alhamdulillah.....hari ni dah hari ke 4 kita berpuasa. pejam celik pejam celik...nanti raya la pulak. tapi sungguh kali ni aku tak merasa nikmat berpuasa. kelam kabut dengan urusan dunia. bila ada anak kecik...hidup menjadi tidak teratur lagik. tambah2 bila ramadhan...waktu kena susun semula. waktu sahur..berbuka...mandikan sikecik...tidurkan sikecik. semua kena tukar ...kecuali hari sabtu dan ahad keadaan akan menjadi normal semula.
mesti orang heran kan....kenapa aku kalut semacam jer. kedua-dua anak dara aku dilahirkan selepas hari raya. kiranya bila ramadhan datang mereka dah agak besar..dalam 9 bulan cenggitu. so, aku takder masalah sangat nak menguruskan diorang. masa tu keje pun tak pressure lagik...jadi cikgu. umah pun dekat pastu kecik jer...apartment. jalan tak jem. bibik ada. jadi apa aku nak kalutkan sangat kan. ramadhan tu aku sambut dengan meriah. boleh singgah param suka2 hati. nak masak pun sempat. balik kija sampai umah kol 5.15pm....jadi memang banyak masa aku nak memasak. siap boleh memikir lagik....apa nak masak masa tu jugak. sekarang ko jangan harap. kol 5.05 pm kuar opis...gi nuseri amik my little caliph dengan aina. dah kol 5.20pm....setel semua drive gi amik ain kat sekolah plak...kelas agama. ting tong menunggu dia...kol 5.40pm baru leh gerak. dah nak sampai seri kembangan tu jem la pulok. korang yang biasa lalu kat situ tau la camner troknyerrr jem kat flyover tu. tapi aku macho...hari2 aku potong line...terus menyusup masuk kat depan. kira teror...ist gak la tu. so, sampai umah dalam kol 6.15 cenggitu. sampai umah...dok ngangkut barang....pastu mandikan little caliph...tidurkan dia..susukan dia...baru leh jenguk dapur. kiranya...time berbuka tu...ngam2 la dengan selesai keje aku menguruskan ammar.
tapi aku ok jer...aku yang memilih tak nak bibik kan. so, aku kena tunjuk akulah superwoman. huhuhu. laki aku tunggu jer aku surrender tu. aku surrender jer...dia angkat sorang bibik mai kat aku. tak nak la aku.
gambar semalam....little caliph yang sangat lasak |
bila tengok muka anak..penat pun tak terasa |
gambar subuh tadi. lepas solat subuh dia mengaji. |
ammar tunggu turn nak mandi. mandi awal beb..kol 6.15am. takper lah..nak oiii. belajar mandi awal esok2 senang nak ke sekolah |
masuk dalam kereta....on the way nak ke opis pagi ni. 2 beradik pengsan. letih sangat gamaknya |
tiba2 ada gambar aku. lama tak interprem dalam blog ni. sungguh besar kaki itu |
apapun aku bersyukur diberi peluang untuk merasa ramadhan pada tahun ini. Ampunkan segala dosa2ku ya Allah.(tanda orang banyak berdosa)
Rasullullah telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba:
“Kamu
telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi
Allah.s.w.t, diturunkannya rahmat, digugurkannya (dosa-dosa)
kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan
sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan BERBANGGA dengan kamu
berhadapan dengan para malaikat... maka perlihatkan Allah kebaikan
daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang CELAKA ialah orang yang
di haramkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan”
ya Allah, semoga kami diletakkan dlm golongan yg MEMBANGGAKAN-MU dan jauhkan kami dari menjadi orang yg CELAKA...
ya Allah, semoga kami diletakkan dlm golongan yg MEMBANGGAKAN-MU dan jauhkan kami dari menjadi orang yg CELAKA...
sejuk perut ibu mengandung!
ReplyDeleteAlhamdulillah....maknyer pulak yang segan. Huhu
ReplyDelete