Baru habis FM launch kat PORTAL LID. cuak jugak aku..sebab kat portal tu, ada sistem pendaftaran online aku. prepare jugak gambar FM. kot2 tetiba nak plak di cubanya register online. cuak...cuak...tapi naseb baik majlis berlangsung dengan begitu sempurna. takder cacat celanya.
berakhirnya lid..maka berkuranglah pressure dan tekanan aku. sekarang aku dah boleh fokus pada kerja2 hakiki aku. banyak yang aku tangguhkan gara2 lid ni. contohnya..database aku...dah 2 bulan aku tak update. sistem2 intranet yang terabai dan laporan aduan mingguan dan monthly. semuanya aku terpaksa tinggalkan sebentar sementara memberi laluan pada sistem lid.
mencabar sungguh jadi SA ni. seksa zahir dan batin.....
bukan sahaja kerja2 hakiki aku tinggalkan...tanggungjawab aku sebagai ibu dan isteri juga sedikit terabai semenjak aku melibatkan diri dengan lid ni. aku dah jarang masak kat rumah. jarang sesangat. boleh dikira seminggu hanya 2 kali sahaja. macam tu juga dengan anak2 aku. aku balik keje jer diorang dah tido. sampai umah dah around 9pm....keje sekolah pun aku tak sempat semak. kadang2 pagi2 baru ain siapkan homework...ada sekali dia bangun 4 pagi ...buat homework then kejutkan aku suh semak. kesian....sungguh!!! aku dibayangi rasa bersalah sangat.
time pagi aku akan memasak untuk ain...sarapan merangkap bekal ke sekolah. hanya itu sahaja yang aku boleh buat sekarang..bangun dengan keletihan sebab malamnya memikirkan sistem... kesian. kadang2 bila aku terlambat...ain akan kejutkan aku "mama, mama cakap nak masak mee hari ni"....rasa sedey dan terharu sesangat. aku tak mahu kerana keje aku gadaikan kehidupan anak2 aku yang masih kecil.....
permata hati aku....dua orang puteri yang kini aku terpaksa abaikan sekejap demi memenuhi tuntutan keje. mama minta maaf ya...habis projek ni mama pasti akan habiskan masa untuk kamu berdua.
so, hari ni dengan azam baru...aku nak jejakkan kami ke rumah before 7pm..memasak...dan menguruskan rumahtangga aku dengan sebaik2nya. aku mahu menjadi seorang wanita bekerja yang sempurna dari segi pembahagian masa dan tenaga. mudah2an impian dan hajat aku ni di perkenankan tuhan. sori ya bosss...mungkin hari2 selepas ni...saya akan tinggalkan bos berceloteh seorang diri....tanpa dilayan.
walaupun aku telah berazam dengan hebakkknya...tetapi pada weekend yang lepas aku telah meyiapkan station keje untuk aku dalam bilik tido. dalam2 mau tidak menyentuh lappy di rumah...akhirnya aku terpaksa juga. dah nama sistem analyst kan??? hidup tanpa pc, ibarat pokok yang tak berbuah...hehehe betul ker????
masing2 sudah ada workstation...so, bila malam menjelang...berkeliaran lah semua mencari tempat keje sendiri. somi aku menyiapkan tender dan drawing...aku plak berblogwalking dan berfacebuking...anak2 aku plak melukis dan siapkan homework.
untuk anak2ku....mama sayangkan kamu lebih dari diri mama sendiri....luv u beri2 much. dan saat ini juga aku merindukan ibuku...pasti ibu aku merindui aku seperti mana aku merindui anak2ku. insyaallah mak...bulan 5 nanti akan ku usahakan agar aku dapat pulang ke kampung bertemu mak. miss u mak. huuuuwwwaaaaaa.........
eh!!!! tadi aku cakap nak balik awal kan??? sekarang dah kol 6.30pm...aku masih di opis. ohh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...