Friday, August 28, 2015

Aku Yang Baharu

aku fikir aku sudah kalah
sudahku jatuh tersembam ke bawah
jijik melihat tanganku berselut tanah
tertanya2
entah apa pula yang terpalit di wajah
pasrah!!

aduhai
serasa enggan mengangkat muka lagi
serasa mahu terus tunduk ke bumi
lenguh bersujud..aku bangkit kembali
namun bangkitku masih tunduk
hanya sekadar rukuk
sekadar itu yang termampu olehku
kerana mata ini masih enggan memandang ke depan
kerana jiwa ini sudah terputus harapan
hilang keyakinan

namun sayup angin menderu
bagai terdengar suara menyeru
"wahai hamba-Ku, jangan pernah berputus asa dari rahmat-Ku"
Allahhu Akbar
pada langit yang biru itu
kulihat kasih sayang itu
terlahir jiwa yang baharu!
aku yang baharu!

2 comments:

  1. Salam ChemsSO,

    SubhanaAllah mendalam sungguh maksud puisi tu..
    Cantik susun atur ayatnya, menusuk kalbu..

    ReplyDelete
  2. terima kasih LZ...bila stress seronok baca puisi2 menusuk kalbu

    ReplyDelete

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...