Ya Allah...Amal yang kubuat
masih adakah yang berbaki
atau kantung kananku bocor lagi?
dosa yang kubuat
sudah tertebuskah dengan taubat
atau bagai air
yang masih terus mengalir
duhai
hati ini selalu disauk bimbang
kalau-kalau amalku tidak diterima
atau entah2 mengundang murka
selalu hati ini tidak tenang
kalau2 dosaku yang semalam masih ada
atau entah2 kian berganda
Ya Allah
aku mahu syurga
walau amalku tak seberapa
walau saban hari aku trus berdosa
tapi aku mahu syurga
aku mahu bertemuMu di sana
walau tidak layak
wala tak berdaya
tapi rayuku tetap sama
aku mahu syurga
tiada daya dan upayaku
melainkan hanya dengan izinMu
Mendengar perkhabarkan seorang rakan FB meninggal dunia dalam usia yang masih muda...hati aku diregut pilu. perginya dengan mudah. hatinya telah terdetik dengan panggilan sakaratul. segala hajatnya telah ditunaikan. bersyukur...dia pergi dalam keadaan bersedia untuk mati. dia pergi dalam keadaan sempat bertaubat di atas kesilapan dan dosanya.
kematian tidak mengira masa dan usia...tidak kira kita bersedia atau tidak. ia tetap akan datang bila sampai waktu yang dijanjikan. persoalannya..bersediakah kita???
Moga Ramadhan kali ini...akan terus mendekatkan aku kepadaMu..Ya Allah. Terima kasih Ya Allah...kerana aku masih terus diberi nyawa untuk menginsafi segala dosaku kepadaMu...
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...