Friday, October 27, 2017

Alif Aziz vs Afifah Nasir


Assalamualaikum..

bertemu lagi di pagi isnin yang ceria dan indah ini...no monday blues ok...mood nak datang kerja tu mencanak ada sebab esok dah kena outstation 2 hari ke jabatan lain.  so..hari ni target nak siapkan kerja yang ada sebelum tinggalkan pejabat 2 hari.  harap2 teammate dapat sambung keje dengan baik dan tenang..hahha


sabtu ahad newsfeed kat fb asik2 keluar citer mamat dengan minah kat atas tu.  aku pun tumpang baca.  macam2 komen dan kutukan aku baca daripada netizen dan pembaca2 luar sana.  tak de lagi la aku terbaca pujian pasal diorang.  sokongan apatah lagi melainkan daripada kakak si afifah tu dengan bespren dia.  sokongan yang aku rasa...boleh letak kat lutut jugalah taraf nyer tu.  nak backup tak kena gaya.

pendapat aku....
pertama  - apasal di afifah tu boleh keluar berduaan dengan si alif????  si aliff tu kan laki orang.  kalau nak diskas pasal kerja pun kenapa tempat tertutup....yang boleh mengundang fitnah.  kenapa tak pegi tempat terbuka.  pegi la starbuck ker...coffee bean ker....situ kan cerah menerang orang kedah kata.  nak jugak cari tempat tertutup...tempat terkurungnya syaitoon2  yang tengah tunggu nak baham mangsa.  oh lupa!!! sembang kat tempat tertutup macam tu lebih clear....diskasen pun tak tersebar...ada hiburan...ilham banyak datang.  jangan sebab nila setitik..rosak susu sebelanga.  ko tu artis suam2 jer kot.  jenuh aku google cari siapa afifah ni.  tengok la list2 dia berlakon...jenuh imagine yang mana satu,..sampai sekarang tak terbayang lakonan dia.  ooo mungkin ni salah satu cara dia nak glamer sepantas petir.  pantas terus nama dia jadi sebutan rakyat malaysia.  hebat betol!!!!

kedua - aliff tu laki orang kot.  bini tengah pantang.  hormat perasaan bini...jaga maruah bini...jaga maruah anak.  ko ingat jaga maruah bini tu tugas bini jer ker  lelaki kalo dah keluar dengan betina lain...maruah bini pun jatuh jugak tau.  mana nak letak muka kalo orang dok citer pasal laki ko.  malu!!!  please la...cuba la jadi lelaki yang terhormat.  tak perlu ada pangkat yang tinggi..tak perlu ada gelaran dato tan sri...cukup gelaran suami dan ayah..tu la gelaran yang paling beerti bagi semua lelaki di muka bumi ni.  jaga gelaran tu.  jangan cemari dengan perkara bodoh yang buat ko menyesal seumur hidup.  ingat senang ke bini ko nak lupa.. ni bukan drama...ni realiti.

ketiga - bella..aku tak salahkan dia pun kalo dia gi serang kat pusat karoke tu.  aku pun beranak 3. pernah merasa berpantang macam orang gila.  benda sekecil alam pun ko akan rasa berat bila ko berpantang.  sakit kot.  perasaan jadi cepat sensitif.  masa tu perhatian suami tu sangat penting.  kalau tak kuat iman...syaitan senang nak menggoda.  sebab tu orang selalu nasihatkan...orang berpantang ni kena jaga betul2.  minda lemah.,..badan lemah.  kalau takde...takde la perkataan meroyan.  cuma bila masuk campur mak dia aku rasa rugi la sket.  sebab sepatutnya orang tua kena nasihat dan tenteramkan emosi bella. tapi taknak cakap lebih la pasal mak dia....mak dia kannn.

keempat - anzalna..yang ko gi masuk campur apsal.  kalo aku..aku belasah adik aku kot. dah terang lagi bersuluh adik ko kelaur dengan laki orang.  buat apa nak bela. projek kerja tak menghalalkan cara kot.  kalau orang lain keluar dengan laki ko apa ko rasa.  tak yah tunggu ko pantang...sekarang pun aku rasa ko dah meroyan.  lain la kalo tempat terbuka...berteman.  lain kali belajar dari pengalaman...lepas ni jangan suka2 keluar komen.  sebab mulut anzalna ni la aku rasa kes ni makin berkembang dengan suburmya.  peminat and haters dia terus jadikan benda ni panas. jadi kakak bukan setakat kena membela adik beradik....sebaliknya kena tunjuk ajar.  ni buat salah pun ko bela..buat baik aku tak tau la ...terus junjung la kot.  nasib baik aku bukan peminat anzalna...selamat!!! Sebab dari awal kemunculan dia pun aku rasa ada tak kena dengan minah ni.  kontrol gaya and senyum semacam jer....tak natural langsung.

konklusinya...

ni hal rumahtangga...siapa kita nak masuk campurkan...hati orang perasaan orang bukan kita dapat rasa.  duduk kat tempat dia..baru kita tau apa yang akan kita buat.  setakat cakap2 mulut bagi komen..kutuk..semua orang boleh.  tapi percayalah...takde siapa pun nak cuba merasa apa yang bella rasa.

hapuskan bukti???? owwhhh..bukan setakat henpon orang boleh campak.  laptop pun orang boleh pijak2 sampai hancur.  bukan setakat campak kat muka...screw driver pun orang boleh letak kat leher bini kalo terpaksa dan terdesak.  kalau tak salah kenapa nak hapuskan bukti???!!! tu jer.  takut sebenarmya,  takut tersebar..takut malu..takut hilang harga diri...takut orang tau kita jahat...supaya senang kita nak canang kat satu dunia bini kita yang jahat.  semua tu permainan duniawi.  permainan lelaki yang akal dan kewarasanya letak kat lutut bila tak boleh nak berfikir panjang.  pastu minta maaf...wahhhh!!!! senang camtu jer kan...ko nak hapuskan luka dikhianati kat bini ko.  ko ingat macam hp..boleh erasa and format????  macam laptop boleh format camtu jer.

pompuan2 kat luar sana....kalau boleh jauhi lah laki orang, bukan tak boleh berkawan..boleh...tapi jangan sampai mengundang fitnah dan boleh menimbulkan perasaan antara satu sama lain.  korang boleh cakap..takde perasaan...kawan2 jer...tapi korang sebenarnya tak jujur pada diri korang..pada bini laki tu.  kalau ditakdirkan jadi apa2 pada rumahtangga diorang...korang boleh jadi salah satu puncanya.  why???!!!..sebab kehadiran korang membuatkan hati lelaki berbolak balik. ..terusik dengan nafsu jahanam...hilang pertimbangan.  ingat!! pompuan boleh bawa lelaki ke syurga..boleh juga bawa lelaki ke neraka.

aku senang jer....pompuan camtu...ko doakan jer...kalau dia kawen...takyah beranak!!!.  tak gaduh nak meroyan...tak gaduh jadi mak.  jadilah bini sampai mati.  tu pun...tengok laki ko pulak..boleh ker dia idup dengan ko yang takleh beranak.   ko pulak jenuh nak pertahankan rumahtangga ko.....biasa nak pertahankan hasil rampasan tu lah yang paling payah didunia.  merampas senang jer....kan kan kan...

aku ulas takat ni jer....

adiossss!!!!!
harap maaf kalau ada terkasar bahasa

No comments:

Post a Comment

Jom Mengomen...

Percutian ke iCity

Assalamualaikum.. Sambung cerita percutian yang mendukacitakan di Genting Highlands.... Nak cerita sekali harung hari tu..masa tak bera...