Thursday, September 27, 2012

Ammar Sakit Lagi

Ammar masuk wad lagi....
Start jumaat malam..ammar dah start batuk2.
Kami decide g klinik biasa jer...amik neb.
Hari sabtu malam...kol 7 nafas dah makin semput..kami g amik neb lagi. Biasanya macam tu dah ok. Tepat jam 4am...ammar mula bernafas kencang. Pastu bunyi desah nafas pun makin kuat. Aku capai apa yg patut..mujur malam tu aku dah standby beg2 kat depan pintu. Pastu kami terus pecut ke kl. Plan awal nak terus admitted kat pusrawi...tp otw ke hospital ammar mcm ok jer...kami bermalam kat hotel putra. Lepak hotel satu malam dulu.

Pagi2 esok..lepas sarapan kami register kat pusrawi n jumpa dr k. Perkataan pertama kuar dari mulut dr k....ni kena masuk wad ni. Kahak dah berkumpul kat paru2. Fuh!!!! Aku terus rasa nak pensan. Mmg aku dah agak akan kena masuk wad...tp aku harap doktor tak cakap macam tu. Sekali kena masuk juga. Pas berbincang dengan doktor jenis rawatan yang nak diberikan....aku pasrah je lah. Nak wat camna. Kalau balik umah..aku plak tak sanggup nak dengar nafas dia.

Hari pertama ammar dah kena suction. Fisioterapi tu cakap kahak masih pekat...lendir dah banyak. So...ubat akan diberikan lagi. Selain dari amik neb..ammar kena amik ubat lendir...ubat kuatkan paru2 dan ubat batuk termasuk lah antibiotik.

Hari ni hari ke 4 dah. Aku harap hari ni ammar leh balik ke umah. Penat jaga budak sakit kat spital. Tak cukup rest..tido tak selesa..badan sendiri pun sah tak terurus. Tapi demimu anak...mamamu tak mandi pun takpa.





Ammar..hari ke 4 kathospital





Kakak2 yang setia menemani

P/s : sakit itu ujian....bersyukur.

5 comments:

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...