Manisnya dosa lalu bukan yang buat engkau makin mahu mengulanginya
Bukan juga yang buat engkau tersenyum tika mengenangnya
Bukan pula pada sesuatu yang engkau rindu
lalu mahu kembali seperti dulu.
Bukan. Ia bukan begitu. .
Namun Manisnya dosa lalu itu
terletak pada satu kebencian terhadap apa yang dinamakan kesilapan
Pada peritnya kenangan tika ia singgah di fikiran. .
Manisnya dosa lalu itu letaknya pada airmata yang bercucuran
Pada letihnya engkau merayu pengampunan
Pada sesaknya dada dengan ketakutan
Takut dengan kemurkaan
Takut dengan hukuman
Lalu ketakutan menjadi asbab engkau sujud mendekati tuhan.
Sungguh
Manisnya dosa lalu itu memang ada
Rasai manisnya tika engkau rasa begitu hina
lalu sedar bahawa engkau tidak lebih mulia dari sesiapa.
Rasai manisnya tika engkau menyiram wajahmu dengan esakan penyesalan
angkara satu kedegilan. .
Lalu rasailah..
Perlahan-lahan Rasa itu membuahkan ketenangan.
Perlahan-lahanRasa berdosa itu menyuburkan fikrah hidup bertuhan.
Salam ChemSO,
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah, ada peluang untuk kita baiki setiap kesilapan kita. Hanya mampu merayu dan mengadu denganNya atas dosa lalu. .
yup..alhamdulillah
ReplyDelete