kesian dan menyesal..
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:
1# Membanding-bandingkan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada
ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada
ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan
sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah
tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat
kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu
bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya
perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu
dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan
orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Yang
dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh
seseorang ataupun menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas
hati dan sedang memarahi anak.
Faktor
orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara
ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka.
Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan
tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”
Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”
Ini
adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap
sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang
munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan
perkataan, “Betul ataupun tidak?”
Jadi
cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa
memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan
orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan
emosi dalam diri anak.
.
2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak
Seringkali
tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung.
kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan
keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada
ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan
anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap..
malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan
ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang
didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif
dalam diri anak itu.
Ada ketikanya
pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung
apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas,
degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah
menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa
diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri
mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap
patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa.
Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
Mendidik
anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang
mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan
kesabaran yang tinggi.
.
3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya
Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak
salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah
itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh
marah secara melulu sahaja.
Sebab
itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang
paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia
marah.
Ibu bapa sering kali memilih
waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa mengadu,
anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah
dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu
anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah,
mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya
kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita
mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita
pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia
dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil
barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai
ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru
memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan
mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara
ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang
dan berbincang lagi.
Alasannya,
kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa
padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh
itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula
menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya
salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
.
4# Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik
Ramai
ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi
pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja
yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila
anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara
daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan
sewaktu kecil, luahan dan keluhan hati mereka tidak diberikan perhatian
oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah
kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan
sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila tiba-tiba
anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita
menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak
sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang
soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita
memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila
mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai
masalah yang dapat diharap.
.
5# Tidak Mewujudkan Kemesraan
Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.
Apa
tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng
sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba
memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.
Jika
itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya
dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi
pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya.
Katakan pada anak kita memahaminya.
Tanya
anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu.
Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa
tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.
Sekiranya
anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita
cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan
kemesraan.
Pegang bahunya semasa
berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka
melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas
dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi
kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita
perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu melepaskan geram
tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat
perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih
menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan
kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya,
jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah
saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya
tiada langsung pada diri anak.
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.
.
6# Terlalu Memanjakan Anak
7# Suka Membebel Dan Mengkritik
Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...