Meeting adalah perkara yang paling dibenci pada mereka yang bermasalah kerana takut akan dihentam.Kepada yang ingin berkongsi info-info terkini, meeting adalah medium yang paling penting. Tak kira korang di golongan mana pun. Janganlah buat perkara-perkara kat bawah ni :
- Menyampuk dengan sesuka hati, bukan tersampuk. Asal ada orang cakap je korang menyampuk, memang nk kena cepuk
- Membangkang walau belum dicadangkan apa-apa. Orang baru nak bagi salam mukadimah korang dah bangkang
- Berniat untung menenangkan ketegangan ketika meeting dengan membuat aksi lucu dan ketawa sorang diri ketika kawan korang bertikam lidah menegakkan pendapat masing-masing
- Tak memberti sebarang respon, yang korang tahu nak makan jer. Orang lain sibuk bermesyuarat korang sibuk makan dan selamba jugak korang mengorder macam kat kedai mamak
- Tidur tanpa terdetik perasaan bersalah pada diri sendiri dan menganggap perbuatan korang itu tidak salah di sisi akta perkerjaan, siap lentuk dekat bahu bos lagi.
- Diam walaupun sampai turn korang untuk membentangkan projek atau diajukan soalan ataupun diminta menjawab segala permasalahan. Korang hanya diam membisu dengan menjadikan harapan perbuatan ini akan menjadikan korang ikon berpekerti mulia
p/s : ada satu tambahan point yang aku rasa tertinggal ...... jangan main henpon masa miting. sebab aku selalunya akan sms/ym/whatsapp/viber kawan2 dalam miting bila bosan ataupun masa mengutuk bos.
No comments:
Post a Comment
Jom Mengomen...