Friday, July 27, 2012

Ammar Demam

Ammar demam..
Malam tadi ok jer....suhu 36.6
Pagi tadi sebelum gi nuseri 36.9...
Rasa dedar2 badan
Sampai nuseri tiba2 panas..38.2
Mujur standby ubat dalam beg..
Cool fever pinjam orang punya....gila selamba aku. Nama pun aku x kenal..selamba aku pinjam.
Takper senin ni aku ganti ok.

Gi klinik doktor cakap demam viral
Cam biasa...
Tapi aku yang dah lama xde baby ni..cuak juga la
Lupa dah setep.setepnye
Dan hasilnya malam ni...jengjengjeng




Baru timbang tadi dah 7kg...demam pulok dah.

Biasala dok neseri...dah jiran perbaringan sebelah demam...haruslah dia pun ikut sama demam.
Takpa lah nak oiii...sakit sikit2 jer tu
Ujian tuhan...
Bersih dosa mamamu ini.
Huhuhu

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 25, 2012

NyanYiaN SePi

Langit bumi jadi saksi setiap detik yang berlalu
Hitam putih gelap terang di alam dunia
Semua wajah kan diuji dengan sesuatu yang dicintai
Harta benda dan segalanya semua kan binasa

Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang dipunya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu
Tiada bisa manusia mengulur sang waktu
Bila tiba masa datang maut menjemputmu
Semua yang di mata semua yang cinta
Semua yang dibangga akan hilang akan sirna

Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga
Mereka diberi rizki di dalamnya tanpa hisab
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian …

Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."

Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Sayyid Ahmad Al-Rifa’i pernah berkata: 



“ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”




Setiap detik, pasti ada orang yang meninggal dunia dan setiap detik jugalah ada bayi yang akan dilahirkan. Begitulah lumrah didunia. Yang hidup pasti akan mati dan kekosongan itu pastinya akan diganti.  

Wahai sahabat, dunia ini kita boleh umpamakan sebagai sebatang pohon dimana kita, sang musafir jadikan tempat untuk menumpang berteduh. Selesai sahaja urusan, kita akan menuju ke destinasi selanjutnya iaitu alam kubur. 

Di alam barzakh, kita sendiri tidak akan dapat mengetahui bagaimana nasib kita kelak. Adakah kita akan mendapat kenikmatan ataupun kesengsaraan. Adakah kita akan disiksa atau Allah akan melapangkan kubur kita selapang-lapangnya. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."

Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Sayyid Ahmad Al-Rifa’i pernah berkata: 

“ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”

Umar bin Abdul Aziz pernah  berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.

Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang  telah bersurai kecuali  beliau dan beberapa orang sahabatnya yang  masih tidak berganjak dari kubur tersebut.  Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya,  sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang.  Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada  jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.

Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.

Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku.  Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.

Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku lembutkannya dan rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara:

Pertama-
Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran  adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.

Kedua- 
Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.

Ketiga – 
Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan  juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.

Keempat-
Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.

Kelima-
Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. 

 Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”.  (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

“Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta,  pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

p/s : sesekali perlu mengingatkan diri sendiri..bahawa kematian itu semakin dekat.

RaPuH

Opick – Rapuh 

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

menitis air mata mendengar lagu ni..
apatah lagi saat2 menghayati lirik2 lagu yang membuai ini
terasa kerdil diri ini..
begitu alpa mengejar dunia yang fana...

mengapa mengejar cinta manusia..
jika cinta Allah itu lebih hakiki..
mengapa mesti kecewa bila dkhianati..
jika Allah ada disisi..

Tuesday, July 24, 2012

RaMadHan Ya KareeM




 Assalamualaikum...

alhamdulillah.....hari ni dah hari ke 4 kita berpuasa.   pejam celik pejam celik...nanti raya la pulak.  tapi sungguh kali ni aku tak merasa nikmat berpuasa.  kelam kabut dengan urusan dunia.  bila ada anak kecik...hidup menjadi tidak teratur lagik. tambah2 bila ramadhan...waktu kena susun semula. waktu sahur..berbuka...mandikan sikecik...tidurkan sikecik.  semua kena tukar ...kecuali hari sabtu dan ahad keadaan akan menjadi normal semula.

mesti orang heran kan....kenapa aku kalut semacam jer.  kedua-dua anak dara aku dilahirkan selepas hari raya.  kiranya bila ramadhan datang mereka dah agak besar..dalam 9 bulan cenggitu. so, aku takder masalah sangat nak menguruskan diorang.  masa tu keje pun tak pressure lagik...jadi cikgu. umah pun dekat pastu kecik jer...apartment.  jalan tak jem. bibik ada.  jadi apa aku nak kalutkan sangat kan. ramadhan tu aku sambut dengan meriah.  boleh singgah param suka2 hati. nak masak pun sempat.  balik kija sampai umah kol 5.15pm....jadi memang banyak masa aku nak memasak.   siap boleh memikir lagik....apa nak masak masa tu jugak.  sekarang ko jangan harap.  kol 5.05 pm kuar opis...gi nuseri amik my little caliph dengan aina.  dah kol 5.20pm....setel semua drive gi amik ain kat sekolah plak...kelas agama.  ting tong menunggu dia...kol 5.40pm baru leh gerak.  dah nak sampai seri kembangan tu jem la pulok.  korang yang biasa lalu kat situ tau la camner troknyerrr jem kat flyover tu.  tapi aku macho...hari2 aku potong line...terus menyusup masuk kat depan.  kira teror...ist gak la tu. so, sampai umah dalam kol 6.15 cenggitu.  sampai umah...dok ngangkut barang....pastu mandikan little caliph...tidurkan dia..susukan dia...baru leh jenguk dapur. kiranya...time berbuka tu...ngam2 la dengan selesai keje aku menguruskan ammar. 
tapi aku ok jer...aku yang memilih tak nak bibik kan.  so, aku kena tunjuk akulah superwoman. huhuhu.  laki aku tunggu jer aku surrender tu. aku surrender jer...dia angkat sorang bibik mai kat aku.  tak nak la aku.




gambar semalam....little caliph yang sangat lasak


bila tengok muka anak..penat pun tak terasa

time ni aku tengah kalut bersilat kat dapur,  3 orang anak2 aku sedang menunjukkan peranan masing2.  ain alhamdulillah....selesai solat asar...baca alquran.  aku tak sempat nak memantau.  mujur dia pandai bawa diri. aina pulak ambil alih jaga adik.

gambar subuh tadi.  lepas solat subuh dia mengaji.

ammar tunggu turn nak mandi.  mandi awal beb..kol 6.15am.  takper lah..nak oiii.  belajar mandi awal esok2 senang nak ke sekolah

masuk dalam kereta....on the way nak ke opis pagi ni.  2 beradik pengsan.  letih sangat gamaknya

tiba2 ada gambar aku.  lama tak interprem dalam blog ni.  sungguh besar kaki itu


apapun aku bersyukur diberi peluang untuk merasa ramadhan pada tahun ini.  Ampunkan segala dosa2ku ya Allah.(tanda orang banyak berdosa)

Rasullullah telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba: 
“Kamu telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi Allah.s.w.t, diturunkannya rahmat, digugurkannya (dosa-dosa) kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan BERBANGGA dengan kamu berhadapan dengan para malaikat... maka perlihatkan Allah kebaikan daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang CELAKA ialah orang yang di haramkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan”

ya Allah, semoga kami diletakkan dlm golongan yg MEMBANGGAKAN-MU dan jauhkan kami dari menjadi orang yg CELAKA...
 
 

Sunday, July 22, 2012

MaiD

Alhamdulillah..hari ni my weekly maid datang untuk menyambung tugas2 yang tak tersambung selama 2 minggu. Agak kelam kabut bila maid tak datang 2 minggu. Nak vacum, mop, iron baju pun kena buat jadual. Bilik air cuma aku sempat basuh 2 jer. 1 lagi aku dah x mampu dah.

Ya...sememangnya sangat penat bila umah double storey tapi xde maid. Anak pulak kecik2 3 orang. Tak menang tangan nak buat semua. Balik keje dah terkelepek. Tu pun terkelepek lepas aku dah setelkan anak2...masak...kemas...mandi. memang penat. Ikut hati nak jer aku amik maid lagik. Tapi otak aku bekeras. Try chem..to live without maid. Harus aku akan cuba dan bertahan. Ya la sekarang bukan murah maid. Dalam rm10k aku survey kalau amik thru agent. Nak murah leh jer amik pakai agent tak sah but bagi aku kalau amik macam tu susah nak dapat yang bagus.

Setengah orang tak kisah peel maid..janji ada helper kat umah. Tapi bagi aku...aku amaaaatlah memilih. Like my ex maid. Aku amik thru agent kat damansara. Cina. Tapi memang tiptop gak la. Masa tu tahun 2007 dan aku kena bayar dalam rm7k. Consider mahal bagi tahun tu. Tapi aku tak kisah...aku leh interview...leh tanya..leh pilih mana aku nak. Of course masa tu aku pilih maid yang anak2 aku berkenan. Naluri budak kadang2 lebih dari kita. Bukannye apa...kita keje..anak kita akan banyak masa dengan maid. So, mereka akan banyak meniru maid tu. Jadi...bagi aku kalau nak pilih maid...aku akan pilih yang betul2 aku berkenan. Yang boleh tunjuk contoh yang baik untuk anak2 aku. Tapi buat masa sekarang...weekly maid pun dah ok... Selagi aku boleh survive. Agak2 dah cover bilik air,iron baju,lap lantai..cermin..meja..lampu, dapur..bagi aku dah cukup enak. Aku cuma menten jer seminggu. Tak la terok sangat.

posted from Bloggeroid

Thursday, July 19, 2012

Anakku

Picca terbaru anak bujangku...sekejap jer masa berlalu. Moga kau terus membesar dengan sihat anakku...love u



And 2 puteriku yang semakin membesar. Mama sayang kamu juga.



P/s: Bila ada anak2 yang berpuasa ni, maknyer takleh la culas bangun sahur.

posted from Bloggeroid

cer bayangkan

lusa dah nak puasa...
eceehehhhh macam kompom jer kan..
tapi aku dah dapat bayangkan kekalutan yang akan aku alami..
kalo boleh nak sediakan jadual apa nak masak setiap hari
senang sikit

puasa kali ni aku ada 3 orang anak
sorang baby kecik..
kali ni takdak bibik..nak bantu aku apa yang patut
nak tak nak aku kena buat sendre
haiyaaakkkk!!!! kena bangun kol 4 pagi..masak sahur dengan berbuka sekali(kalo perlu)
wahhhh!!! perancangan hebat

sila abaikan tarawikh aku..
rindu nak solat terawikh..
tahun lepas aku termiss tarawikh...mengaku tanpa shy222
tahun ni harus termiss lagik.
tak dapat luangkan masa berjemaah...moreh sama22
rindunyaaaaaa...ada masa aku buat sendiri...
tapi banyak bezanya...
tak terasa bahang seperti di surau..
sambil terawikh..sambil kumpul kawan222

the end!!!




Tuesday, July 17, 2012

Dari Hari ke Hari....

dari hari ke hari..
aku nak hapdet blog..
tapi tak menjadi2.
oleh kerana kebizian miting dan seminar..
serta kebizian dok melangut tak tau nak wat apa..
terus aku jadi tiang kayu
 apa pun tak tau
hari ni..baru semangat nak buat kija balik.
tu pun setelah kedutaan zagreb call..
dan user sistem dah hantar isyarat..
sistem kena check semula..
sebab ada error..
otak baru nak mula beroperasi dengan lemah gemalainya
dasat penangan cuti beranak 4 bulan...
korang ada???
tapi aku nasihatkan..
kalo bby dan korang ok..
takyah le apply cuti lelama..
selain otak jem berkarat
anak pun manja lebih
nak angkat bontot pun payah
badan lemau...nak kija pun takder mood
cammmmmm aku leeeerrrrr...

ok nak check sistem dulu...tata

Monday, July 09, 2012

Mati Kutu

aku mati kutu hari ni...
hari pertama masuk keje terus tanduk naik..
tak masuk miting..
apa kelassss...hari pertama masuk miting..
sabarlah dulu..
ni pagi petang ada miting...apa celoppp
otak pun tak sempat nak compute lagik..

relaxlah dulu...pantang lagik seminggu.

Friday, July 06, 2012

5S

salam..
dah seminggu aku ulang alik ke opis..
mengemass...
konon2 nak 5s...last2 sampai hari ni tak siap lagik
tagging jer blom..
meja alhamdulillah...dah hammmmmpppiiiirrr kemas..
dah berkoyan2 kertas aku pi lunyaikan..
kosong rasa..
nampak beno selama ni aku simpan kertas tak guna.
patutla nampak cam bizi semacam jer...
sejarah lama pun dok simpan lagik.

hari ni last day aku cuti..
minggu depan dah stat naik kija
mampuuuhhh....
bos dah muka kelat dok menanti..
mesti akan tersenarai tugas2 untuk aku...
malas nak pikir la..
esok jer ler aku pikioooo

nak berenti dulu..nak pikir nak makan apa ni.

Wednesday, July 04, 2012

Intipan

Best juga bila jadi pengintip sekali sekala..
Tercapai gak cita2 masa form 3 dulu...
Konon nak jadi perisik..
Tak sedar badan pendek...heheh

Apa plak hasil intipan aku kali ni..
Harap2 dapat ikan jaws berdaki...

posted from Bloggeroid

Sunday, July 01, 2012

Bila Ada Anak Kecik

Bila ada anak kecik ni..
Hidup rasa terisi..
Bangun pagi lagu2 dah berbunyi..
Tak sempat nak tambah air liur basi..
Tak sempat nak bergossip sana sini..
Alhamdulillah..dosa pun tak jadi berguni

Tapi..kadangkala
Rasa cam patah kaki...patah hati
Bila tengok dalam lemari...
Baju2 pun dah tak boleh muat badan sendiri..
Keluar sana keluar sini..
Ntah bila nak gi cari baju pengganti..
Masa pun takder untuk diri sendiri..

Minggu ni aku hantar anak g nurseri...
harap2 sempat membeli..

P/s : anak2 adalah permata hidupku..

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...