Thursday, September 19, 2013

Hidup Adalah Satu Pilihan


Hidup adalah sebuah pilihan. Semua orang tahu tentang cabang hidup ini. Tetapi kadang-kadang untuk melayari hidup seharian, kita terperangkap dan tidak menemui jalan. Kita memaksa diri mengharungi jalan di hadapan dek kerana kita tidak punya hak dan bisa memilih. Natijahnya, matlamat hidup goyah. Terumbang-ambing tidak bertepi. Andai bernasib baik, semuanya akan baik-baik sahaja. Jika sebaliknya, stress akan menguasai jiwa.

Buat masa ini, ketika ini, aku berhadapan dengan pilihan. Walaupun telah banyak pilihan telah dilakukan sepanjang melalui hidup, hati tetap gusar apabila berhadapan dengan sebuah pilihan. Ada dua perkara apabila kita berhadapan dengan pilihan. Pertama kita takut memilih. Takut-takut pilihan kita tidak tepat, dan merana akhirnya. Kedua, kita telah memilih. Kita telah berada di dalamnya. Kita tidak mampu keluar lagi. Jadi kita terus berhadapan dengan kekangan pilihan yang menyesakkan atau menggembirakan.

Tarik nafas. Hembus. Lihat awan berarak. Terus bergerak mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh penciptaNya. Sesekali ke kiri, sesekali ke kanan, sesekali bergabung melebar, sesekali berpecah dek ditiup angin. Tetapi tetap terus bergerak menjalankan tugasnya. Begitulah juga manusia. Kita perlu terus melangkah, melangkah dan melangkah. Andai goyah dan rebah, bangun dan melangkah semula. Melangkah meneruskan perjuangan hidup yang bersisa. Andai gusar, pejamkan mata dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah. Subhanallah


Istikarah. Buat pilihan. Redha dengan pilihan. Senyumlah. Terus melangkah dengan gagah.

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...