Alhamdulillah...hari ini usia kandungan aku dah cukup 30 minggu. lagi 7 @ 8 minggu aku akan memberanakkan diri...insyaallah di Hospital Annur Bangi. Harap2 pemilihan yang aku buat akan memberi kepuasan dan imbuhan untuk kami berdua....dan harap2 juga tidak menimbulkan sesalan pada kami.
baby aktif bergerak...oleh kerana kedudukannya yang menyongsang...maka pergerakan banyak aku rasa di sebelah kiri dan bawah. doktor cakap...tak kisah la kedudukan macam mana...yang pasti aku tetap akan ditoreh. so, redha dan berdoa...semoga selamat semuanya.
sekejap jer aku rasa...pejam celik pejam celik dah 30 minggu...8 minggu tu tak terasa apa...dengan kesibukkan aku sekarang yang nak menghabiskan sisa2 keje yang tergendala ni...so...8 minggu tu tak cukup sebenarnya untuk aku. harap2 aku sempat siapkan keje2 yang tertangguh dan boleh memberanakkan diri dengan tenang..tanpa ada panggilan tepon sewaktu berpantang nanti.
dah dekat 5.30pm...jap lagi nak gi pustaka mukmin...cari buku kerja anak aku pulak. anak sulung leh la manja2 lebih2 masa peknen...anak ke3 ni...kena la pandai2 hidup. takder masa nak manja2 dah. kang tak berasap dapur kat umah.
cau dulu ya...
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...