Friday, August 10, 2012

Aidilfirti ~~Sanisah Huri

Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita


Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

p/s : lagu raya paling best dari dulu sampai sekarang....bila dengar rasa macam banyak dosa kat orang2 tersayang.  semoga sempat raya...nak cium tangan mintak hampun.

DaDa






sungguh!!!!...aku terkesima. 
 semoga tuhan masih membuka pintu hidayah untuk aku.  
semoga aku masih diberikan kesempatan untuk berubah ke arah yang lebih baik..
semoga aku masih sempat mencapai tahap itu ya Rabbi...




Tuesday, August 07, 2012

Lara Lagi

Lara Lagi

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..

p/s : tetiba terlayan pulak lagu adira ni.  syahdu rasanya

Monday, August 06, 2012

mood keje ke laut hari ni....mood raya jer ada


 Aktiviti malam tadi adalah menyerika baju.  see, baju2 sekolah aina masih belum di iron.  cleaner indon yang datang pagi semalam memang aku arahkan untuk iron baju2 sekolah ain, baju kurung dan baju kemeja laki aku jer.  baju2 berkain tshirt ni...aku seterika sendiri.  biasalah...servis 4 jam.  kalo nak suruh dia seterika semua...maknanya tak bermop dan bervakumla umah aku.

tinggal ini jer tak diseterika lagi...so semuanya aku dah berehkan malam tadi
yang ni tak setel lagik.  malas betul nak iron seluar2 jeans ni

ini lari topik....huhuhu...almari ammar yang tak terurus. ni aku tak tepek lagi almari ain dengan aina...tunging terbalik baju diorang.  tak berkemas.

ini adalah botol sabun yang baru beli 2 minggu lepas.  cer tengok...sabun kaler maroon dah jadi kaler putih.  bertuah betul anak2 aku.  mau aku tak bising.  lupa nak tanya...pagi tadi ain mandi pakai sabun apa. heheh






p/s : mood keje ke laut hari ni....mood raya jer ada

Sunday, August 05, 2012

Projek Mega

Projek mega 2012



Biskut arab celup dengan biskut.coklat mayang mengurai. Tengok dah ada bekas orang amik. So, pagi ni aku dah selotepkan. Tunggu raya baru boleh makan ok.



Konon biskut bola2 cinta...tapi disebabkan kelapa hangit.sikit..aku namakan biskut bola2 cinta kecundang ditengah jalan. Tapi rasa....fuhhhh!!!!! Marbeles







Nama asal...samperit. tapi jatuh kat tangan aku, aku namakan samcirit. Ada hangit..ada leper..ada kembang. Akhirnya siap 4 jenis. Tengahari ni..plan nak sambung barang sejenis lagi.

posted from Bloggeroid

PeseN RaMbuT

Malam tadi aku dan anak2 aku berbuka kat luar. Lepas papa telefon bagitau balik lambat...kebetulan pulak masa tu aku sangkut kat flaiober seri kembangan. Terus otak berfikir nak berbuka kat mana. Sementara dok tunggu bapak polisi melepaskan barisan kami yang panjang bermeter2 tu...aku dan anak2ku pun berlali tamplom la nak pilih tempat makan. Almaklomla..dah besar. Masing2 ada citarasa sendre. So..ting tong punya tingk tong...last2 pilih kfc jj equine. Senang...ringkas.

Pas berbuka...solat, pastu 2 beradik sibuk pulak nak memendekkan rambut . So, lepak la kat APT salon. Ni la aksi2 budak kena sebis.





Dan hasilnya






Setel rambut raya.

Teringat zaman aku kecik2 dulu. Masa nak raya ja semua budak2 sibuk nak kerintingkan rambut. Orang kedah kata "karan". Jambul kat depan kerinting bagai nak rak...kat belakang lurus. Tapi aku tak buat...sebab rambut aku semulajadi kerinting depan dan belakang. Aku plak nak luruskan rambut tapi mak aku bebel sampai pecah gegendang telinga. Almaklumla....dalam famili aku, aku plak rambut kerinting. Yang lain sumer lurus. Tu yang jadi kesayangan tu...rambut je la. Rotan tetap kena. Huhuhu.

posted from Bloggeroid

Friday, August 03, 2012

KuiH SpeSeL

Entri lapuk...tapi den nak citer gak pasal den vangga.




Spesel kuih ni. Bukan sebab den yang buat. Jangan haraplah tangan den ni menjadi kalo buat kuih ni. Cucur udang pun kena 3x rasa baru jadi. Hehe. Kuih ni anak den yang beli spesel untuk i. Katanya kuih kegemaran mama. Beli kat kafe opis den...dengan cikgu neseri. Masa den amik dia kat neseri...semangat dia lari kat den dan bagitau..
"mama..mama..kakak beli kuih untuk mama. Kakak tahu mama suka kuih ni sebab tu la kakak beli"
owwhhhh!! Sungguh sebak rasa hati.

Harap2 anak2 den akan terus mengingati den sampai bila2.

posted from Bloggeroid

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...