Friday, November 04, 2011

PuiSi Jumaat


kekadang aku bertanya..
kenapa mesti aku???
mengapa memilih aku...??
mengapa aku???

dan akhirnya ku temui jawapan...
dalam belukar yang kuharung..
dalam lautan yang ku renangi...
dalam ranjau yang aku tempuhi..

indah hidup ini..
cantiknya perjalanan lukisan tuhan untuk aku..
semakin lama aku diuji...
semakin kental jiwa aku..
semakin berat aku dibebani..
semakin aku mengerti...
perit yang aku lalui...dihujung sana ada yang menanti..
luka yang aku ubati sendiri...di sana nanti ada yang merawati..

syukur padaMu Tuhan...
saat kau berikan aku kesakitan
kau turunkan aku penawarnya..
saat kau hilangkan aku kekuatan..
kau berikan aku penongkatnya..

aku tidak pernah menyalahkan takdir...atau menangisi nasib..
cuma kekadang...ada air jenih juga yang menitis di pipi..
bukan kerana aku tewas..atau pasrah
tapi kerana aku bersyukur..
dan aku tertanya-tanya...bagaimanakah perjalanan aku untuk hari esok..
yang telah dilakarkan untukku..olehMu

kini air jernih itu ibarat teman hidupku..
mengalir dan terus mengalir saban hari..
hanya untukMu...
dan aku akan terus bertahan..
dengan ujianMu..
Terima kasih Ya Allah...

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...