Friday, August 05, 2016

Belajar Mengexplore Gugel Translate

Lepaskan dia pergi.
Relakan.
Bila sudah sampai ke titik terakhir,
Akur sahajalah pada aturan takdir.
Apa perlunya kau tahan-tahan sesuatu yang tidak lagi memberikan kebahagiaan?
Lepaskan dia pergi
Biarkan saja tanganmu kosong tanpa isi.
Kerana pada detik yang seketika ini,
Ia harus dipersiapkan untuk sesuatu yang bernama pengganti.
Jadi sudahlah.
Biarlah dia pergi.

Assalamualaikum....salam penghulu segala hari...semoga kita semua mendapat rahmat darinya...

wahhh!!! dah jadi trend...dua hari sekali update blog.  padahal banyak jer draft dalam ni...tapi kena kontrol satu demi satu baru leh publish. 

semalam seharian meeting.  agak kesibukan.  hari ni pun kol 9 nanti meeting.  tapi sementara menunggu waktu keje bermula..meh la update sikit kan.  bosan lak!.

aku tengah mengexplore gugle translate ni....hahahah. agak kelakar kan...baru dok sibuk dengan gugel  translate.  ada la sikit2 patah perkataan yang tengah prektis wat skrip antarabangsa.  nanti nak bercakap sepatah dua takde la..baru nak kalut susun ayat.  ok..now boleh gelak guling2...dah nampak kecuakkan di situ.  i admit it

dah lama2 dok gomen ni...baru terasa..betapa english aku makin hancusssss.
padahal dulu setakat nak mengarang esei...nak siapkan tesis..pejam mata ja boleh dah buat. 
sekarang jangan kata nak wat minit...nak wat karangan sekolah anak aku pun rasa cam tak confident ja..apa nak jadi ni???


Picca semasa attend meeeting di Grand Hyatt...berposing sakan...i loikeeee!!!

tak sabar nak jumpa buah hati dari obersea..nak kena hafal skrip ni..
ok bye!!!..takleh celoteh banyak2..nanti lupa habis apa yang ada....



1 comment:

  1. Assalamualaikum dear ChemSO,

    Saya setuju, bila kita kerja di GLC or government sector perbualan dlm BI sangat kurang..

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...