'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan'.
Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini?
Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukan akhirnya memberikan maksud yang amat ketara.
Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka. Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya.
Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. Bertambah rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka dan tidak suka melakukannya.
Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan semata-mata cita-cita tetapi adalah satu tanggungjawab. Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.
Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:
1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.
Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.
Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.
2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.
Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.
3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.
4. Tekad untuk jadi lebih baik
Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?
Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.
5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.
Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara.
****Disiarkan melalui Cermin Diri Kosmo! pada 7 Januari 2011
Kredit pada kak Su....amik semangat baca artikel ni. betullah....aku kena bersikap positip di tempat keje. walaupun hari ni semangat aku nak mai keje ibarat suam2 kuku. malas giloooo...tapi nak buat camner...bila pikirkan balik ...
- inilah keje pilihan aku....(dulu mak aku suh jadi cikgu aku tak mo...keje tak mencabar kononnya...last2 aku yang tercabar...padan muka aku sendre..kakak aku, adik aku sumer jadi cikgu..relax jer..takder pressure333 macam aku)
- dulu nak jadi engineer...dah amik engineering. konon333 nak keje cam jantan. nasib baik tak jadi ahli astronomi. padahal itu cita2 aku tingakatan 4..maklumler baru masuk kelas sains. cita2 pun over. tapi jangan taktau...tiap2 tahun cita2 aku bertukaq. sekejap jadi doktor, arkitek, ahli politik, ahli astronomi, engineer....cikgu???? tak pernah ada dalam senarai.
- kecik2 aku memang suka main komputer....masa tingkatan 1 aku dah masuk kelab komputer..masa tu disket macam piring hitam. pakai software pun....aku ingat2 lupa...tapi bukan dos masa tu....ntah apa ntah. pastu masuk poli...aku dan minta komputer sejibik...pentium 486...kira hebakkk la tu...masa tu komputer mahal...takleh orang pinjam. takut rosak.
nasib baik ibu ayam takder dalam senarai...kalo tak habis aku jual mak tiri ayam kat opis aku ni.
agak222 laku tak????
p/s : ini bukan en3 perancangan aku....rehat nanti aku hapdet. kalau sempat....
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...