SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..
percaya tak...selama ni aku tak pernah dengar lagu ni. dok baca dalam fb member2...dok baca dalam blog...orang cakap best. tapi aku tak pernah bernafsu nak cari lagu ni atau nak try dengar. sehinggalah kemunculan anuar zain hero malaya pad amalam ABPH lepas. wahhhh!!!!! rasa tersentap...terpegun...terkesima. memang layak jadi hero malaya. ada value.
tapi lagu ni cam ada2 iras lagu nyanyian Adira AF8...KU ADA KAMU. mungkin lagu tu versi wanita...lagu sedetik lebih ni versi lelaki. dah sah2 kan penulis lirik lagu ni hero yang sama...maka bunyinya pun harusss sama dong!!!
sambil2 menaip entry ni aku sedang melayan lagu ni...sungguh tersentuh!!!!! rasa nak menangis...rasa nak terkentot..rasa nak peluk laki aku pun ada. heheheh.
tabik spring la kat lagu ni....ringkas...tapi penuh bermakna. harap2 pasni kru leh produce lagi lagu2 yang lebih best. takder la lagu2 tangkap lentuk cam zaman2 spin, spoon, scoin dulu tu...boooosssaaannnnn...
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...