
Percutian penutup di tahun 2011...sama juga..percutian yang tak dirancang. setelah aku amik cuti seminggu untuk bercuti...anak aku disahkan ke HFMD. maka 6 hari aku terkurung dirumah..menjaga anak yang tak sihat. then pada hari jumaat yang besar rahmat...tiba2 laki aku ajak gi bercuti. gila ko...hari tu dah la 23 Dis....memang peak hour la bercuti. nak krismas lagi. laki aku memang camtu...suka buat percutian mengejut. tiba2 jer laki aku ajak gi Pangkor. tawaran dibuka pada jam 12 tengahari. segala urusan hotel diuruskan oleh laki aku. tugas aku hanya mengemas kain baju untuk bekalan disana.
lepas solat jumaat...kol 3 pm kami begerak dari seri kembangan ke lumut. target nak sampai kol 7...tapi kami sampai kol 7.15pm. maka terlepaslah feri hotel..naiklah kami feri biasa...yang sungguh sesak. tapi orang kata percutian yang tak dirancang tu lah yang sebenarnya best....dan bagi aku memang best.
ni plak ain...sama jer dua beradik ni. berenang333333.....aku yang tunggu pun makin itam.
pemandangan indah laut di waktu petang...walaupun aku tak sempat nak amik picca sunset...tapi bagi aku ni pun dah cukup cantik. tenang jer....rasa cam nak pegi lagik..
kesimpulannya....walaupun percutian ini tak dirancang..tapi cukup bermakna dan menarik dan memberikan pengalaman yang indah untuk kami sekeluarga. 3 hari 2 malam rasa cam tak cukup jer... tapi disebabkan kami pegi pun ujung2 cuti maka takleh nak tambah2 lagik. balik dari bercuti..bukan ain saja yang demam...aku pun demam lepas tu. hari pertama sepatutnya aku naik keje tapi aku MC sebab demam.
nak bercuti ke obersea teringin la jugak..tapi sebab kami ni kebanyakkannya percutian tak dirancang. kang rancang lebur jer duit aku...cam tahun 2008..penat aku bayar tiket flight, hotel, pakej melancong ke obersea...last3 burn camtu pasal laki aku sibook keje. so, aku rasa..kami ni sesuai gi melancong dalam mesia jer...duit pun jimat...hahaha.....sekarang ni kalo laki aku sibuk suh aku cari tempat percutian kat luar negara...aku buat bodo jer...kang tak jadi lagi naya. hancussss duit aku. aku bukan bisnesswoman...makan gaji jer...bukan duit datang bergolek222. kalau nak gi jugak....silalah tempah sendiri.... huhuhu.
macam kes laki aku gi umrah tahun lepas. bukan rancang pun. tup333..bayar..beli barang....lusanya terbang. itulah pesen laki aku. yang rancang selalu tak jadi....yang tak dirancang tu yang jadi. hehehe...
p/s : yessss!!!!!!!!!!!.......habis en3 untuk percutian. selesai. sila abai ayat aku yang tungin terbalik...sebab motif aku hari ni untuk bercerita tanpa perlu menyusun ayat yang sedap.
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...