kembali bersiaran...selepas main share share gambar jer...
tak tau nak citer apa...walau banyak benda nak citer..
last week hari jumaat kami buat majlis farewell untuk bos ter'chenta'. (sangatttttttt). konon2 nak surprise la kan.....bos terchenta kami ni dah naik pangkat....pindah ke MAMPU. so....dalam pada kami mencikkkk!!!! kami sebenarnya sangat terasa kehilangan. Yo!!..sapa sangka hari tu..air mata aku paling laju meleleh. sebab beb..4 tahun aku dok bawah jajahan dia....tekanan..pressure..rasa nak larik..nak pindah...semua ada. siap doa2 yang tak baik lagi untuk dia. gila jahat bila dikenangkan kembali. so, air mata aku hari tu sebenarnya adalah tanda bahawa aku sangat terasa banyak dosa dengan dia. harap2 di maafkan.
sedih kan??!!!!.....banyak juga jasanya pada kami. dengan kegarangannya lah kami daripada bergantung pada vendor...dah pandai buat sendiri. dengan keberaniannya lah...kami develop sistem secara dalaman...takde lagi outsource. sapa sangka...daripada 0 knowledge....masing2 dah jadi terer. walaupun hari2 kami kena marah...tapi kami tak heran pun. keluar bilik semua cam takder apa2. menten gelak huhahuha.
apa2pun..semoga bos aku ni berjaya dan cemerlang ditempat baru. moga dapat anak2 buah yang tak degil megil cam kami ni. selamat maju jaya bos...ikhlas dari hati saya yang kerapkali dilukai oleh bos...lukanya sangat dalam box....nggak bisa diobati lagik.
Bagaimana pula respond the boss yang diraikan?
ReplyDelete