Monday, January 06, 2014

Jangan Bersedih...Allah Sentiasa Ada di Sampingmu

LA TAHZAN….
hari ini aku menulis dengan hati yang tenang...pagi tadi aku masih marah.  menulis saat hati sedang marah ibarat mencurah minyak pada api yang sedang marak. tiada keserabutan dan masalah yang membendung dalam kotak pemikiran…BENAR..dengan berdoa…Allah mendengar rintihan kita..dan membantu kita..kenapa kita hambaNya dengan ego yang tinggi terasa berat untuk mengangkat tangan menadah memohon keampunan penuh keinsafan dan taubat..mengadu dengan rendah hati..ego itu harus dibuang…kerana di atas dunia yang semakin banyak dugaan dan pancaroba dan propagandanya..hanya DIA kita harus percaya..hanya DIA tempat kita mengadu segala…sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun lagi maha pengasih dan penyayang..

Sebagai seorang wanita..seorang sahabat..seorang kekasih…seorang isteri..dan seorang ibu…kita harus sentiasa tabah untuk mengharungi segalanya sementara nyawa masih berada di dalam diri ini…DUGAAN sentiasa ada..walau dimana-mana kita berada..hari ini kita gembira..mungkin esok kita akan berduka..jangan harapkan mentari kan memanaskan bumi sepanjang hari..kerana hujan kan turun bila-bila masa sahaja…persiapan diri mental dan fizikal perlu untuk kita teruskan hidup…
Terlalu banyak dugaan telah dihadapi sejak 37 tahun hidup di atas muka bumi ini…namun ada satu kekuatan dalam diri ini untuk terus melawan dugaan demi dugaan..tanpa melawan….kerana..ALLAH S.W.T akan menduga kita selagi kita mampu menangani dugaan itu…ia bukan aniaya..tetapi kerana mahu kita dekat denganNYA..kerana kasihNYA kepada kita hambanya…
“Allah tidak membebani seseorg itu melainkn sesuai dengan kesanggupanya”
surah Al-Baqarah ayat 286
 
“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggin darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
surah Al-Imran ayat 139
 
 setiap hambanya diuji dengan pelbagai dugaan,pelbagai kesedihan,kesakitan..dengan harapan moga kita kembali kepadanya..dugaan besar mahupun kecil..adalah nikmat buat mereka yang menikmati dugaan itu..
 
“bawalah daku kembali kepada jalan mu..kuatkan lah diri hambamu yang kedil ini..jauhi daku dari kesedihan ini berpanjangan agar daku mampu mencapai redha mu Ya Allah..”aminn..

LA TAHZAN
sebelum ni tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu apa itu maksud “La Tahzan”…yelah..mengaji kat sekolah tak ambil bahasa arab..dan dalam kehidupan seharian belum pernah diberi peluang untuk mendengar perkataan itu sehingga satu peristiwa berlaku dan perkataan itu keluar dari mulut seorang hamba Allah…“La Tahzan..bersabar..ingat pada Allah”

InsyaAllah aku tidak akan terus mengalah kepada dunia yang penuh dengan pancaroba..kerana Allah sentiasa ada bersamaku..
Ya Allah Ya Tuhanku..aku memohon ampun daripadaMU..aku mohon kerdhaan daripadaMu..aku mohon kau lindungi keluargaku…anak-anakku dan suamiku Ya Allah…hanya kebahgiaan yang kucari di dunia ini dan di akhirat sana…berilah kami sekeluarga peluang itu Ya Allah…Amin..Ya Rabill Alamin…….

 Sesungguhnya aku tidak terdaya untuk menghadapinya sekali lagi Ya Allah..namun jika itu yang telah KAU tetapkan..akan ku harungi jua lautan api tersebut sehingga menemui lautan jernih lagi harum mewangi…:)

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...