Friday, January 06, 2012

Melaka Bandaraya Bersejarah

arakian dimaklumkan bahawa ceritera ini adalah ceritera yang berlaku pada bulan Julai 2011. aku janji nak tepek picca kat blog sejak bulan julai lagi kan??? tapi masa dan keadaan serta sifat malas telah menghalang niat murni aku. maka hari ni aku berusaha untuk melawan anasir dan aura negatif dalam jiwa aku untuk melahirkan entri yang telah terperuk sekian lama di dalam draft.

terjadinya peristiwa ini hanyalah disebabkan anak kecilku, aina...gambar di bawah...


yang begitu kepingin untuk tidor dihotel. hasrat itu disuarakan pada papanya pada jam 8.00 malam hari Sabtu. So, demi memenuhi impian si anak maka si papa dengan pantasnya mengeluarkan arahan untuk mempacking segala muatan untuk dibawa bercuti(tanpa dirancang). so, begeraklah kami dari Seri Kembangan ke Melaka pada jam 9 malam...dan sampai ke sana pada jam 11.30malam.

Alkisahnya...sesampai di sana...maka aku sebagai ibu dan laki aku sebagai bapa sibuk mendail nombor2 telefon untuk mencari tempat tido bagi malam itu. puas menelefon puas mencari kebanyakkan hotel dah penuh untuk malam tu. maka tanpa segan silu dan setelah merasa penat menelefon, laki aku pun memilih untuk bermalam di Equotorial Hotel....dengan bilik Suite dan bayaran untuk malam itu adalah RM8++. bagi aku tak berbaloi....sebab masa tu dah dekat 12.30 tengah malam. tapi aku diam jer la.....kalau duit aku...aku cari jer hotel 2**. tapi sebab laki aku punya taste...4** ke atas...maka aku biarkan jer dia buat pilihan.


inilah keadaan bilik kami.....selesa jugaklah...



ada hall yang tak leh dibazirkan. tempat makan dan lepak. macam ler kami ramai. padahal berimpit jer atas katil yang sama 4 orang.

sofa biasa2....


tengahari lepas chekout kami gi jalan2 kat bandar melaka...jangan heran kalo tengok ain pakai sweater di tengah hari. sweater tu baru beli 2 hari sebelum tu...so, jakun tu ada jugaklah.

aku...eh!!! tiba2 nak interprem. pastu tersengih2...


di atas bahtera melaka....menahan panas matahari terpacak atas kepala.

seronok gak p melaka. tapi kami tak sempat naik beca....tak sempat naik taming sari...tak sempat nak gi a famosa...tak sempat jalan2 sekitar bandar melaka. sebelum balik tu aku ajak laki aku singgah umbai. first time sampai. pakai gps cari umbai. ingatkan restoran besar...tapi kedai biasa2 yang makanannya sungguh sedap dan murah. sesuai dengan orang2 kampung seperti aku. aku belasah ikan terubuk bakar sekor...laki aku pulak ikan pari asam pedas. sedap!!!!

entri ni aku wujudkan sebab sekarang aku teringin nak makan ikan bakar. dan aku tak jumpa lagi ikan bakar yang sedap selain daripada yang pernah aku makan kat Kuala Perlis dangan kat Umbai. sekarang port aku kat rasa alamanda. boleh tahan juga ikan keli bakar kat situ walaupun harga sekor besar 2 jari aku...rm5. so, cadang2nya esok nak ajak laki aku gi dinner kat Bagan Lalang....harap2 menjadi. kalau tak jadi.....dapur tak berasap ler esok.


p/s :yes!!! siap satu en3 yang aku peram sekian lama. kejap lagi ada en3 seterusnya.


No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...