Friday, January 25, 2013

Pic Kenangan

kamu dalam kenangan bos!!!!!

Entri Terperam

kembali bersiaran...selepas main share share gambar jer...

tak tau nak citer apa...walau banyak benda nak citer..
last week hari jumaat kami buat majlis farewell untuk bos ter'chenta'. (sangatttttttt).  konon2 nak surprise la kan.....bos terchenta kami ni dah naik pangkat....pindah ke MAMPU.  so....dalam pada kami mencikkkk!!!! kami sebenarnya sangat terasa kehilangan.  Yo!!..sapa sangka hari tu..air mata aku paling laju meleleh. sebab beb..4 tahun aku dok bawah jajahan dia....tekanan..pressure..rasa nak larik..nak pindah...semua ada.  siap doa2 yang tak baik lagi untuk dia.  gila jahat bila dikenangkan kembali.  so, air mata aku hari tu sebenarnya adalah tanda bahawa aku sangat terasa banyak dosa dengan dia.  harap2 di maafkan.






sedih kan??!!!!.....banyak juga jasanya pada kami.   dengan kegarangannya lah kami daripada bergantung pada vendor...dah pandai buat sendiri.  dengan keberaniannya lah...kami develop sistem secara dalaman...takde lagi outsource.  sapa sangka...daripada 0 knowledge....masing2 dah jadi terer. walaupun hari2 kami kena marah...tapi kami tak heran pun.  keluar bilik semua cam takder apa2. menten gelak huhahuha.

apa2pun..semoga bos aku ni berjaya dan cemerlang ditempat baru.  moga dapat anak2 buah yang tak degil megil cam kami ni.  selamat maju jaya bos...ikhlas dari hati saya yang kerapkali dilukai oleh bos...lukanya sangat dalam box....nggak bisa diobati lagik.

Monday, January 21, 2013

Thursday, January 17, 2013

Hidayah

Mesti orang gelakkan bila baca ni...argggghhhh pedulik hapa aku....tak heran.

sebenarnya dah lama aku terbekenan tengok cara wanita muslimah berpakaian...
teringin....tapi bukanlah yang memanjang pakai abaya....bukan juga yang berpurdah sepanjang masa...
janji menutup aurat...menjaga susila...teringin..

tapi entah bila....giliran aku pulak..
harap2 aku sempat mengikut hukumNya sebelum menutup mata....ajalkan bila2. kita tak tahu masanya...
semoga hati aku terbuka...tudia doa tak ingat dosa pahala....tapi aku seriyesss ni.  seriyeesss nak berubah ke arah kebaikan.  huhuu


semoga aku sempat........

Wednesday, January 16, 2013

Teman mesra ammar

Salam...

Hari ni aku cuti lagi. kali kedua untuk tahun 2013...bukan sengaja nak cuti. Tapi kesihatan ammar tak mengizinkan aku ke opis.
Semalam masa antar ke nurseri...cikgu neseri pun dah cuak. tambah2 lagi bila dengar bunyi nafas ammar. kali ni bukan bunyi dari leher...ataupun kahak biasa..tapi bunyi dari paru2 yang dah sempit disebabkan kahak dah berkumpul terlalu banyak. so..memang nampak ketara dia nak bernafas pun dah semput.

Malam tadi...aku memang dah pasang niat nak bercuti jer hari ni. kesian ammar....sakit2 pun aku tinggalkan kat neseri. tambah sedih bila time rehat masa aku gi jenguk dia. siap nak tido atas riba aku lagi. memang nampak sangat dia perlukan aku sangat2. Cuma aku yang terpaksa keraskan hati...cekalkan jiwa,..disebabkan terikat dengan komitmen kat opis. Meeting memanjang.

Pukul 2 pagi tadi ammar tetiba demam. suhu dah mencecah 39.5. Aku bungkus dengan kain basah....masukan ubat bontot...tepuk belakang dia. kahak dah terlalu bnayak membuatkan dia sukar nak bernafas. tapi disebabkan aku dah biasa dengan keadaan dia...so aku takde la panik sangat. macam biasa...kasi nebulizer..tepuk depan belakang. alhamdulillah...lega la sikit.

Pagi tadi gi jumpa doktor cheok. paed kat colombia asia. Aku suka dengan doktor tu. dia rajin terangkan apa yang aku tak faham. ain..aina pun pernah kena warded kat situ...dan walaupun ada 3 paed kat situ...dia pulak yang kena rawat anak aku. Kebetulan. so..kisah ammar ni...akhirnya doktor decide ammar kena start guna inhaler. Sebab ammar dah hampir asma. kes ammar tak macam kes baby2 lain. walaupun ramai baby yang kena selsema kat neseri...tapi kahak tu tak memberi kesan pada lung diorang. ammar pula...doktor cakap paru2 dia terlalu hyperaktif. Mudah memberi respon pada segala macam habuk...dan asap. bahaya tol la. So...aku kena selalu bernati hati dan kena memastikan ammar hidup di persekitaran yang bersih. Tapi faham2 jer la kat neseri. aku selalu tak puas hati pasal tilam ammar selalu kotor.banyak habuk. tapi nak buat camner. terpaksa pejam mata...dan sebab tu juga aku selalu turun gi lawat ammar. Sambil2 tu aku kibas sekali tilam ammar.

Berbalik pada citer inhaler tu....inilah teman baru ammar....





3 kotak yang lengkap. biru untuk kecemasan. oren kena pakai hari hari. 2 kali sehari sehingga tiga bulan. Kalau dah ok..dos akan dikurangkan. inhaler ni takleh trus stop. bahaya. so..hanya boleh dikurangkan dos..sehingga ammar dah stabil:-)





Chamber ammar. siap ada teddy lagi. comel plak tu. maka mulai hari ni...aku takleh kemana mana tanpa benda alah ni. ke a usungla..bertambah besar lasaiz beg aku pas ni.




Comelkan chamber untuk budak2ni. Macam2 kaler ada. baru aku tau




Lastbutnotleast......gambar pesakit kesayangan hamba....


Semoga ammat cepat baik ya sayang....kena kuat lawan penyakit ammar tu. besar nanti jadi pilot....hensem anak mama....:-)

posted from Bloggeroid

Sunday, January 13, 2013

Pocoyo

Aktiviti budak kecik di rumah.... layan pocoyo.









Demam + batuk + kahak ...tapi still aktif. Aku plak batuk berkahak...tapi rasa nak pitam.

posted from Bloggeroid

Saturday, January 12, 2013

Batuk Kahak Kembali Menyerang

Aduhhhh...batuk selsema kembali menyerang aku. Ni mesfi berjangkit dengan ammar. Takpun dengan bebudak kat neseri tu. Apa taknyer....tiap kali aku masuk neseri melawat ammar....baby2 lain mai dok kerumun aku. Habis ditenyeh2nya hingus kat aku. Nak tepis kang orang kata sombong. Redha jer la.

Penat la batuk berkahak ni. Kesian ammar..macammana agaknya dia tahan batuk kahak ni.



Sakit2 ni best gak kalo syer image ni. Memang kenyataan pun. Huhu

posted from Bloggeroid

Thursday, January 10, 2013

Panjang Ceritanyeee

Lama tak hapdet blog dengan kata2 yang jela menjela.  takder mood walau banyak cerita.  ala lagipun takder sapa sangat pun nak tau citer aku ni...so suka suki aku jer nak tulis taknak tulis.  ikut mood betul.  kebetulan pulak hari ni bos cuti.. sambil2 check system...dah penin pala...teringat pulak nak meluahkan perasaan.  eh333 ada perasaan yang bersarang dalam jiwa ker aku ni????...

lagi 3 minggu....aku sefamili akan terbang ke oberse.  yesss!!! kira oberse jugakla walaupun takder la 4 musim sangat.  ni kali ketiga untuk ain dan aina tapi first time untuk ammar.  agak2nya camner la gayanya nanti bawa ammar terbang lelama.  time ain dengan aina dulu ok jer....dah besar boleh jalan.  ni masih nak berdukung lagi.  plan asal aku nak gi solo jer...tapi tiba2 en husband nak ikut.  ala..aku tau bukan sebab nak gi sangat...tapi sebab tak konpiden nak jaga ammar yang amat lasak sekarang.  flight dah book...hotel pun dah book.  tak sabar plak nak tunggu hari tu....well....tunggu jer la citer aku nanti,....tu pun kalo rajin aku nak hapdet.  apa2 pun harap2....Attractive.Style.Addict aku akan menjadi dan berkembang dengan jayanya.  aminnn.......

hari ni pun dah hari ke 7 persekolahan...dah dua hari ain dah taknak pakai tudung gi sekolah. sebelum buka sekolah beria333 ajak aku gi cari tudung pengawas.  nyaris2 aku nak tempah online. tapi naseb baik aku terpikir nak gi pasar tani.  mujur ada.  rm8 sehelai.  aku plak pulun beli 4 helai.  sekali start semalam dia dah takmo pakai tudung.  panas katanya.  aku ok jer.  taknak memaksa.  nanti time hati dia terbuka nak pakai tudung dia pakai la sendre.  takder mood aku nak paksa2. kalut.  sempoi kan...malas nak fikir banyak2..ikut suka kamu la nak oiii...

aina pula sejak aku transfer ke smart reader kids seri kembangan tu....nampak ok la sket.  tapi perangai suka merajuk dengan mengamuk tu tak hilang2 lagik. aku pun dah mati kutuk.  segala petua aku ikut.  last2 aku fikir...baik aku buat dono jer.  kalau orang tak layan....takder la dia merajuk.  minta perhatian lebih sangat.  sejak ada ammar ni..makin triple fople dia punya peel.  sampai hari ahad tu dia pukul kaki ammar dengan bantal kuat giler...alasan...ammar ni notty sangat.  hahahah.  takleh harap kalo tinggal kat dia saja.  kena tengok jugak.  nanti tak pasal2 ammar lebam dia kerjakan. 

aku pulak..azam tahun baru ni..nak buat keje dengan jayanya.  no more tangguh mangguh.  nak buat keje dengan lebih tersusun dan berdisiplin..harap2 menjadi.  azam tak jadi pekasam macma tahun2 lepas.  pasal berat badan,...malas nak amik tau dah.  bak kata kawan aku bila aku ngadu makin domuk.."apa nak dikejar nikmat dunia...makin dikejar makin jauh...kejar akhirat...hati dan jiwa tenang" amik ko...kena sedebuk.   tapi betul jugak...nak kejarkan badan slim melim..dosa pulak makin mengembang.  hahaha.  so...sekali lagi..baik aku buat dono jer.  sempoiiiiii.

aku nak gi pekena kopok lekor azah jap....mesti sedap kalo free.


Bulan Ditutup Awan

Bulan Ditutup Awan


Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu

p/s : nak cari lagu ni....tapi bila donlod bunyi hancur,....giler best suara yuna

Sunday, January 06, 2013

Adil



P/S : tuhan itu maha adil...

posted from Bloggeroid

Berpura-pura



Eheemmmm....

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 01, 2013

Mengelupur

Malam2 jahit lencana sekolah anak. Kelam kelibut. Esok dah sekolah. Baru hari ni pulun cam orang gila. Seterika baju sekolah 10 pasang. Untuk ain pulak lagi teruk...dari kain kembang belakang..kemeja..vest..tudung. 5 pcs termasuk tali leher. Berpeluh la ko nak oiii gi sekolah pas ni. Melilau rata aku gi cari tudung pengawas..akhirnya jumpa kat pasar tani putrajaya. Rm8 jer selai. Jimat.

Boleh pulak ain cakap...kalau sukan taknak pakai tudung. Panas. Boleh plak cam tu. Tapi nak buat camna...aku dulu camtu jugak. Time jadi pengawas dulu..aku simpan tudung dalam beg sekolah. Masuk jer gate sekolah tu..terus sarung. Syarat...pasal wajib. Huhu. Sekarang giliran anak aku pulak. Mana tumpah nyer kuah kalo tak ke nasik. Takpa la nak oiii....cukup umur nanti pandai2 la kamu nak pilih jalan yang betul.

Esok dah stat sekolah. Maka statlah semula kesibookan aku ni. Harap2 leh kurus la aku...hihihi.

Aina dah aku tukarkan sekolah...harap2 kali ni menjadi gitu....cemerlang dan berbintang2.

Ammar tak tido lagik. Aku dah ngantuk. Esok nak bangun awal..maklumler anak dah jadi pengawas sekolah....dulu orang tulis nama dia pasal lambat..tahun ni takkan dia nak tulis nama sendre plak kan.

Selamat tahun baru pada kawan2 ku...takde apa yang berubah .....nombor pun tak berubah. Hehehe

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...