Monday, November 29, 2010

Mood Berangan Blackberry




sekarang aku sedang kemaruk untuk medapatkan blackberry bold seketol. tapi aku taktau la bila nak dapat ditangan. berangan jer sekarang ni. kalo bisnes aku bertambah maju..leh ler aku cekau satu. rasa seronok plak pakai blackberry ni. cam aku pakai e71 dulu. senang. jatuh 40x pun selamat lagi.


sekarang ni aku pakai ni. tapi rasanya macam tak berapa nak sesuwaaaiiii...sebab kena la jaga dengan berhati2. kalo jenis seketol camtu leh jer aku main campak2. ni nak campak pun tak berani. kena jaga btol2. rasa tak selesa la plak. nak kata menyesal beli tak la jugak...sebab aku memang setia dengan nokia sejak 14 tahun yang lalu.

nak beli ker tak??? nak? tak? nak? tak? nak? tak?....

p/s : Abang, leh tak dapat duit projek nanti hadiahkan i seketol blackberry bold??????

Low Blood Pressure

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab tekanan darah rendah

ekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah
mesti pelik kan kenapa en3 aku kali ni pasal low blood pressure...
pasal aku kena low blood pressure..
tekanan keje kat opis ni membawa aku kepada low blood pressure..
dan doktor dah suh aku relax222...dan cari makanan yang boleh menambah darah...
macammana darah nak normal balik..kalo mai keje dok pressure...

p/s : doktor cakap takleh peknen sekarang..bahaya. takper ler doktor...kalo doktor tak cakap pun 85% pn memang saya taknak peknen dah.


Thursday, November 18, 2010

Doremon & Ultramen Kosmos


ikuti dialog dua beradik yang mencuit hati aku :



adik : doremon ni tipu jer...bukan bagi hadiah pun..tunjuk jer..

kakak : mana ada tipu..doremon bagi betol

adik : mana ada

kakak : ya la...kita kena la gi hongkong...baru leh jumpa doremon. baru dapat hadiah

adik : tipu la. kalo doremon bagi hadiah..kenapa tak tolong ultraman kosmos...kesian oltromen kosmos

kakak : ultramen kosmos kan ada kawan. semua kawan2 ultramen dok kat pejabat. nanti diorang tolong la. doremon takleh tolong..pasal doremon dok kat hong kong.

adik : ooooooo


tragedi berlaku seminit yang lepas...aku dalam bilik opis ni tersenyum jer dengar perbualan yang tak masuk dek akal.

Cuti dan Promosi

Semalam hari raya aji.....aku rasa cam malas jer. biasalah raya kat kl...bukan cam kat kampung. buhsan jer. aku start masak pun kol 9am. malas sungguh22!!!..

semalam aku buat lodeh dengan sambal kacang jer..masakan sebelah selatan..kegemaran hubby aku. masak seperiuk besar then buat rendang ayam. simple jer. pastu makan ler kami 4 beranak dengan senang hati. pastu dalam kol 12tengahari..kak ros dan en nasri...KPS kewangan mai umah aku. sekali beb..aku masak takder ler niat nak jamu2 tetamu...setakat nak jamu222 cacing dalam perut kami jer..kelam kabut aku menyiapkan apa yang ada. naseb baik diorang makan tak banyak cerita. kalo tak mampus aku!!!!!

petang gi umah kakak aku kat setapak. kakak aku plak masak nasi minyak. rosak diet aku semalam...balik timbang naik ler dalam 700g. hari ni kena menten balik. makan shake semula...semalam tak makan langsung. rugi plak rasa.

aku dah kekeringan idea sebenarnya. cuti jer sampai 5 hari...tapi apa pun aku takder idea nak buat. lepaking kat umah...dengan niat nak mempromosikan barang aku...jom kengkawan...tolong promote mempromote...tolong menolong kan amalan mulia.

http://dietwithherbalife.blogspot.com & http://telekung2uonline.blogspot.com

p/s : lega leh bercuti dari masuk dalam box :)

Tuesday, November 16, 2010

Pengiraan Kalori Dalam Makanan


pagi2 buta ni..ntah mimpi apa ntah...aku nak share benda ni dengan korang. juz for our information. selama ni kita bedal jer apa ada depan mata kita. nampak semua makanan sedap. tapi kita tak pernah kira berapa kalori yang masuk dalam perut kita. janji sedap dan kenyang. so, aku nak bagitau ler sket...seelok2nya kita ni orang perempuan kena hadkan lah jumlah kalori yang kita ambil seharian. melainkan kalo kita ni atlit...ahli bomba..atau makcik cleaner yang memang buat keje pakai tenaga. kalo setakat cam aku ni...sampai opis terus parking bontot kat kerusi mengadap lappy...harus kena kawal pemakanan. kalo tak bukan setakat kerusi tu yang mengembang....dengan2 bontot aku sekali mengembang.


gambar ehsan dari uncle gogel

ok...cuba2lah hadkan pengambilan makanan kita sehari cuma dalam 1200-1500 kalori sahaja. paling elok kalo mau kurus...tak perlu senam teruk2..amik 1200kalori sahaja. so, pandailah2 kira ikut info yang telah aku tempekkan kat bawah tu. bukannya apa kalo terlebih amik dan kalori tu tak dibakar...lebihan tu akan bertukar menjadi lemak. kalo dah jadi lemak tu faham2 jer ler yer...payah ler nak jadi taik balik. kalo nak tau lebih lanjut moh ler ker sini...kompom korang tak nyesal punyerrr...

Kategori: Kuih Muih


1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman

1. minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
2. minuman kotak 250g – 105 kal
3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
4. susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
5. aiskrim 2 skop- 390 kal
6. susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
7. yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal

Lain- Lain

1. mentega 2 sudu teh – 75 kal
2. keju chedar 1 keping -58 kal.

ada banyak lagi sebenarnya..tapi aku tak larat nak taip balik. tak ingat dah aku cari kat mana...dulu ada softcopy...pastu aku dah delete. so..stadi yang ni dululah yer...

p/s : hari ni aku amik 970 kalori....tak sampai pun 1000 kalori..korang amik berapa yer???

Sunday, November 14, 2010

Happy Besday..


Selamat Hari Lahir buat en somi yang ke 34. semoga panjang umur...dimurahkan rezeki...dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

Semalam dah gi cari hadiah besday...tapi en somi yang bayar sendre. aku cuma bagi hadiah 'memilih' sahaja. pastu gi makan kat village view. ala2 romantika cenggitu...tapi disebabkan bawa gerabak kat belakang...maka majlis romantika tersebut bertukar menjadi horrible.

sempena hari jadi en somiku...maka aku hadiahkan sebuah cerita yang paling indah untukmu...

sila baca dengan penuh penghayatan...


Judul: Aku hanya wanita biasa

Kepadamu yang menjadi pendampingku ..Terimakasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang telah memilihku ...

Aku tak sebijak bunda khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku .. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk berjibaku di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku ..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku ..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, menit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..

p/s : kalo tak paham lagi aku tak tahuler....

Thursday, November 11, 2010

Tidak Berkesempatan...

tidak berkesempatan untuk menghapdet blog..walaupun banyak cerita yang terkumpul dan dah basi.

kerje terlalu banyak di opis sehingga terpaksa di bawa balik ke rumah. itu pun tak tersiap2 lagik. rasa nak pinjam tangan sotong...tolong buatkan keje untuk aku. tapi nanti melambatkan plak...biasalah sotong kan auuwwwwwww!!!!!!!

ada 4 keje yang belum siap dan kena disiapkan scepat yang mungkin iaitu :

  1. Laporan Sistem Aduan
  2. Pembangunan Sistem C........
  3. Data Migration Portal Keparat
  4. Penambahbaikkan terhadap sistem intranet yang telah dibangkitkan semasa mesyuarat lepas.
itu keje2 yang urgent perlu diselesaikan...
kerja2 yang lain (hakiki) masih tertangguh dan buat mengikut kemampuan..contohnyer cam melayan user dan membetulkan bugs sistem yang setiap hari ada.

okey...keje sedang menunggu.....cau dulu!!!!!!! ta...dada..didi.. dudu..

Monday, November 08, 2010

Mereka telah berjaya...anda bila lagik???

Nak kongsi dengan korang berita gumbira yang aku terima daripada pembeli/pengguna produk ini......(aku paste dari blog Diet With Herbalife) sori yer pada pembeli2 yang membeli daripada aku sebab aku sentiasa tanya dan followup rutin harian korang sampai korang berjaya...see...aku dah dapat 2 maklumbalas positive dari mereka....(pesal ada underline ni???? belasah jer lah yer..)

yang pertama : pengguna dari Putrajaya..memaklumkan beliau telah kehilangan 1.5kg dalam masa 5 hari penggunaan herbalife. namanya minta dirahsiakan dan akan diumumkan bila beliau telah berjaya mencapai berat idaman beliau.

yang kedua : Pn Yati, pengguna dari Setapak...dengan gembiranya beliau mengumumkan telah kehilangan 2kg dalam tempoh 7 hari penggunaan.

syukur...pada tuhan. dengan izin-Nya mereka telah mampu mengubah persepsi bahawa hendak kurus juga bukannya susah. yang penting ada kesungguhan, iltizam dan keyakinan dalam diri masing. teruskan usaha anda kawan2...mana tahu anda tidak perlu 4 bulan untuk kehilangan 14kg seperti aku. silap2 dalam masa 3 bulan anda boleh langsing sepenuhnya...

Mereka telah berjaya...anda bila lagi?????


owwhhh..ya ..lupa nak bagitau...aku telah mewujudkan Fan Page aku kat Facebook...sila join yer...dengan mengklik disini 'want to lose weight, ask me how' kalo nak tanya aku apa2 pasal produk/harga/cara penggunaan..jangan malu2 just tanya jer...lagi satu...aku akan beri diskaun 5% daripada harga diskaun asal pada pembeli yang mana adalah ahli pada Fan Page 'want to lose weight, ask me how' dan folower pada Diet With Herbalife,

ooPPPsss!!!!! terpromosi plak di sini....takper kan???? korang tak marah kan????

Rindu Bangat!!!!!!!!



cheq rindu dengan mak......


semalam mak aku tepon....umah aku dah kena banjir...sian mak aku kat kampung...dah la dok dua orang ja...dengan ayah aku. aku nak balik pun jalan dah kena tutup. cuti pun payah nak lepas...keje pun bertindan. plan nak balik amik mak aku mai raya haji kat umah aku macam tak jadi jer...mak aku takmo tinggal umah kesayangan dia tu. takut jahanam harta benda dia.

rumah ku dikampung...mak aku kata ayaq masuk belah depan ja...pasai kat belakang...tinggi sket..lega aku...


naseb baik abang aku ada kat kedah jugak....aku dah pesan...selalu la balik kampung tengok mak. kalo ada apa2 just contact2 kami kat sini...

nanti aku mintak gambaq ehsan dari kawan aku kat kampung..nak tepek picca ayaq bah kat kampung aku. dah ler aku tinggal dekat dengan kawasan laut...orang kedah kata pintu kola...ada tandop kat situ.

patut ler dua tiga hari ni..aku rindu bangat sama mak aku. ada satu hari tu aku bangun tido...rasa cam nak terbang balik kampung ja. rindu bangat!!!!!!!!....arrrggghhhH!!!!!!...

MISS U LA MAK...MUUUAAAAHHHHH!!!!!!!!!

Suai Kenal Blogger...Anda Berminat!!!


Thank to Asmira Surianie...yang menglinkkan aku pada link ni...tima kasih banyak22222 yer...

ekceli...aku memang dah lama wujudnya blog ni...tapi blog ni cam tempat pelepasan perasaan. takder nak buat komersial..atau nak memperdagangkan blog ni. tapi sejak dua menjak ni..aku terasa nak mula aktifkan blog ni. sebab sejak blog ni diaktifkan aku dah dapat kawan2 maya..yang boleh memberi komen dan maklumbalas positip pada setiap pelepasan perasaan aku. dan sejak aku melibatkan diri dalam dunia bisnes...blog la menjadi tempat merketing paling sempoi dan mudah untuk orang2 yang bz macam aku....cheeewaaahhhh!!!!!!!! tak terkata orang baca.

Tima kasih pada en Ben Ashaari...atas inisiatif beliau mewujudkan ruangan Suai Kenal Blogger...bagi blogger222 baru cam aku ni...apa tunggu lagi!!!!!! sila ler amik kesempatan atas penganjuran en Ben kita ni....peluang bukan datang 40 kali...hanya sesekali...

Selamat berkenalan pada semua....selamat pagi isnin....selamat sejahtera....dan selamat hari raya Aidil Adha...huhuhuhu



Saturday, November 06, 2010

Diari Terbuka

hari ni aku boring...tak tau nak buat apa. so, aku nak rumuskan kategori2 entri aku pada blog ni. pada sesapa yang baca blog aku ni mesti tau persekitaran keje aku...hobi aku...famili aku...pasal entri aku tak lain tak bukan asik2 berkisar pada benda yang sama sahaja. so..aku nak ceritakan kehidupan aku sebagai seorang wanita, seorang pekerja, seorang isteri dan seorang ibu.

Sebagai Wanita

sebagai wanita lain..aku juga menggemari fesyen..kecantikan...dan kesihatan tubuh badan. cuma sebelum ni aku jarang bergambar...sebab keadaan aku yang boolat dan tembam..jadi aku agak kurang berposing di depan kamera. malas!!!!!!!!..so..ada entri2 aku yang mengupas pasal kisah diet aku..pasal pemakanan aku..pasal aktiviti aku..especially...futsal dan swimming...pasal tips2 dan motivasi yang boleh dikongsikan bersama..

Sebagai Pekerja

tugas aku sebagai system analyst memaksa aku sentiasa tertekan. hari2 ada miting...hari2 ada dateline yang aku kena kejar..hari2 aku kena masuk bilik yang kami panggil bilik sembelihan...hari2 kena entertain user...dan ada juga hari2 kena marah...sampai menangis air mata darah. huhuhu...

sekarang plak..aku dah jadi dealer herbalife...jadi tugas aku makin bertambah...sekarang hari2 aku layan customer...jadi kena ler pandai2 bahagikan masa. kalo dulu hanya laki aku sorang jer mengadap komputer kat umah siapkan drawing...sekarang dengan aku2 skali...mengadap lappy..

Sebagai Isteri

sebagai isteri pulak...jarang ada entri aku kan??? entri masak2 pun tersangat jarang...walaupun aku kerap memasak. bukan apa..setiap kali masak..tak sempat nak snap picca..makanan telah habis di baham oleh en somi ku...lagipun kalo depan en somiku ..aku malas nak berpicca222 atau berposing22...nanti kena kutuk hangit. malas aku!!. lagipun aku ada bibik...banyak keje umah diselesaikan oleh bibik aku. jadi tak banyak ler kisah yang aku nak ceritakan...heheh. citer2 dalaman bahaya lah nak citer kat blog aku ni. walaupun laki aku jarang baca blog aku ni..tapi adik ipar aku rajin buka blog aku ni...kang mampus kalo disampaikan pada laki aku.

Sebagai Ibu

ini banyak dalam entri aku..sebab life aku banyak dengan anak2 aku. mereka adalah kawan, penghibur dan penaik kemarahan aku. ada masa mereka buat aku ketawa...ada masa plak..sebab mereka aku jadi raksasa.

aku bukan jenis orang yang rajin baca suratkhabar...kalo baca pun aku lebih suka baca kolum hiburan. Nak tengok berita lagi la payah...time pukul 8 tu ler aku baru bekejar2 nak solat maghrib pastu nak sambung solat isyak...buruk perangai kan?? jadi nak kupas isu2 semasa dalam blog aku ni amatlah payah...so..paling senang..blog ini menjadi medium untuk aku mencoretkan kembara hidup aku sebagai seorang wanita, pekerja, isteri dan ibu. ada pahit manis dalam setiap coretan aku. mana tau suatu hari nanti akan jadi kenangan paling indah dalam hidup aku.

blog ni cam dah jadi diari plak kan??? dulu zaman2 remaja...sanggup beli diari yang berkunci...pastu simpan plak sorok2 sampai aku sendiri lupa letak kat mana. tapi sekarang ni diari terbuka...takder nak kunci22 takder nak sorok222. semua orang boleh baca pastu boleh plak nak komen22...hebat tol teknologi zaman sekarang...dunia tanpa sempadan.

p/s : agak2 orang baca tak diari terbuka aku ni???

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

Menarik dan tertarik pulak aku tengok dan baca article ni.. selalu kita tak percaya kan...tapi bila dah baca ada juga ler kena sipi2 dengan aku ni. aku kawen tengah2...aku anak ketiga dari 4 beradik....en somi plak anak ke dua dari 3 beradik...so kesimpulannya kami ni tengah2 la..tu yang masing2 ketegaq dan ikut kepala masing2..tapi syukur ler...walaupun dah 15 tahun kenal..dalam ketegaq tu kami masih lagi sehaluan..walaupun ada masa masing2 nak ikut kepala sendre...


ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.


Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.


Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu


Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


p/s: agak2 ada tak yang kena dengan korang???

Thursday, November 04, 2010

PoeM

Jiwa kaco hari ni...
mood tak dak nak buat gheja...
tensen pasai gheja yang ada tak siap2 lagi...
takdak sapa peduli..
kalu pedulik pun..hanya nak maki222...
lagi la aku kecik ati...
trus rasa nak berenti..
buat bisnes sendre..

tensen sungguh la!!!!!

Khas Untuk Kita2 Semua....

Khas untuk kita-kita semua.....


"Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada. Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa persahabatan, PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan, PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita. Oleh itu hargailah dengan sepenuh hati..

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....."

p/s : Tazkirah sebelum Deepavali

Wednesday, November 03, 2010

Princess

Malam tadi pas balik swimming...(sebenarnya pas pekena ayam tandori kat haji tapah) balik umah..si dua ketol tu sambung tengok kartun. aku dengan kejamnya tepon astro minta dipotongnya channel fun tu. ingatkan pas takder channel tu diorang leh tido..sekali sambung tengok channel 611.

ok..aku tutup tv...suh tido. jam dah kol 12.30am. dua ketol yang berkubang kat kolam renang tu langsung tak keletihan dan tak ngantuk. diorang amik buku dan buat keje plak. see kat bawah tu...

*
*
*
*

ain tekun buat keje...kol 12.30am baru sibuk nak suh aku ajar math. tak koser aku..aku dah ngantuk gila.

adik pun sibuk buat math...sambil2 tunggu diorang..aku berfacebuking dulu...mai mengadap aku trus..suh aku ajar.

tekun menulis...


see tulisan dia...boleh la tahan untuk budak umur 3 tahun. dah pandai menulis 123..dan ABC..


pastu menangis..bila aku gelakkan no 8 dia..


homework ain...pagi2 tadi baru kalut nak buat. malam sibuk buat keje lain..tengok tv...

rasa bersyukur sebab dapat puteri2 yang rajin camni. harap2 trus rajin bila belajar nanti.


p/s : semlam dalam kete..aina cakap.."kakak, bila besar nanti kakak jadi doktor tau..adik taknak pegi klinik india. nanti adik jadi teacher...adik ajar anak kakak ya" macam tak caya anak aku umur 3 tahun boleh cakap camtu...

Tuesday, November 02, 2010

Sedapnya Roti Nan dan Ayam Tandori....hurrrmmm!!!!

arrggghhhh!!!!!! rasa nak sepak diri sendiri 40x.

lepas penat2 berenang 10lap...konon2 nak hilangkan 1 kg minggu ni..la ni jadi tambah plak 2kg.
aku pi singgah restoran haji tapah belasah roti nan dan ayam tandori. syaitan mana ntah merasuk aku nihhh!! rasa menyesal gila macam nak hantuk kepala kat dinding.

sekian....wassalam.

Swimming


Malam ni nak swimming...berdugong secara berjemaah tanpa ada penghalang antara lelaki dan perempuan....

motif -------nak turunkan 1kg dalam masa seminggu ni...secara statik. maksudnya takmo naik turun dah. pastu nak tingkatkan tahap metabolisma badan semula.

Now kat tuition center kumon...pas ni pergi darulQuran...then balik solat maghrib..kol 8.30pm...terjun kolam.

jom...beriadah sama2...

Tazkirah.....

"ingin tahu rahsia mengurangkan berat badan...hubungi saya "
ini ler slogan yang aku pinkan pada beg aku sekarang...chewaahhh...tanpa malu22...

herbalife bukan setakat untuk mengurangkan berat badan...tetapi adalah makanan tambahan yang mengandungi nutrisi dan gizi yang seimbang..ramai orang salah faham. makan herbalife adalah untuk kuruskan badan. silap sebenarnya pemahaman cenggitu.

Banyak jenis penyakit kronik yang kita ketahui skrg ni sebenarnya boleh disembuhkan dengan cara menukar tabiat pemakanan harian kita kepada pemakanan yang seimbang. Seperti kata Dr. Adele Davis, anda adalah apa yang anda makan, bermaksud anda sihat kerana makanan yang sihat dan anda tidak sihat kerana makanan yang tidak sihat. Contoh-contoh penyakit yang disebabkan pemakanan tidak sihat adalah Anemia disebabkan kurang zat Besi, Prostat disebabkan kurang zat Zink, Tiroid (Beguk) disebabkan kurang Iodin, Cox-B disebabkan kurang Selenium & vit. E dll. Kesimpulannya, kita kena makan makanan yang memberi kita kesihatan dan bukan hanya mengenyangkan sahaja

ramai yang cakap...." aku dah amik supplement..vitamin C, Vitamin B, Multivitamin...tapi kalau setakat amik segala macam pil tetapi makanan tak dijaga...tak akan ada kesannya. petang tadi...aku telah berjumpa dengan seorang kakak. terkejut beruk aku...nyaris tak bersilat depan kakak tu bila aku tau dia adalah ibu kepada 10 orang anak. Badannya fuhhh...solid..muka awet muda gilassss....jari runcing...bibir merekah bak delima...aset2nya masih ditempat lama dan masih boleh menimbulkan nafsu pada perogol2 bersiri......bila aku tanya berapa lama dia menggunakan herbalife...jawapannya 4 tahun. sungguh lama...tapi kesannya adalah sangat efektif.

petang tadi aku ke HQ herbalife...sungguh terkejut aku bila tengok ramai pengunjung di sana adalah dari kaum ca ya nun alif....memang kaum tu tak pernah berkira duit untuk kesihatan mereka. cuba kita tengok...majoriti umah diorang ada water filter yang tegak berdiri kat depan umah diorang...jiran aku pun pasang...masa aku kat umah lama dulu jiran aku kiri kanan kaum tu...diorang pun pasang. aku selalu nampak..setiap pagi bila aku nak bertolak ke opis jiran aku yang dah berumur 65tahun akan berjalan2 dengan kawan2 yang sebaya...walaupun menggunakan tongkat. sampai aku terpikir..kenapa aku yang masih muda ni tak boleh nak buat macam tu...kalo weekend jer sayang nak tinggalkan tilam. Dari situ kita boleh simpulkan bahawa betapa mereka menghargai anugerah yang tuhan bagi pada mereka iaitu kesihatan tubuh badan.

dan kita pulak...lebih rela menghabiskan wang beratus2 sebulan hanya untuk membeli pakaian dan alat solek...tapi dalaman kita tak pernah amik peduli. makan pula belasah apa yang sedap di depan mata tanpa peduli berapa jumlah kolestrol yang masuk dalam badan kita. sebab tu ramai lelaki2 kaum kita buncit bila dah berkawen....atau bila dah berumur...(termasuk laki aku huwwwaaa....bila aku suh minum herbalife takmo..) dan perempuan plak...kalau dah beranak start la nak mengembang sana sini...(termasuk aku..masa tak kawen 46kg..lepas anak 2 jadi 68kg) pastu marah bila laki jeling pompuan seksi bila keluar sopping...salah sapa??? salah kita...sebab laki ni sumer sama...nafsu tetap ada. walaupun mulut diam..tapi dalam hati sapa yang tahu...nak cakap takut bini marah. tapi aku respek laki aku...siap tegur suh aku kurangkan berat badan. tercabar beb!!

sekarang ni...bila berat dah turun sket...metabolisme pun tinggi..aku dah kurang penat cam dulu. swimmng kalo dulu nak dapat 10 lap pun kena rehat 5 kali. sekarang aku leh dapat 20 lap...dalam masa 30 minit. skipping aku leh buat 1000x dalam masa 20 minit. bukan nak membanggakan diri ...tapi nak berkongsi.

selain tu...berita yang baru aku dapat dari seorang pengguna herbalife...beliau mengandung selepas mengamalkan herbalife selama 2 bulan (dengan izin-Nya juga). aku dapat tau..beliau dah berkahwin 4 tahun tetapi sukar untuk mengandung. kadang2 ada sesetengah masalah berpunca dari pemakanan kita...so, kena stabilkan badan kita dulu...tapi itu semua kuasa tuhan..kita manusia hanya berusaha.

takmo citer panjang2..kalo nak tau lebih lanjut pasal herbalife...layari blog aku yang seterusnya http://dietwithherbalife.blogspot.com

p/s : sayang duit tu sayang la...tapi kesihatan lagi penting sebab untuk jangka masa panjang.

Dialog Pagi Isnin

ikuti perbualan ibu dan anak di bawah. Kejadian berlaku semasa perjalanan ke sekolah dan tempat kerja.....

anak : mama, SKVE stand for what?

mama : South Klang valley (E = tak tahu......)

anak : one way tu apa?

mama : satu hala, maksudnya jalan tak boleh reverse...

anak : tengok ain dah boleh baca signboard cepat. mama bawa laju pun ain boleh baca. sekarang ni ain read little mermaid book...mama baca buku apa plak

mama : buku yang orang pos kat mama tu ler...

anak : oooowww...reader digest tu yer...mama, readers digest tu apa...digest tu apa mama???

mama : ( tak boleh jawab) nanti ain buka kamus yer...

p/s: moral of the story ...mama yang disebutkan di atas pun kena pegi tuition kumon

Bagan Lalang



"dengan cinta ku bina istana...
kau runtuhkan menjadi pusara"


cantikkan istana pasir di atas. aku snap ja picca tu. sapa punya aku tak tau. terpegun aku. sungguh terer sapa yang boleh buat istana pasir camtu. mesti yang buat tu orang tengah masyuk bercinta...daya imaginasi adalah sangat tinggi. sungguh berseni dan kreatif...rasa macam nak di framekan dalam muzium jer...




dua beranak yang sehati sejiwa....ain sungguh sayang pada papanya. kalau nak apa2 sumer minta kat aku...bukan sebab manja sebab takut duit papa dia habis. hangin aku!!! penat tau aku beranak...last2 papa yang dilebihkannya...



di manakah kami pergi pada hari ahad lepas...tentulah di Bagan Lalang....

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...