ia satu ruang yang cukup sempit
ssempit dada yang mahu menghela nafas
lama dan panjang
lelah menghirup namun seakan ruangnya tertutup
ia ruang yang kelam dan hitam
seperti malam tanpa bulan dan bintang
jiwa menggetar gigil ketakutan
namun hidup ini tidak memberi pilihan
hanya perlu diteruskan
kerana aku penuh percaya Allah ada
kerana aku tunduk berpasrah pada hakikat manusia itu tidak dapat lari dari berbuat dosa
dan manusia itu sering tergelincir dari landasan imannya
dan aku manusia
maka ku kumpul seluruh serpihan jiwa
cuba menyatukannya semula
pada mengisi ruang kembali
ku cuba atur kepingan yang masih masih berbaki
ku cuba catur sisa kemampuan hati
agar esok aku lebih baik
menjadi hamba yang tahu diri
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...