Wednesday, July 29, 2015

Harga Yang Perlu Dibayar

jika dapat diputarkan masa
ada banyak sejarah yang mahu kita ubah
ada banyak perkara yang mahu kita susun semula
ada banyak orang yang mahu kita buang

sepertinya
kalau boleh diputarkan masa
kita mampu mengatur kisah kita agar lebih sempurna
agar nanti boleh dipersembahkan kepada dia
tanpa cacat cela
tanpa noda dan dosa

tapi tidak mungkin
masa tidak mungkin kembali lagi
meski berkali-kali kita menampar pipi
dan mengharap segalanya adalah mimpi
yang terjadi tetap terjadi

harga sebuah kesal itu terlalu mahal
tidak mampu dibeli oleh sesiapa pun
ia sudah tercatat di situ
segalanya sudah tertakdir akan begitu
dan begitulah ia berlaku

sungguh
yang semalam itu sudah pergi
yang ada cuma hari ini
pada sisa usia yang sudah berbaki
pada sisa akal yang masih punya kewarasan
pada sisa jiwa yang masih punya kekuatan
cubalah bertahan
teruslah mencorak masa depan

masa yang sudah pergi itu
tidak mampu kita bayar lagi harganya
namun masa yang ada ini
masih percuma
pergunalah sebaiknya
kerana harapan untuk syurga itu sentiasa ada
selagi kita tak lupa padanya
yang sentiasa mencintai
dan mnunggu2 kita kembali..

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...