Sunday, February 01, 2009

Senyumlah

Assalamualaikum...

Syukur kerana masih ada kesempatan untuk aku terus menulis di dalam blog ini. Hari-hari yang aku lalui terasa begitu gembira sekali...Keriangan..Kegembiraan dan Kebahagian sentiasa menyelubungi hidup kami. Bercakap tentang kegembiraan..Ya..semua orang inginkan kegembiraan...tetapi hanya satu cara yang dapat mewujudkannya, iaitu dengan mengawal pemikiran kita. Kegembiraan tidak bergantung kepada keadaan luaran kita..tetapi ia terbit dari dalam diri kita sendiri.

Kegembiraan tidak terbit berdasarkan kepada apa yang kita miliki, di mana kita berada dan apa yang kita lakukan untuk membuatkan kita berasa gembira atau tidak. Ia adalah apa yang kita fikirkan mengenainya. Jadi, tidak ada sesuatu yang buruk, melainkan pemikiran kita yang membentuknya.

Jadi di sini aku ingin berkongsi satu petikan nasihat yang menarik daripada Elbert Hubbard, yang patut kita sama-sama renungi....


"Setiap kali anda keluar dari pintu, tariklah dagu anda ke belakang dan angkatkan kepala anda tinggi-tinggi. Isilah paru-paru anda dengan udara pada setiap tarikan nafas, sehingga penuh. Biarkan sinar mentari memberi kesan yang sihat kepada anda. Sambutlah rakan-rakan anda dengan senyuman dan usahakanlah supaya sikap peramah anda itu disalurkan kepada orang lain melalui jabatan tangan anda.

Jangan berasa takut disalahertikan oleh sesiapa tentang tindakan anda itu dan jangan menghabiskan masa walau seminit pun untuk memikirkan mengenai musuh-musuh anda. Pastikan supaya tujuan anda jelas kelihatan di hadapan anda, dan usahakanlah supaya anda terus maju ke arah tujuan itu. Tumpukan fikiran anda kepada perkara-perkara yang baik dan indah yang ingin anda lakukan. lambat laun tanpa disedari, anda telah mengambil kesempatan yang diperlukan untuk memenuhi keinginan-keinginan anda itu.

Lihatlah keinginan anda, penampilan yang kuat, tampan, cantik dan berguna, dan jika anda tetap melihat gambaran keinginan itu, lama kelamaan anda akan muncul dengan individu yang anda kehendaki-fikiran yang paling berkuasa. Peliharalah keinginan yang baik-baik dalam fikiran anda. Sentiasalah bersikap tabah, terbuka dan riang. Sesiapa yang memikirkan hal-hal yang baik dan positif, beliau pasti dapat melakukan pekerjaan yang kreatif. Setiap sesuatu yang dilakukan bermula dengan keinginan, dan setiap doa yang dibuat dengan bersungguh-sungguh pasti dikabulkan.

Anda akan menjadi seperti apa yang anda inginkan dalam diri anda. Tariklah dagu anda ke belakang, angkatlah kepala anda tinggi-tinggi kerana anda juga mampu melakukan perkerjaan-pekerjaan yang bermutu"

Satu ungkapan pepatah china, yang baik untuk kita renungi dan fikirkan : "Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah mereka membuka sebuah kedai" Jika anda ingin supaya disenangi oleh seseorang, maka SENYUMLAH.

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...