emel dari satu mission (namanyer dirahsiakan)...nak salahkan sistem aku bila dia tak boleh nak masuk...bukan pasal sistem yang problem...pasal network kat sana yang macam nenek sipoot !@#$..geram aku. nak marah2 tak kena gaya. ikut hati malas aku nak layan. macam2 peel aku terima sejak istem ni beroperasi. ada mission tu ok jer. bak kata orang...orang berbudi kita berbahasa. kalau nak minta tolong berbudi bahasa la sket. aku rela hati nak tolong. ni kalo tepon nak hangin2...emel macam hantu...aku nak tolong??? uwweeekkk!!!! kasi jolok bagi muntah la. kalau betol sistem problem kenapa ada 30 mission yang sukses guna. sama jer..akses dari same server. tu yang aku tak puas ati tu. ok..tutup citer pasal keje. aku tak balas pun emel mamat mission tu. malas!!!!!

Nak hapdet pasal open house... 2picca dah berjaya dihupload. ada 5 keping jer yang aku berjaya amik. yang lain aku kena minta daripada cameraman sukarelawan di rumah aku..yang sekarang tengah outstation.

Tragedi berlaku pada 8 Oktober 2010..secara rasmi bermula dari jam 8 malam hingga 4 pagi. sungguh penat kan ??? secara tak rasmi bermula dari satu hari sebelumnya di mana aku gigih memasak dadih..., nasi impit, mencelur bihun dan mee serta merebus nasi impit. siang harinya aku hanya menggoreng nasi. ya!!! open house aku makan nasi goreng. takder rendang, ketupat, lontong atau menu yang seangkatan dengannya. sebabnya....laki aku telah menangkap seekor kambing jantan untuk dipanggang dan ayam2 untuk dibuat sate. jadi nak matching dengan kambing aku buat ler nasi goreng dan meehun sup.

apa yang melucukan dapur aku pecah gara2 aku memasak tak berhenti2. bertaburan kaca kat lantai. terpaksa aku tunggu kol 10 pagi..kedai buka sebab nak gi cari dapur. nasib baik saiz dapur aku banyak dapur yang matching..lega. kalo tak mampusss nak cari dari satu kedai ke kedai.

Tima kasih pada kawan2 yang hadir...aku tak jemput ramai pun. sebab open house ni lebih kepada meraikan kawan2 laki aku (tak aci kan???) tapi aku ikhlas. heheheh. naseb baik kawan2 aku datang. thanks azah, hafez, panda, razif, naza, dan rai
.

antara menu yang aku sediakan....ringkas jer...pandangan dari dalam rumah.


gambar dekat. budak pertama yang makan. malu2 plak time aku nak snap picca dia.

linda...wife razif bersama dengan khayraa dan hayfaa....tomei kan???



from left : rai, anas(somi rai), panda, razif dan hafez.

azah tengah berborak dengan kakak aku....my lovely adam...

selamat dah aku huplod picca...bawa mai opis..guna wireless kat opis.



Diana..Semoga Semuanya Selamat

aku rasa sedey bila baca blog virtual friend Diana Ishak. Tambah2 lagi bila baca en3 dari en ridzuan..somi diana. owwhh!!! sungguh menyentuh jiwa. semoga Diana akan kuat menempuh ujian tuhan. pada yang anynomous yang bagi komen tak beradab dan tak sensitif dengan perasaan orang tu...memang tak berhati prot dan tak berotak. takkena kat diri sendre....sedap jer nak mengomen orang.

aku suka baca belog diana....memang bahasanya kadang2 agak kasar dan tuuuutttt...tapi bagi aku...aku suker dan aku seronok. kalau ada masa..aku akan baca en3 diana yang lepas222......sampai tergelak sorang2..siap meleleh lagi air mata. banyak2 blog aku buka dan aku baca..aku rasa blog diana yang paling besssttttt....

aku sibuk 2 hari ni....jadi takder masa nak hapdet blog aku...just a simple en3...aku doakan semoga diana selamat...baby nyer selamat. semoga en wan pun kuat menghadapi dugaan ini. Harap2 en wan akan sentiasa hapdet berita terkini pasal diana. Ujian tuhan...kadang2 bukan untuk menghukum sebaliknya untuk menghapus dosa kita....

p/s ~ tetiba2 teringat time aku beranak dulu..kalo diana high blood pressure aku plak low blood...siap tumpah darah lagi..(40/60) cam nak mati.

Saturday, October 09, 2010

SpA + AnaK + MiSi

Setelah penat lelah semalam...hari ni aku pegi melepak di Beauty Seri House...amik pakej Sauna + Lulur + Mandi Susu. Rega hanya RM125. Murah kan???? sebab aku ahli...dapat 30% diskaun. Seronok..rasa relax jer badan. Selalu gak aku gi SPA tu...selain dari suasana nyer yang menyenangkan dan mendamaikan....ala2 bali cenggitu...aku suka juga denga therapist kat situ. Mas namanyer...nama penuh aku tak tau. Kalau suh dia ngurut...fuhhh!!! tangan macam jantan. Rasa lega dan puas (oppssss!!!!). Memang berbaloi222...Selalu kalo aku gi memang aku akan pilih dia. kalau dia bz aku sanggup buking time lain. hari ni aku suh dia lulurkan badan aku. biasanya lulur around 30-40 minutes jer..tapi asik sembang2 jer..bodek2 sket...sampai 80 minutes dia lulurkan badan aku. best gilakkk!!!!. sebelum aku lulur aku sauna dulu...konon2 nak buka liang2 roma..wahhh!! memang best....rasa lencun tu macam mandi ujan paling lebat. banyak lemak kot lepas raya ni...tu yang sakan peluh keluaq tu.

pas lulur...aku mandi susu plak....ada gak 40 minit aku berendam dalam jakuzi tu. sampai dari air panas jadi air sejuk. aku tunggu gak ..biler diaorang nak halau aku keluar dari jakuzi tu....tunggu punya tunggu last22 aku yang minta diri. sejuk lama2 dok berendam walaupun air suam. sekarang rasa best jer kulit...lembut macam kulit mak baby..huhuhuh.

misi nak menguruskan badan dah tercapai...walaupun target sebenar tinggal sket lagik. tapi takper...at least aku rasa selesa gak sekarang. aku dah kurang dalam 12 kilo dari berat sebenar...kira okey ler. misi nak mencantikkan kulit muka pun dah ok...agak ok la dari dulu..hitam tetap hitam...nak jadi putih tak logik la sangat... janji ton kulit agak sekata...dah syukur lah. sekarang ni misi nak mecantikkan kulit badan plak...hopefully ok. Yer ler..umur dah makin meningkat ...dah 33....so kena pandai2 mementen sendiri. biar umoq makin naik...tapi jiwa tetap kena muda. baru bestttt!!! Kat bawah ni aku tepek picca SPA tu...yang dok area pusat bandar putra permai tu tahu ler kot...





picca SPA...sempoi jer..lokasi ...Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

tadi masa aku borak2 dengan therapist kat SPA tu...terborak la plak pasal anak. aku tau ler...anak aku 2 orang jer....sket. sapa tak nak anak ramai kan????sumer orang nak...tapi bab nak beranak tu yang aku takut tu. ada sekali tu...bulan lepas..period aku datang lambat. punye ler aku takut nak beranak sampai termimpi22 aku mengandung dan beranak...dah ler kena operate pastu mimpi kritikal plak tu. Aku beranak2 dua2 orang kena c-sect. tulang pinggul aku kecik...walaupun punggungnya adalah terlalu mantapsss. isi jer banyak. kalo aku ngandung sekali lagi kompom kena potong...uhhh!!! tu yang tak sanggup tu. kalao dah tau payah ler aku nak menyerah diri pegi bilik pembedahan tu. kalao tak tau takper. masa 2nd baby dulu, doktor saiko aku. pura2 aku leh normal..padahal siap cakap kat famili aku lagi....aku kena bedah. tapi dengan aku suh aku relax dulu....hampeh tol doktor tu. tapi aku suker dengan doktor tu....baik dan memang tenang jer.

masa dia belah2 prot aku dulu...siap2 boleh gelak2 dengan laki aku kat sebelah dia lagi. konon2 macam belah prot katak masa biologi dulu. laki aku pun sama jer...siap sambil doktor potong perut aku...dia pun crita pasal dia belajar biologi....potong sana potong sini...ingat aku ni mangsa ujikaji ker???....tapi tu ler...aku jadi tak takut masa tu. siap boleh dengar diorang cerita. sampai baby keluar...air ketuban pun dah kering...sebab overdue 2 minggu..aku tak rasa sakit langsung nak beranak. baby langsung tak turun...jadi aku leh pegi berjalan2...shopping dengan syarat 2 hari sekali aku kena gi check denyutan jantung baby. sempoi kan??? lepas bedah...amik ko!!! 5 hari sakit...pastu cargas la balik...

aku bajet nak tambah sorang lagik baby dalam famili aku ni. anak ke2 pun dah 3 tahun 9 bulan. besar dah....over manja plak. tapi aku target before umur aku 35 tahun aku kena beranak...kalau terlebih..tak boleh dah. kilang dah ditutup. so, maknanyer aku cuma ada masa 2 tahun jer lagik. tahun depan jer ler kalau cenggitu....

inilah kisah caca marba hari ni.....moralnyer....jangan banyak makan sate...otak jadi mereng.


Wednesday, October 06, 2010

System Error

Pagi2 tadi dapat call dari Pontianak...sistem ada error.  Sungguh memboringkan.  kejap ok kejap tak ok.  poning kepala aku.  nak kata ada orang usik koding..sapa yang berani nak usik.  takkan hantu kot.  sebelum ni aku tengok 4 mission dah guna untuk apply sewa...tapi takder masalah pun.  sekali time ponti nak guna terus ada error.  mungkin sebab pontianak kot.  ala2 dan adik beradik puaka tebing biru atau penunggu gunung raya...dakpun durja ningsun.  tu yang terus tak jadi.  haiiii......pelik btol ler.

nak betulkan....tensen ler tengok koding panjang berjela ni...tambah2 lagi sistem ni.  bukan just masuk keluar jer...ada proses lagik.  kang aku salah betulkan terus terpadam sistem,  mampus aku kena hentak dengan box.  tak betulkan mission nak guna...kang kena hamun plak.  serba salah pulak!!!!! 

"buat sekarang.  u boleh relax lagik yer.  i nak bugs ni dibetulkan sekarang jugak" sapa jerit kat aku tu...macam terdengar2 plak jeritan tu.  sila buat yer chem...jangan dok memblogging. sila pandang coding tu...bukan pandang posting kat blog.  hehehehe...

p/s :ehhh!!!lupa nak bagitau..aku dah tau cara nak hupload gambar tu.

Tuesday, October 05, 2010

My New Lappy

nak hapdet walaupun dipagi hari yang teramat pagi ini...bahawasanya aku sedang memblogging menggunakan lappy baru yang telah aku beli di Low Yatt pada jam 9.00pm semalam. 

nak amik picca pun takleh...sebab nak huplod tak boleh333 lagik. biler ler nak boleh ni....

Monday, October 04, 2010

Mood Hari Senin

Nak update gak hari ni...walaupun time keje...walaupun betimbun2 keje menanti...apa aku fedulik.

Petang ni ada miting dengan salah satu unit/bahagian kat ministry aku ni.  yang paling aku geram dan membuak2 bagai lahar gunung berapi ni adalah......hanya aku sorang daripada unit aku ni yang akan menampilkan diri.  sebab aku takder backup ataupun takder pembantu dalam menguruskan sistem2 intranet aku ni.  geram!!!..mati ler kalo aku sorang nak buat sumer...kalau aku cuti...sapa nak ganti aku.  ni yang aku bengang ni...sudahnyer...aku kena jadi tukun karat kat opis ni.  nak pegi mana2 pun tak boleh.  takut user call takder orang boleh entertain/solve their problem.  bongok kan?????..memang bongok tahap cipan.

sesekali nak jer aku buat jahat.  time miting urgent aku amik EL.  kasi gelabah bos aku.  baru tau...langit tinggi ke rendah.  lepas ni aku dah atur perancangan...ada jer training...ada jer miting..aku nak hantar anak buah aku pegi.  biar kena belajar dalam terpaksa.  kalo tak jangan harapler semua nak belajar.  bagi a..buat a..bagi b buat a1/2. 

ok nak stop dulu..fuhhh!!!! lega...meleleh dah lahar gunung berapi aku ni..  kureng sket geram. 

Friday, October 01, 2010

Menuntut Ilmu Sampai ke Liang Lahad

aku baru tukaq layout blog...sebab aku cepat boring dengan layout lama2 nih....memang aku manusia yang cepat boring.  kali ini ada gambaq bunga2 gitu...sesuuuwaaaiii ler kot dengan nama wonderfulprimrose...huhuhuhu.....
menuntut ilmu untuk menghuplod picca masih tidak kesampaian..see the conversation between aku n pearlyogurt

primrose_811: uit...camner nak upload gambar kat blog???
Yogurt Strawbery: hah?
Yogurt Strawbery: ko yg benar tatau
primrose_811: hahahahah
primrose_811: sejak tukar page editor baru ni aku biol sket
Yogurt Strawbery: haha
Yogurt Strawbery: apelah
primrose_811: hahaha
Yogurt Strawbery: bila post baru ke?
primrose_811: mesti orang tak caya kan aku tak gheti
primrose_811: aha
primrose_811: nak pilih from apa
Yogurt Strawbery: adoiii
Yogurt Strawbery: new entry kan ada ikon cam image sblh upload video
Yogurt Strawbery: situlah
primrose_811: ikon tu ler..biler aku klik keluar suh select from picasa, from blog
primrose_811: nak pilih from mana??
Yogurt Strawbery: ya ampun
Yogurt Strawbery: hang sini sat
Yogurt Strawbery: aku xleh ke sana
Yogurt Strawbery: sbb aku pakai telkung ni
primrose_811: aku pun sama pakai telekung
primrose_811: hahahah
Yogurt Strawbery: cehhhh
Yogurt Strawbery: kang ada yg panggil aku ustazah
Yogurt Strawbery: eis3
primrose_811: takper..jap lagi
primrose_811: nak pilih from apa yer
Yogurt Strawbery: hah yelah
Yogurt Strawbery: aku xdelak kuar camtu
Yogurt Strawbery: dia terus kuar aku nak select drp mana
Yogurt Strawbery: aku klik la folder mana aku nak
Yogurt Strawbery: direct jek
primrose_811: lain plak...aku keluar
primrose_811: from URL
primrose_811: from this blog
primrose_811: from picasa
Yogurt Strawbery: eh xdelah frm url
primrose_811: tu yg aku pening tu
Yogurt Strawbery: aku direct jek
primrose_811: pelik tol
Yogurt Strawbery: mmg pelik
primrose_811: kalo video ok jer
Yogurt Strawbery: ape la yg hang dah setup tu
primrose_811: from your computer
Yogurt Strawbery: hah suppose camtulah


pesal la aku jadi camtu....pelik betul.


nak gi pasar tani jap ler...nak tutup pc and bungkus bawa balik umah.

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...