Friday, August 28, 2015

Aku Yang Baharu

aku fikir aku sudah kalah
sudahku jatuh tersembam ke bawah
jijik melihat tanganku berselut tanah
tertanya2
entah apa pula yang terpalit di wajah
pasrah!!

aduhai
serasa enggan mengangkat muka lagi
serasa mahu terus tunduk ke bumi
lenguh bersujud..aku bangkit kembali
namun bangkitku masih tunduk
hanya sekadar rukuk
sekadar itu yang termampu olehku
kerana mata ini masih enggan memandang ke depan
kerana jiwa ini sudah terputus harapan
hilang keyakinan

namun sayup angin menderu
bagai terdengar suara menyeru
"wahai hamba-Ku, jangan pernah berputus asa dari rahmat-Ku"
Allahhu Akbar
pada langit yang biru itu
kulihat kasih sayang itu
terlahir jiwa yang baharu!
aku yang baharu!

Wednesday, August 26, 2015

Manisnya Dosa Lalu


 

Manisnya dosa lalu bukan yang buat engkau makin mahu mengulanginya
Bukan juga yang buat engkau tersenyum tika mengenangnya
Bukan pula pada sesuatu yang engkau rindu
lalu mahu kembali seperti dulu.
Bukan. Ia bukan begitu. .
Namun Manisnya dosa lalu itu
terletak pada satu kebencian terhadap apa yang dinamakan kesilapan
Pada peritnya kenangan tika ia singgah di fikiran. .
Manisnya dosa lalu itu letaknya pada airmata yang bercucuran
Pada letihnya engkau merayu pengampunan
Pada sesaknya dada dengan ketakutan
Takut dengan kemurkaan
Takut dengan hukuman
Lalu ketakutan menjadi asbab engkau sujud mendekati tuhan.
Sungguh
Manisnya dosa lalu itu memang ada
Rasai manisnya tika engkau rasa begitu hina
lalu sedar bahawa engkau tidak lebih mulia dari sesiapa.
Rasai manisnya tika engkau menyiram wajahmu dengan esakan penyesalan
angkara satu kedegilan. .
Lalu rasailah..
Perlahan-lahan Rasa itu membuahkan ketenangan.
Perlahan-lahanRasa berdosa itu menyuburkan fikrah hidup bertuhan.

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...