Friday, January 30, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah...setelah beberapa lama aku memasang niat untuk mengadakan blog sendiri..hari ini tercapai juga. bukan kerana tidak tahu..tapi kerja yang menuntut terlalu banyak masa sehingga tidak ada ruang untuk aku mengaktifkan blog aku sendiri. Biasalah..kerja makan gaji bukan seperti kerja sendiri. Harap-harap blog aku ini, akan terus aktif...sekadar untuk menerbitkan apa yang aku rasa untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan pembaca sekalian.

Ehmmmm, waktu rehat dah hampir tamat...sekejap lagi aku akan meneruskan perjuangan di dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada aku. Mudahan-mudahan..Tuhan akan sentiasa memudahkan urusanku. Setiap apa yang aku lakukan...hanya satu kata-kata yang menjadi peganganku ..."berkerjalah dengan amanah dan senyumlah walaupun perit".

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...