Bukan tak pernah Dia kirimkan rasa itu
Bukan tak pernah detak jantungmu berdegup laju
rasa resah
rasa gelisah
serba salah
kau faham signal cinta itu
itu tanda Dia tak setuju
kau cuba taat
tapi entah kenapa beberapa saat
kemudian kau tergelincir lagi
hanyut di bawa arus emosi
namun kerana cintaNya
signal itu dikirimkan lagi
lalu kerana cintamu
kau berjuang kembali ke tepi
sungguh
kau jatuh dan bangun berulangkali
antara sabar dan ingkar
kau terus panasaran sendiri
lalu akhirnya
pada saat signal cinta itu berhenti
ternyata kau tidak dapat ditolong lagi
meraunglah kau menyesali diri
meraunglah pada suara yang tidak mampu didengar oleh sesiapa
kecuali Dia
Penghantar signal cinta
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...